Anda di halaman 1dari 16

1)

Memudahkan
penyampai
untuk
membaca

TUJUAN
PENYEDIAAN
TEKS

2) Memastikan
semua aspek
yang ingin
diberikan
penekanan
lengkap &
tersusun

PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT,


WOODROW WILSON

Sekiranya saya ingin menyampaikan ucapan


selama 10 minit, maka saya memerlukan
seminggu bagi menyiapkannnya. Sekiranya 15
minit ialah selama 3 hari. Bagi setengah jam, 2
hari dan sekiranya 1 jam, saya sedia
menyampaikan ucapan itu sekarang

TUJUAN UTAMA UCAPAN


~ ARSHAD MD. GHAUS (2007)
1.MEMAKLUMKAN (to inform)
- Memberitahu atau memaklumkan kepada
khalayak tentang sesuatu fakta, sesuatu yang
baharu ataupun cara bagaimana melaksanakan
perkara-perkara tertentu.
Cth : ucapan tentang perjalanan majlis
konvokesyen.

2. MEMPENGARUHI (to influence)


- Menukar sikap khalayak daripada negatif
kepada positif
- Mesej yang disampaikan perlu mudah
difahami oleh khalayak & dapat dicernakan
dengan cepat.
3. MEMBERIKAN INSPIRASI (to inspire)
- Memberikan motivasi khalayak di mana
khalayak akan didedahkan dengan pelbagai
pilihan yang bukan mereka fikir.

4. MENGHIBUR (amuse)
- Membuatkan khalayak gembira, tidak
membosankan serta sentiasa teruja untuk
mengetahui perkara seterusnya daripada
penyampai.

TAHAP UTAMA DALAM DALAM


MENULIS
TEKS UCAPAN
1. MERANCANG
- Mengenal pasti perkara atau subjek
utama yang hendak ditulis.

TAHAP UTAMA DALAM DALAM


MENULIS TEKS UCAPAN
Berfokus

Bebas

Percambaha
n fikiran
Bahan
bacaan

PROSES MENCERNA
IDEA
CARA PENULISAN

Teknik
penyoalan
Peta minda

Dialog
imaginasi

Catatan
harian

2. MENULIS
- Membina isi & idea
- Memilih diksi yang bersesuaian
- Menyusun kata menjadi ayat
- Menghubungkan ayat dengan
perenggan
- Perenggan disusun mengikut
keutamaan
- Susun atur menggambarkan kesatuan
idea

3. MENYEMAK
- Untuk mengenal pasti masalah
- Mengurangkan kesalahan tatabahasa
& fakta
- Melantik pembaca kedua
- Membuat pertimbangan terima atau
tolak cadangan
- Semakan dapat tingkatkan mutu
penulisan

1. Majlis
Tajuk, tarikh, waktu,
tempoh majlis,
tempat, alat
visual, khalayak 2. Objektif ucapan

5. Menulis ucapan
Nota ringkas, teks
ucapan, nota
edaran

4. Rangka ucapan
Pendahuluan, isi
kandungan, penutup

3. Mengumpul
bahan
Penyelidikan,
pengalaman,
pengetahuan, temu
bual

CONTOH TEKS UCAPAN


1. PENDAHULUAN iaitu kata-kata aluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Salam sejahtera dan
selamat pagi
Terima kasih saudara pengacara majlis.Yang Berusaha Tuan Pengetua,
Penolong-penolong Kanan, Guru Kanan, guru, pemimpin pelajar
dan pelajar yang dikasihi sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih
kepada semua pelajar SMK Cheras yang telah memberi kerjasama
secara optimum sepanjang minggu yang lalu. Guru bertugas yang
mengendalikan perhimpunan harian ringkas setiap pagi sebelum
pelajar bergerak ke kelas masing-masing berasa sangat puas hati
dengan pergerakan yang begitu lancar. Dari segi itu, semua pelajar
layak diberi penarafan A+.

2.
ISIpelajar
KANDUNGAN
UCAPAN
Guru dan
yang dihormati,
DIKEMBANGKAN
Secara khusus, tahap kebersihan bilikDENGAN
darjah dan kawasan BAIK
sekolah

memang boleh diberi pujian, tetapi ruang untuk penambahbaikan


masih terbuka. Kebersihan lantai telah diurus dengan begitu baik,
kecuali terdapat cebisan kertas di sana sini selepas waktu rehat.
Namun, demi melihat guru bertugas datang dengan lembaran penilaian
kebersihan dan keceriaan, pelajar cepat-cepat mengutip cebisan kertas
berkenaan. Terima kasih atas kepekaan kalian. Penarafan kebersihan A-.
Keceriaan bilik darjah pula berkait rapat dengan sistem rasa, persepsi
atau tanggapan sepintas lalu. Maksudnya, sebaik sahaja melangkah ke
sesebuah bilik darjah, aura atau getaran pembelajaran akan dapat
dirasai, sama ada hebat, biasa atau lenyap. Guru bertugas
mencadangkan supaya suatu garis panduan ringkas tentang keceriaan
bilik darjah dapat disediakan bagi meningkatkan penarafan di tahap B+
sepanjang minggu kelapan yang lalu.

3. SISIPAN KATA, IAITU DI TENGAH-TENGAH


UCAPAN
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, para hadirin sekalian dan sebagainya.

4. PENUTUP KATA-KATA BAGI MENGAKHIRI


SESUATU UCAPAN
Sebagai mengakhiri laporan guru bertugas minggu ke-8, izinkan saya
mengulang semula ungkapan hukamak: Hari ini lebih baik daripada
semalam, esok lebih baik daripada hari ini. Pelajar cemerlang selalu berkata:
Bolehkah saya bantu?; pelajar biasa-biasa berkata: itu bukan kerja aku.
Pelajar cemerlang berkata: Masalah itu sukar, tetapi boleh diatasi; pelajar
biasa-biasa mengatakan: Masalah itu boleh diatasi tetapi sukar. Semoga
Michaelian sentiasa tergolong sebagai pelajar cemerlang.
Sekian, salah dan silap mohon dimaafkan. Wassalam.

Anda mungkin juga menyukai