Anda di halaman 1dari 12

NOTA TUISYEN

INSENTIF
KATA ADJEKTIF
Nama Murid: Adam

Disediakan Oleh: En.Uvaraasan


Maksud Kata Adjektif
KATA ADJEKTIF IALAH
PERKATAAN YANG
DIGUNAKAN UNTUK
MENERANGKAN KATA NAMA.
CONTOH KATA ADJEKTIF IALAH
BAIK, MURAH,RENDAH, DAN
CANTIK.
Jenis – Jenis Kata Adjektif
1. Kata Adjektif Bentuk
2. Kata Adjektif Perasaan
3. Kata Adjektif Warna
4. Kata Adjektif Ukuran
5. Kata Adjektif Jarak
6. Kata Adjektif Waktu
7. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
8. Kata Adjektif Pancaindera
9. Kata Adjektif Cara
Kata Adjektif Keadaan
Contohnya;
Baik, tegak, gopoh, pandai,takut, sihat, kasar

Contoh ayat;
1. Penghulu yang baik hati itu sangat dihormati oleh
penduduk kampung.
2. Semua murid berdiri tegak semasa lagu “Negaraku”
dimainkan.
3. Kerja yang dilakukan secara gopoh tidak akan
sempurna jadinya.
Kata Adjektif Warna
Contohnya;
 Biru, putih, hitam,ungu,perang,jingga.

Contoh ayat;
1. Karangan itu hendaklah ditulis pada kertas putih.
2. Kasut hitam yang dipakainya itu dibuat daripada kulit
buaya.
3. Semua peserta kem motivasi itu memakai pakaian
seragam berwarna biru.
Kata Adjektif Ukuran
Contohnya;
Kecil, panjang, tebal, kerdil, tinggi, rendah.

Contoh ayat;
1. Rumah kecil di hujung sawah itu kepunyaan Pak Leman.
2. Dia menjolok buah itu dengan galah panjang.
3. Kamus Dewan ialah kamus yang tebal.
Kata Adjektif Bentuk
Contohnya;
Bujur, buncit, lurus, bengkok, lekuk, lonjong

Contoh ayat;
1. Meja makan itu berbentuk empat segi bujur.
2. Perut Hasan semakin buncit kerana sudah lama tidak
bersenam.
3. Lukis garis lurus untuk menyambung kedua – dua titik itu.
Kata Adjektif Jarak
Contohnya;
Jauh, hampir, dekat, nyaris, rapat, sebelah

Contoh ayat:
1. Sekolahnya terletak sangat jauh dari rumahnya.
2. Rumah yang hampir sekali dengan masjid ialah rumah
rumah Ali.
3. Tempat kemalangan itu dekat dengan sekolah saya.
Kata Adjektif Waktu
Contohnya;
Baru, lama, segera, silam, lambat, cepat

Contoh ayat;
1. Mereka memakai baju baru ke majlis hari jadi itu.
2. Encik Murad suka mendengar lagu – lagu lama
nyanyian P.Ramlee.
3. Di bandar itu terdapat banyak restoran yang menjual
makanan segera.
Kata Adjektif Perasaan
Contohnya;
Kecewa, rindu, segan, gembira, ragu, sayang

Contoh ayat;
1. Encik Lim sangat kecewa dengan keputusan PMR
anaknya.
2. Dia rindu akan anaknya yang sedang belajar di luar
negara.
3. Orang itu sesat jalan kerana segan hendak bertanya.
Kata Adjektif Cara
Contohnya;
Deras, laju, segera, sering, lincah, perlahan

Contoh ayat;
1. Pengaliran air itu sangat deras selepas hujan lebat.
2. Bot laju itu direka khas untuk pertandingan.
3. Tindakan yang segera daripada pihak berkuasa
amatlah diharapkan.
Kata Adjektif Pancaindera
Contohnya;
Pahit, manis, busuk, kasar, merdu, tampan

Contoh ayat;
1. Sabrina tidak mahu makan ubat batuk yang pahit itu.
2. Wajah manis gadis itu sungguh menawan hati.
3. Bau busuk dari kilang itu mengganggu penduduk
kampung.

Anda mungkin juga menyukai