Anda di halaman 1dari 2

Nota dan Latihan BM Tahun 3 – Kata Adjektif

Kata Adjektif

Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
benda atau kata nama.
Kata adjektif terbahagi kepada sembilan jenis.

Jenis Kata Adjektif Contoh Ayat Contoh


1.    Sifat / Keadaan rajin, bijak Budak yang rajin itu disukai oleh
semua orang.
2.    Warna merah, hijau Apabila lampu isyarat berwarna
merah, kita mestilah memberhentikan
kenderaan.
3.    Ukuran tinggi, berat Kumar ialah murid yang paling tinggi
di dalam kelas itu.
4.    Bentuk bulat, buncit Bola itu berbentuk bulat.
5.    Pancaindera enak, wangi Masakan ibu saya sungguh enak.
6.    Waktu lewat, singkat Zaki lewat tiba di sekolah hari ini.
7.    Cara deras, sering Air sungai itu mengalir dengan deras.
8.    Perasaan gembira, Ibu berasa gembira menyambut
malu kepulangan abang dari luar negara.
9.    Jarak jauh, nyaris Lily tinggal jauh dari sekolah.

BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif -1

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai.

kelabu kemas suam bersih mesra      berani indah sayang

1.      Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .


2.      Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa ______________ ketika menjalankan tugas.
3.      Pemandangan di kaki gunung itu sungguh ______________ terutamanya pada waktu senja.
4.      Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5.      Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan __________.
6.      Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7.      Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8.      Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

Disediakan oleh : Cikgu Wallace Ting


Nota dan Latihan BM Tahun 3 – Kata Adjektif

Latihan Kata Adjektif - 2

             Isikan tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai :

                cerahdegil tangkas terketar-ketar terkebil-kebil

                berdentum rending sukar deras berseri

1.)    Adik berasa takut setiap kali guruh ____________________ and kilat sabung-menyabung.

2.)    Budak itu sangat __________________________, dia enggan mendegar teguran ibunya.

3.)    Anak-anak Makcik Sara akan bermain di padang bola apabila cuaca __________________.

4.)    Murid-murid suka berehat di bawah pepohon yang ___________________ di sekolah itu.

5.)    Mata guru ________________ apabila melihat muridnya memanjat tingkap di dalam kelas.

6.)    Apabila dimarahi oleh guru penasihat, Johan _________________________________ .

7.)    Selepas hujan lebat, air di sungai itu mengalir _____________ ke air terjun di hadapannya.

8.)    Muka Cikgu Jibson ________________________ apabila murid-muridnya mendapat

markah yang baik di dalam kelas.

9.)    Chong Wei bermain badminton dengan _______________________ sekali, bukan senang

untuk memenanginya.

10.) Ramai murid berasa muram apabila melihat soalan peperiksaan yang _________________.

Latihan Kata Adjektif -3


Suaikan kata adjektif dengan jenisnya yang betul.

pandai warna
kuning pancaindera
rendah sifat
segi empat perasaan
harum cara
lambat bentuk
selalu waktu
sedih ukuran

Disediakan oleh : Cikgu Wallace Ting

Anda mungkin juga menyukai