Anda di halaman 1dari 19

JENIS- JENIS KATA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Disediakan oleh : Wan Nurulhawani Arifin

sifatan pancaindera warna

perasaan

Jenis kata adjektif

ukuran

cara

bentuk

jarak

waktu

Kata adjektif sifatan: keadaan sesuatu unsur keterangan nama

baik pandai

curiga berani

cerdik takut

sihat

Contoh penggunaan dalam ayat :


1. Budak baik selalu dipuji. 2. Orang itu agak curiga terhadap kejujuran kita. 3. Anak guru itu amat cerdik. 4. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya. 5. Kesemua ahli pasukan itu lemah.

Kata adjektif warna


merah
putih kelabu biru

hitam

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. Baju merah itu kepunyaanku. 2. Tubuhnya diselimuti kain putih. 3. Warna biru kegemaran ibu. 4. Ayah suka bersongkok kelabu. 5. Ayam jantan itu berbulu hitam.

Kata adjektif ukuran

panjang

kecil

tebal

nipis

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. Jambatan panjang itu baru dididirikan. 2. Bilik kecil mudah diuruskan.

3. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negara itu sejuk .
4. Lukanya dibalut dengan kain nipis.

Kata adjektif bentuk

bulat

bujur

lurus

lonjong

leper

Contoh penggunaan dalam ayat :


1. Kemerdekaan negara iti tercapai hasil rundingan meja bulat. 2. Bola ragbi berbentuk lonjong. 3. Kotak hadiah itu berbentuk bujur. 4. Gasing leper kesayangannya telah pecah.

Kata adjektif waktu

lampau

baharu

silam

lama

lambat

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. 2. 3. 4. 5. Amira ke kedai untuk membeli baju baharu. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki. Jam dinding itu lambat setengah jam. Usah dikenang waktu yang lampau. Lupakan segala kenangan silam, nasihat ibu kepada Nadia.

Kata adjektif jarak

jauh

dekat

hampir

rapat

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. Rumah yang dituju itu sungguh jauh. 2. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya. 3. Rumahnya paling hampir dengan sekolah. 4. Kawan rapat saya belajar di luar negara.

Kata adjektif cara


perlahan

Gerak-gerinya amat perlahan. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan
Taklimat projek yang disampaikannya jelas.

laju

jelas

Kata adjektif perasaan


marah perasaan gembira ragu cinta

Contoh penggunaan dalam ayat:


1. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan yang dibeli oleh bapanya. 2. Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya. 3. Dia masih ragu terhadap kejujuran pembantunya. 4. Setiap rakyat harus cinta kepada negaranya.

Kata adjektif pancaindera


a- Deria rasa: sedap, manis, pahit , masin, tawar, payau, lazat 1. Masakan di kedai itu tidak semestinya sedap. 2. Minuman itu sungguh manis. 3. Ubat pahit itu untuk demam malaria

Anda mungkin juga menyukai