Anda di halaman 1dari 8

CERPEN MUTIARA

BONDA
TINGKATAN 3
NILAI
Kasih
sayang
Kesabaran
Bertanggung
jawab
Kesyukuran
Keinsafan
Kegigihan
1) Nilai kasih sayang
Kasih sayang merupakan sifat peka dan perasaan
cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir
daripada hati yang ikhlas.
Bonda sangat menyayangi adik dan sanggup
melakukan apa-apa sahaja demi kesenangan adik.
Contoh : Daripada belajar di taski hinggalah ke
darjah enam, adik didukung di belakang bonda
untuk menuruni dari satu anak tangga ke satu
anak tangga.
(Halaman 64)
2) Nilai Kesabaran
Sabar membawa maksud menahan penderitaan,
tidak terburu-buru dan tenang.
Bonda sabar dalam melayani kerenah adik yang
sangat bermasalah.
Contoh : Gigi adik pun bonda yang gosokkan.
Disuruh ngangakan mulut, ada kalanya jari bonda
digigit adik. Tetapi bonda cuma berkata
perlahan, kenapakah adik buat bonda begini?
Adik tak kasihankan bonda?
(Halaman 65)
3) Nilai Bertanggungjawab
Maksud bertanggungjawab ialah kewajipan, iaitu
kewajipan seseorang menggalas tugas yang telah
diserahkan kepadanya.
Bonda menjalankan tanggungjawabnya sebagai
seorang ibu dan bapa kepada anak-anaknya
dalam mencari rezeki demi memastikan anak-
anaknya membesar dengan sempurna.
Contoh : Kasihan melihat bonda bersengkang
mata menjahit baju upahan, dari sejak
bertaburannya bintang hinggalah riuh kokokan
ayam. Bonda ke bendang bergelumang selut dan
menoreh getah dalam gelita pagi.
(Halaman 65)


4) Nilai Kesyukuran
Syukur membawa maksud perasaan berterima
kasih.
Bonda bersyukur kepada Allah apabila adik
menyatakan hasratnya untuk belajar kembali.
Contoh : Bonda, adik ingat nak belajar
semulalah. Betapa gembiranya bonda hanya
Allah Yang Maha Mengetahui. Puas bonda
melakukan sujud syukur. Menunaikan nazar.
(Halaman 71)
5) Nilai Keinsafan
Insaf bererti dapat memahami sesuatu perkara
sehingga memperoleh kesedaran.
Setelah mengalami kecelakaan jalan raya, adik
mula insaf dan berubah ke arah lebih baik.
Contoh : Ampunkan adik bonda. Selepas
beberapa bulan adik sembuh, adik seperti hidup
dengan nilai-nilai baharu. Nilai-nilai impian
bonda.

(Halaman 71)
6) Nilai Kegigihan
Gigih ialah keras hati, tegar hati, dan patuh
kepada pendirian sendiri.
Nilai ini dapat dilihat pada watak adik. Adik
berusaha dengan gigih dalam pelajarannya
bagi meneruskan pengajiannya ke peringkat
yang lebih tinggi.
Contoh : Berbekalkan keputusan PMR, adik
mampu ke sekolah agama yang lebih baik.
Dari sinilah adik mengambil SMRA, SPM, STA,
dan 4 Thanawi. Selepas itu, adik memohon ke
Institusi Tahfiz al-Quran pula.
(Halaman 71)

Anda mungkin juga menyukai