Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI KEMANUSIAN SENI DAN WARISAN (UH6321001)

(AK10103) ASAS KOMUNIKASI

DR. LEE KUOK TIUNG

TAJUK : KEPENTINGAN LITERASI MEDIA DIGITAL

SEMESTER 2020/2021

NO. MATRIK NAMA NO.TELEFON

BA20110848 NOR FAZRIEANA NATASHA BINTI ABU KASIM 0128356194


1.0 PENGENALAN

Menurut “National Institute for Literacy”, Literasi diberi maksud sebagai


kemampuan individu untuk membaca, menulis, berbicara, menghitung fan menyelesaikan
masalah pada peringkat keluarga dan masyarakat. Maksud ini menggunakan Literasi dan
perspektif yang lebih kontekstual. Berdasarkan maksud ini, terdapat makna bahawa maksud
Literasi bergantung kepada keterampilan yang dibutuhkan dalam lingkungan tertentu.
“Education Development Center” (EDC) berpendapat bahawa Literasi bukan sahaja sekadar
kemampuan membaca dan menulis, tetapi Literasi juga merupakan kemampuan individu
untuk menggunakan segenap potensi dan ‘skill’ yang dimiliki dalam kehidupannya. Begitu
juga, Literasi merujuk kepada kemampuan membaca, berkata-kata dan membaca dunia.

Seterusnya, pandangan Aufderheide (1993) terhadap literasi media, seperti yang


dianalisis oleh Koltay (2011), adalah seiring dengan takrifan yang dikemukakan oleh
Kesatuan Eropah – suatu kebolehan yang tidak terhad kepada capaian terhadap media tetapi
mampu memahami dan menilai secara kritikal kepelbagaian aspek media dan kandungannya,
serta mampu membentuk proses komunikasi dalam pelbagai konteks. Kellner dan Share
(2005 : 369) menyatakan bahawa literasi melibatkan suatu aktiviti mendapatkan kemahiran
dan pengetahuan untuk membaca, mentafsir dan menghasilkan jenis teks atau artifak tertentu.
Literasi turut berfungsi sebagai suatu alat atau keupayaan untuk menyertai sebarang aktiviti
dalam masyarakat dan budaya secara optimum. Namun, Kellner dan Share (2005)
berpandangan bahawa istilah literasi dalam media perlu difahami dalam konteks yang lebih
luas. Sebagai contoh, kebolehan literasi akan berubah seiring dengan perubahan sosial dan
budaya serta bergantung kepada kehendak golongan elit yang mengawal institusi hegemoni.

Literasi Digital pula dikaitkan dengan dengan media digital baru dan sebahagian
besarnya bergantung kepada bahasa Teknologi Maklumat (IT). Kemunculannya telah
memerlukan transformasi yang serius dalam literasi kecekapan dan penambahan kemahiran
dan kebolehan yang baru. Ia adalah konsep yang sangat terkini yang sering digunakan
dengan sinonim dengan kemahiran teknikal yang diperlukan untuk menggunakan instrumen
digital yang baru.
Oleh hal yang demikian, Literasi Media Digital melibatkan alat-alat medium
komunikasi seperti telefon pintar, laptop, komputer, dan sebagainya yang membolehkan
mereka berhubung dengan seseorang individu dengan internet. Kebolehan individu atau
kumpulan untuk menjadi seorang jurucakap dan pendengar secara efektif dikaitkan dengan
barangan elektronik berserta media-media yang tersedia untuk berfungsi sebagai satu media
penyebaran ilmu. Sebagai contoh, penilaian terhadap sumber-sumber atau maklumat yang
terdapat di internet hendaklah dinilai dari segi keselamatan dan keberkesanannya terhadap
masyarakat.

1.1 KAJIAN LITERATUR

Kajian Literatur ialah pengumpulan maklumat penyelidik tentang permasalahan yang


sedang dikaji. Dalam proses membuat kajian literatur, seorang penyelidik akan mengenal
pasti apakah yang telah dipelajari oleh orang lain mengenai permasalahan yang serupa
dengan permasalahan yang dikaji. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah merujuk beberapa
rujukan ilmiah seperti jurnal yang dihasilkan oleh para-para mahasiswa universiti ….. Begitu
juga, pengkaji telah merujuk beberapa maklumat tentang kajian yang dibuat oleh mereka lalu
digunakan dalam penulisan kajian ini.

1.2 METODOLOGI ATAU KAEDAH KAJIAN

Pelaksanaan pengumpulan maklumat kajian adalah melihat atau mencari buku-buku


atau jurnal ilmiah untuk dijadikan rujukan sepenuhnya. Pengkaji juga telah melakukan
kaedah primer iaitu mencari rujukan-rujukan kepustakaan untuk meraih maklumat dalam
kajian ini.
2.0 KEPENTINGAN LITERASI MEDIA DIGITAL

2.1 Pendidikan

Kepentingan Literasi Media Digital dapat dilihat dengan lebih jelas melalui
penggunaannya dalam bidang pendidikan di setiap institusi pendidikan pada masa kini.
Dalam hal ini, pelajar telah membuatkan literasi media digital sebagai alat komunikasi
mahupun pembelajaran yang wajib bagi mereka. Pelajar di dunia moden ini perlulah
memanfaatkan semua kemahiran pemikiran pesanan yang lebih tinggi yang diajar kepada
pelajar pada zaman dahulu. Begitu juga, pelajar dapat menggunakan internet untuk
menyelidik dan mencari sumber berupa teks, video, ‘pod cast’ dan persembahan yang
berkaitan dengan apa sahaja yang ingin mereka pelajari. Dalam hal ini, ianya dapat
meningkatkan mutu dalam mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui
penggunaan internet. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan menggunakan
bahan visual yang berbentuk grafik, teks, muzik, video, serta animasi yang dapat membantu
mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Menghadapi krisis global
akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pengajaran dan pembelajaran
secara konvensional tertangguh, bahkan menjadikan tugas guru dan pensyarah semakin
mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan
baharu yang memerlukan proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas
talian. Dalam alaf baru yang mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada
pilihan selain memanfaatkan teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks
pendidikan masa kini memerlukan guru dan pensyarah menguasai dan mempunyai literasi
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). (Bernama, Berita Harian, 2020)

2.2 Keselamatan

Merujuk kepada kepentingan Literasi Media Digital dari segi keselamatan, tidak
dinafikan bahawa jenayah siber semakin mendapat tempat disebabkan oleh kecuaian
pengguna dalam memberikan maklumat peribadi mereka tanpa usul.periksa terlebih dahulu.
Dalam hal ini, penjenayah siber sangat bijak mengorak langkah untuk memanipulasikan
minda seseorang dalam menjayakan misi mereka. Penjenayah tersebut mencari kesempatan
kepada keperluan masyarakat dengan menggunakan taktik yang licik. Bagi melangsungkan
misi mereka, maka mereka mensasarkan mangsa yang mudah terpengaruh dengan perkara-
perkara yang boleh mendapat simpati daripada mangsa. Oleh itu, literasi media digital
sentiasa memberikan peringatan melalui media-media digital seperti televisyen, radio dan
sebagainya. Literasi media digital menjadikan pengguna bebas berkongsi pengalaman
tentang langkah-langkah penjagaan daripada terjebak dengan jenayah siber. Dalam hal ini,
ianya dapat mewujudkan kepekaan dalam kalangan masyarakat mengenai jenayah siber yang
berlaku supaya mereka tidak menjadi mangsa kepada penjenayah yang bijak mengambil
kesempatan untuk memanipulasikan minda mangsa-mangsanya. Sebagai contoh, petikan
akhbar Harian Metro yang dinyatakan daripada Bernama, kes penipuan “Macau Scam” yang
melibatkan bukan sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terlibat
dengan perangkap sindiket sehingga mengalami kerugian yang mencecah jutaan ringgit.

2.3 Ekonomi

Kepentingan Literasi Media Digital juga dapat dilihat dari segi ekononi. Dalam hal
ini, ekonomi negara dapat ditingkatkan dengan memanfaatkan peluang ini untuk
memperluaskan lagi pelbagai bentuk perniagaan bukan hanya di dalam negara, malah di
seluruh dunia. Negara lain dapat mengetahui bentuk perniagaan yang dijalankan di dalam
negara. Dengan Literasi Media Digital juga dapat mempromosikan keunikan negara kita
terutamanya dari segi kebudayaan kepada masyarakat luar negara. Hal ini dapat
meningkatkan pengetahuan masyarakat luar negara tentang jenis budaya yang terdapat di
negara kita. Bukan itu sahaja, hasil daripada kedatangan pelancong masuk ke dalam negara
juga dapat meningkatkan pendapatan per kapita ekonomi negara. Negara Malaysia juga
berpotensi untuk menjadi sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkemuka dengan
adanya tempat-tempat yang menarik serta pulau-pulau yang semestinya mencuri tumpuan
pelancong untuk datang ke negara. Sebagai contoh, acara Tahun Melawat Malaysia
merupakan salah satu usaha yang dilakukan negara Malaysia untuk menarik kedatangan
pelancong yang bertujuan untuk meningkatkan pendapatam negara terutamanya dalam sektor
ekonomi. Hal ini juga sememangnya memberi impak positif kepada masyarakat Malaysia.
Dengan adanya Literasi Media Digital, keunikan yang terdapat di dalam negara akan terus
dipromosikan melalui acara-acara festival yang dianjurkan oleh negara Malaysia sendiri
seperti Tahun Melawat Malaysia.

3.0 ISU COVID 19

3.1 Pengenalan kepada COVID-19

Pada bulan Disember 2019, satu wabak radang paru-paru baru yang disebabkan oleh
novel koronavirus bermula di Wuhan (wilayah Hubei, China). Ia kemudiannya merebak ke
banyak negara di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan
bahawa COVID-19 adalah kecemasan kesihatan awam yang menjadi perhatian antarabangsa
(PHEIC) pada 30 Januari, 2020. (Jia Wang & Zhifeng Wang, 2020)

3.2 Latar Belakang Wabak Radang Paru-paru di China

Pada 31 Disember 2019, Jawatankuasa Kesihatan dan Kesihatan Perbandaran Wuhan


di wilayah Hubei, China telah mengeluarkan “Pemberitahuan mengenai Pneumonia di
Wuhan” setelah 27 kes radang paru-paru dilaporkan. Pada 7 Januari 2020, Siaran Baru
CCTV China melaporkan bahawa kumpulan pakar telah mengenal pasti “viral pneumonia of
unknown cause” sebagai jenis koronavirus yang baru (CoV). Pada 12 Januari 2020, WHO
menamakan CoV yang baru ditemui sebagai “2019-nCoV” buat sementara waktu. Virus ini
adalah CoV ketujuh yang dapat menjangkiti manusia. Pada 25 Januari 2020, Jawatankuasa
Parti Komunis China menunjukkan sekumpulan pemimpin untuk mengendalikan tindak balas
terhadap wabak ini, untuk memperkuat langkah-langkah pencegahan dan pengendalian virus
ini secara menyeluruh. Pada 31 Januari 2020, WHO mengumumkan bahawa novel CoV akan
diberi nama “coronavirus disease-2019” (COVID-19) dan virus yang menyebabkan
penyakit ini akan diberi nama “severe acute respiratory syndorome coronavirus 2” (SARS-
CoV-2). Sehingga Mac 2020, wabak COVID-19 terus menyebar. Terdapat lebih 80, 000 kes
yang disahkan di 34 wilayah China, dan kes telah disahkan di 106 negara termasuk Korea
Selatan, Iran, Jepun, Itali, dan Amerika Syarikat.

3.3 Analisis SWOT COVID-19

3.3.1 Strength Analysis (Kekuatan)

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia (PKP)

Sebagai tindak balas terhadap wabak COVID-19, Kerajaan Malaysia mengkaji


semula langkah-langkah yang dilaksanakan contohnya Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) dari semasa ke semasa berdasarkan keadaan semasa COVID-19 di negara ini.
Negara Malaysia kini berada di Fasa ke-4 Pemulihan di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi
Fasa ke-6 yang ditentukan di bawah Pelan Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional
(PENJANA). Pada 28 Ogos 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin
mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan
dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020. Pada 7 November 2020, Kerajaan Malaysia
mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di
Malaysia dari 9 Oktober hingga 6 Disember 2020 kecuali di negeri Perlis, Pahang,
Kelantan, dan Sarawak. Pada masa kini, sektor perniagaan dibenarkan untuk meneruskan
operasi seperti biasa dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat. Sebarang
perubahan pada SOP atau peraturan akan diumumkan dari semasa ke semasa. (Flanders
Trade, 2020)

3.3.2 Weakness Analysis (Kelemahan)

Khabar Angin
Kaedah pencegahan COVID-19 telah menjadi topik yang menjadi perhatian
utama masyarakat masyarakat umum. Seiring dengan perhatian masyarakat terhadap
wabak ini, pelbagai khabar angin juga muncul. Contohnya, “Isatis Indigotica”
(merupakan satu tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional Cina), sauna,
dan antivirus seperti ubat selesema dapat mencegah jangkitan CoV dengan meminum
alkohol yang tinggi, merokok atau pengasapan serta cuka dan air garam juga dapat
digunakan sebagai rawatan. Namun begitu, khabar amgin ini tidak mempunyai asas yang
kukuh dalam bidang sains atau perubatan.

3.3.3 Opportunity Analysis (Peluang)

Peluang Pendidikan dalam Penyakit Berjangkit

Secara amnya, kesedaran orang ramai mengenai wabak COVID-19 adalah tinggi
seterusnya dapat memberikan peluang yang baik kepada institusi pendidikan
antarabangsa mengenai penyakit berjangkit ini. Melalui siaran maklumat secara rasmi,
kesedaran dalam kalangan orang ramai mulai timbul mengenai bahayanya wabak
COVID-19. Sebagai contoh, Indeks Baidu menunjukkan data besar jumlah carian internet
“mask” ataupun pelitup muka adalah sebanyak 3.9 juta dalam masa sehari. Pada masa
yang sama, isu yang berkaitan seperti “penggunaan pelitup muka dengan cara yang betul”
dan “N95 protective masks” ataupun pelitup muka pelindung N95 juga menjadi sumber
utama masyarakat umum dalam.pencarian di internet. Begitu juga, “gejala novel
koronavirus”, “laluan penularan novel koronavirus”, dan “kes baru novel koronavirus”
juga menjadi ‘trending’ dalam carian internet seterusnya menunjukkan tahap
kebimbangan dalam kalangan masyarakat adalah tinggi terhadap wabak COVID-19 ini.
Dalam hal ini, melalui pendidikan kesihatan secara keseluruhan terutamanya dalam
media telah menimbulkan kesedaran orang ramai mengenai pencegahan dan kawalan
wabak telah meningkat kerana wabak COVID-19 ini.
3.3.4 Threat Analysis (Ancaman)

Kesan COVID-19 terhadap kehidupan harian, pekerjaan dan psikologi

Dalam tempoh cuti yang panjang, kebanyakan perusahaan dan institusi


menangguhkan pengeluaran. Begitu juga, pembukaan semula sekolah telah ditangguhkan
ekoran wabak COVID-19 bagi mengelakkan penularannya secara meluas. Tidak
ketinggalan, beberapa landasan kereta api dan penerbangan telah ditangguhkan sehingga
menyebabkan orang ramai terpaksa duduk di dalam rumah. Langkah ini jelas
mengelakkan penularan wabak COVID-19 secara meluas dalam kalangan masyarakat.
Hal ini jelas memberikan impak yang besar kepada masyarakat kerana boleh terjadinya
pendapatan mereka berkurang sehingga menyebabkan putus pencarian untuk mencari
rezeki. Masyarakat juga berpotensi untuk menghadapi hilang pekerjaan untuk
memperoleh sumber pendapatan ekoran wabak COVID-19 ini.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Literasi Media Digital mempunyai kepentingannya


yang tersendiri dalam mendepani arus era globalisasi ini. Kepentingan ini bukan sahaja
memberikan pengetahuan baru kepada pengkaji, malah seluruh masyarakat sejagat juga dapat
mempelajari serta memperoleh pengetahuan baru yang dapat memudahkan semua orang
untuk mengetahui kepentingannya literasi media digital ini. Kemajuan literasi media digital
haruslah diperkasakan dari semasa ke semasa agar ianya berupaya untuk menangani setiap
permasalahan yang timbul di samping pandemik COVID-19 yang melanda negara,
peningkatan tingkat teknologi dapat merungkaikan setiap permasalahan bagi menangani isu
ini. Pengkaji berharap kajian berkaitan dengan literasi media digital ini dapat memberikan
pengetahuan yang baru kepada seluruh masyarakat sejagat.
5.0 RUJUKAN

Asita Elengoe, (2020), “COVID-19 – Outbreak in Malaysia”, Osong Public Health and
Research Perspectives 2020; 11(3) : 93 – 100, Department of Biotechnology, Faculty of
Science, Lincoln University College, Selangor, Malaysia, diambil semula pada 24 November
2020, dari https://ophrp.org/journal/view.php?number=559

Bernama, Harian Metro, (2020), “Macau Scam, cuci duit : Apa tindakan kita?, diambil
semula pada 16 November 2020, dari
https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/629814/amp

Bernama, Berita Harian, (2020), “COVID-19 : Pendidikan menerusi dunia maya cabaran
baharu buat guru”, diambil semula pada 16 November 2020, dari https://www-bharian-com-
my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-
pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru?
amp_js_v=a6&amp_gsa=1&usqp=mq331AQHKAFQArABIA%3D
%3D#aoh=16062100978800&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From
%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fnasional
%2F2020%2F05%2F689322%2Fcovid-19-pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-
guru

Flanders Trade, (2020), “CORONA VIRUS – The situation in Malaysia”, diambil semula
pada 24 Oktober 2020, dari
https://www.flandersinvestmentandtrade.com/export/nieuws/corona-virus-%E2%80%93-
situation-malaysia

Jia Wang & Zhifeng Wang, (2020), “Strengths, Weaknesses, Opportunities and Threats
(SWOT) Analysis of China’s Prevention and Control Strategy for the COVID-19 Epidemic”,
Department of Health Policy and Management, Peking University School of Public Health,
Beijing 100191, China, diambil semula pada 1 November 2020, dari
https://www.mdpi.com/1660-4601/17/7/2235/htm

National Institute of Literacy, “Maksud Literasi”, diambil semula pada 11 November 2020
dari http://www.nifl.gov

Anda mungkin juga menyukai