Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Malnutrisi adalah salah satu masalah kesihatan yang penting yang kini telah dikenal pasti oleh Kerajaan
Malaysia. Masalah ini adalah menjadi factor penyumbang kepada masalah-masalah lain seperti nutrisi,
parasitisme, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak dan juga aspek sosio-budaya yang berkaitan dengan
kesihatan. Malnutrisi menjadi masalah yang penting terutamanya negara-negara mundur yang ekonomi dan
pendidikan lemah di dunia seperti Somalia, Senegal dan Uganda di benua Afrika serta Bangladesh, Selatan India
dan Pakistan di benua Asia. Di Malaysia ia merupakan masalah yang sederhana yang terkawal, hasil daripada
keadaan ekonomi yang stabil dan pendidikan yang berkesan. Cuma malnutrisi ini masih terdapat di kawasankawasan pedalaman Malaysia kerana masalah lokasi dan perhubungan antara satu tempat dengan tempat lain
yang lebih maju. Di kawasan terpencil ini perkhidmatan penjagaan kesihatan moden adalah rendah atau tidak
kedapatan. Mengikut fakta, 2/3 kanak-kanak tidak sihat di dunia adalah di Asia manakala adalah daripada
benua Afrika.
Menurut kajian terdapat banyak penyakit yang berpunca daripada malnutrisi. Terdapat persetujuan mengatakan
bahawa malnutrisi merupakan punca utama kepada kematian kanak-kanak di negara mundur dan sedang
membangun termasuk Malaysia. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga antaranya mengatakan :
Seluruh dunia, disebabkan kekurangan langkah kesihatan walaupun langkah yang paling mudah, ramai orang
mati disebabkan oleh penyakit yang boleh dicegah dan diubati, yang biasanya dapat dikaitkan dengan malnutrisi,
ataupun hidup dengan kecacatan anggota dan mental.

Definisi Malnutrisi
Malnutrisi adalah satu keadaan yang terhasil atau terjadi apabila badan manusia memperolehi atau menerima
kandungan yang tidak seimbang untuk vitamin, mineral dan nutrien yang lain, dimana kandungan tersebut
diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tisu badan dan fungsi organ tubuh.
Dalam ertikata lain, malnutrisi ( nutrisi yang tidak teratur ) adalah keadaan patologi yang terhasil daripada
kekurangan relatif atau mutlak atau kelebihan satu atau lebih nutrien.

Kategori dan Jenis Malnutrisi


Malnutrisi boleh di kategori kepada 2 iaitu :

1.
2.

Malnutrisi primer - keadaan dietri tidak teratur


Malnutrisi sekunder - ketidaknormalan nutrisi akibat proses penyakit di dalam
badan manusia
Dua kategori utama malnutrisi ini dapat dibahagi lagi kepada empat jenis keadaan patologi
seperti yang berikut:
Nutrisi berkurangan
Keadaan akibat daripada pengambilan nutrien yang tidak mencukupi. Lazimnya ia dalah kesan penggunaan
terlalu sedikit nutrien yang penting atau menggunakan atau proses perkumuhan yang terlalu pantas daripada
proses menggantikannya. Kanak-kanak, remaja, wanita mengandung dan perempuan yang menyusui bayi
sangat memerlukan nutrien tambahan. Kehilangan banyak nutrien boleh juga disebabkan oleh diarrhea, kadar
perpeluhan melampau, kehilangan banyak darah dan buah pinggang kurang berfungsi. Sementara itu
pengambilan nutrien yang sepatutnya akan terhalang akibat daripada penyakit tua, proses diet yang melampau,
alahan makanan, kecederaan yang tertentu atau penggunaan bahan makanan yang sia-sia.
Nutrisi berlebihan

Hasil daripada pengambilan makanan yang berlebihan. Dietari yang tidak seimbang ini juga
akibat pengambilan makanan berlebihan yang salah dari segi kandungan nutriennya, senaman
yang tidak mencukupi dan pengambilan terlalu banyak vitamin atau suplemen diet yang
salah. Risiko ini turut bertambah sekiranya memiliki berat badan berlebihan 20%, pengambilan
lemak dan garam berlebihan serta pengambilan dos berlebihan untuk ; niacin untuk merendahkan tahap
kolestrol yang tinggi, vitamin B6 untuk melegakan sindrom pre-menstrual, vitamin A untuk menghilangkan
masalah kulit dan zat besi atau bahan mineral lain yang tidak mendapat preskripsi doktor. Pengambilan nutrien
yang tidak teratur boleh mempengaruhi sistem tubuh badan serta deria bau, rasa dan melihat. Ia juga dapat
melahirkan perasaan cemas, perubahan perasaan hati dan simptom psikiatri.
Kekurangan spesifik

Keadaan berlaku akibat kekurangan relatif atau mutlak sesuatu nutrien yang penting seperti contohnya asid
amino dan vitamin A.
Ketidakseimbangan
Keadaan terhasil akibat daripada pengambilan nutrien yang diperlukan tidak seimbang bukan disebabkan
kekurangan sesuatu nutrien.

Faktor-faktor Penyebab Malnutrisi

Terdapat faktor tidak langsung dan faktor penyebab cara langsung yang menyebabkan berlakunya malnutrisi. Di
antara faktor-faktor penyebab yang utama adalah :

Keadaan sosio-ekonomi yang mundur Kemiskinan dan Pengetahuan yang Rendah


Menurut satu kajian : .bagi sesuatu kumpulan yang dikaji, tahap kemiskinan didapati berkadar songsang
dengan tahap pengambilan protein sumber haiwan... Ini jelas menunjukkan bahawa kemiskinan adalah salah
satu punca utama manutrisi dan berkait rapat dengan tahap pengetahuan yang rendah. Pendapatan yang rendah
menyebabkan mereka tidak berkeupayaan membeli makanan yang mempunyai diet yang seimbang. Ini akan
menyebabkan diet berkurangan dan tidak sempurna.

Amalan Pemakanan dan Penyakit


Tabiat pemakanan semakin berkurangan apabila usia semakin meningkat. Orang tua yang hilang tabiat
pemakanannya akan semakin diancam oleh malnutrisi. Penyakit yang sering menyerang orang tua
sepertiAlzheimer akan menyebabkan mereka lupa untuk makan makanan yang seimbang.
Risiko malnutrisi juga semakin meningkat bagi orang yang mengidap sesetengah penyakit bahaya contohnya
buah pinggang, hati, kanser, AIDS dan gastrik. Penghidap penyakit ini akan terhalang untuk memakan sesuatu
jenis diet dan kelemahan sistem badan mereka untuk menyerap makanan yang telah dicernakan.
Orang yang bergantung hidup dengan dadah dan alkohol juga mempunyai risiko tinggi terhadap malnutrisi.
Golongan ini mempunyai diet tertentu yang perlu diamalkan dalam satu tempoh jangkamasa yang ditetapkan.
Diet ini akan mengurangkan keseimbangan makanan yang diambil, dan selalunya golongan ini mempunyai
kegagalan dalam sistem pencernaannya akibat kesan pengambilan dadah dan alcohol terutama yang melibatkan
organ hati, pankreas dan buah pinggang.
Alahan terhadap sesejenis makanan akan menyukarkan seseorang itu memperolehi makanan yang boleh
mereka cernakan. Golongan ini memerlukan kalori tambahan yang diambil untuk mengekalkan berat yang diambil
dan seterusnya mengekalkan berat badan mereka sendiri.
Sifat terlampau ingin kurus menyebabkan pemakanan yang tidak teratur bagi golongan anoreksia dan bulimia
yang terlampau menghadkan pengambilan makanan mereka, sehingga tidak sihat akibat kekurangan nutrien
yang penting untuk badan mereka. Adat resam sesuatu masyarakat juga mempengaruhi amalan

makanan sesuatu golongan. Contohnya amalan masyarakat Melayu, wanita di dalam pantang
di halang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai nutrien yang tinggi.
Sedangkan pada masa ini ibu yang sedang menyusui bayi memerlukan kandungan
nutrien yang tinggi. Ini menyebabkan mereka mudah terdedah kepada penyakit seperti anemia.
Parasitisme dan Infeksi Penyakit
Masih terdapat penyakit berjangkit dan penyakit berparasit yang kronik berlaku di sesetengah tempat yang boleh
menjurus kepada malnutrisi. Penyakit berjangkit yang lazim seperti tuberkulosis, malaria dan semua jenis disentri
contohnya cirit birit, sementera penyakit berparasit adalah seperti askaris, trikuris, cacing usus dan kutu kepala.
Penyakit- penyakit ini akan menyebabkan masalah-masalah berikut :

Kehilangan nutrien yang tinggi


Keperluan fisiologi yang lebih tinggi terhadap nutrien dengan beban yang lebih, akibat daripada
penyakit

Malfungsi sistem penyerapan yang menghasilkan malserapan

Simptom Malnutrisi

Di antara simptom-simptom kemungkinan malnutrisi adalah kehilangan berat badan tanpa disedari sebanyak 10
pound atau lebih. Orang yang tidak subur kebiasaannya berbadan kurus dan kepala agak besar dengan keadaan
kulit mereka pucat, tebal, kering dan mudah nampak lebam. Gatal-gatal kulit dan perubahan pigmentasi selalu
biasa berlaku kepada mereka.

Rambut adalah nipis, kerinting kasar dan mudah tercabut dari kulit kepala. Selalu berasa sakit
pada bahagian sendi dan tulang mereka lembut dan mudah patah. Bahagian gusi selalu
mengalami pendarahan dan lidah yang membengkak, berkedut serta retak-retak.
Berlaku gangguan pada penglihatan termasuklah rabun malam dan sangat sensitif pada cahaya serta
kilauan.Simptom-simptom malnutrisi yang lain adalah :

Diarrhea

Berkeadaan bimbang

Kehilangan tindakan refleks dan koordinasi otot semakin berkurangan

Otot tersentak

Amenorrhea

Bibir dan mulut yang pecah dan retak

Kebingungan

Kanak-kanak yang menghidapi malnutrisi kebiasaannya pendek umur, kurus, tidak dan mempunyai daya tahan
badan yang sangat lemah.
Diagnosis Malnutrisi
Kehadiran malnutrisi pada seseorang dapat dikesan daripada penampilan keseluruhan diri seseorang, tingkah
laku, agihan lemak pada badan dan fungsi organ tubuh badan.
Pesakit akan di temu bual dan direkodkan data tentang bahan yang dimakan pada waktu-waktu spesisifik
mereka. X-ray boleh dijalankan bagi mengesan isipadu tulang, gangguan pada organ perut dan kerosakan pada
bahagian hati serta jantung.
Ujian darah dan air kencing juga dapat dilakukan bagi mengukur peringkat kandungan vitamin, mineral dan
bahan kumuh pesakit.
Status nutrisi pada seseorang juga dapat di anggarkan secara :

Membandingkan berat pesakit dengan carta Standard

Mengukur ketebalan kadar lipatan kulit (skinfold) atau lilitan pada lengan atas

Mengira indeks jisim badan (BMI) berdasarkan formula yang membahagikan tinggi terhadap berat

Jenis-jenis Penyakit Akibat Malnutrisi

Di antara penyakit-penyakit utama berpunca daripada malnutrisi adalah seperti berikut :


1. Kwashiorkor
Penyakit berpunca daripada kekurangan zat protein atau di kenali juga sebagai penyakit red boy. Seseorang yang
kekurangan protein asidasid amino. Penyakit ini biasanya dijangkiti oleh kanakkanak yang tidak lagi menyusu dengan
ibunya ketika berusia 5 tahun dan selalunya akan makan makanan yang mengandungi sama ada bijirin, ubi kentang atau yang
berkanji.
Simptom umum Kwashiorkhor :

Penampilan seolah-olah seperti anak gemuk (gemuk air)


Penurunan kesedaran (lebih sering dari anak yang berpenyakit marasmus)

Tubuh menjadi lemah dan urat saraf

Otot-otot mengecil, anak berbaring terus-menerus

Anak sering menolak segala jenis makanan

Rambut berwarna kusam dan mudah dicabut

Gangguan kulit berwarna kemerahan dan merebak serta berubah menjadi hitam dan terkelupas

Pembesaran hati disebabkan kemasukan lemak.

Rawatan biasanya ialah memberi kanakkanak makanan yang mengandungi asidasid amino. Susu tepung
tanpa lemak juga boleh diberikan bagi meningkatkan zat protein.
2. Marasmus
Marasmus adalah sejenis penyakit yang terjadi disebabkan oleh kekurangan kalori dan protein (Protein Clorie
Malnutrition Diseases). Ia biasanya berlaku pada kanakkanak yang berumur 1 tahun di negara yang miskin dan
sedang membangun.
Simptomnya adalah seperti :

Wajah seperti orang tua


Sering terdapat penurunan kesedaran

Kulit kering, dingin dan kendur

Otot-otot mengecil sehingga tulang-tulang kelihatan jelas

Sering disertai diare atau konstipasi

Tekanan darah, frekuensi jantung dan frekuensi pernafasan berkurangan

Berat badan merosot

Sering cirit birit

Pemakanan yang diambil perlulah dapat menampung kalori dari jumlah protein yang diambil mencukupi dan
mengandungi kandungan biologi yang baik serta kandungan mineral dan vitamin. Pengawalan penyakit ini boleh
dilakukan dari awal iaitu dengan meminum susu kering tanpa lemak.
3. Xeroftalmia
Merupakan penyakit mata yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A. keadaan ini menyebabkan mata
seseorang itu mengalami sensitif pada cahaya. Akibat dari pada penyakit ini, kelopak mata akan menjadi bengkak
akibat daripada tiada rembesan air mata dan seterusnya melekat pada nanah. Selain itu juga, bakteria akan
memasuki mata dan tumbuh pada kornea. Jika keadaan ini berterusan pesakit itu boleh menjadi buta.
4. Rabun Malam
Penyakit ini adalah kegagalan penglihatan untuk menyesuaikan secara pantas dari keadaan yang terang kepada
keadaan gelap di dalam bilik pada masa yang lama. Pesakit yang mengalami penyakit ini disebabkan kekurangan
vitamin A.
Pesakit hendaklah memperbanyakkan makan makanan yang mempunyai vitamin A yang boleh di dapati dari :

Susu
Mentega keju

Kuning telur

Hati

Ikan berlemak

Sayur sayuran
5. Beri-beri
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B1 tiamina. Ia adalah satu penyakit suku bangsa yang
bergantung kepada makanan beras kisar sahaja sehingga memberi satu wabak penyakit.
Tanda tanda penyakit ini :

Kecederaan saraf

Pergelangan kaki kaku

Badan menjadi lemah

Susah berjalan

Kemungkinan kaki boleh menjadi lumpuh

Hilang nafsu makan

Cepat letih

Pencernaan makanan tak sempurna

Kaki dan jarijari kaki menjadi kebas dan terasa sengal sengal.

Terdapat dua jenis penyakit beriberi iaitu :


a) beri-beri basah

Penyakit orang dewasa, badan pesakit menjadi bengkak yang bermula dari kaki. Ini disebabkan oleh kelemahan
jantung untuk mengepam darah ke paruparu. Oleh itu tisutisu pada tangan akan penuh dengan cecair tisu dan
akan membengkak serta boleh menyebabkan kematian.
b) beri-beri kering
Juga terjadi pada orang dewasa, badan tidak menunjukkan bengkak tetapi otototot menjadi lisut dan boleh
lumpuh. Penyakit ini adalah dari sistem saraf terutamanya bahagian yang mengawal otototot tangan dan
kaki.Lama-kelamaan bahagian ini akan menjadi lemah dan tidak bermaya. Pesakit perlulah makan makanan
yang banyak tiamina seperti beras yang belum dikisar, kacang pis dan bijirin tulen.
5. Penyakit Tulang
Penyakit ini disebabkan oleh kekurangan vitamin D yang menyebabkan tumbesaran tulang yang terencat berlaku
pada kanakkanak. Vitamin ini amat penting dalam metabolisme kalsium dan fosfurus yang membolehkan garam
tak organik kalsium fosfat dienapkan di dalam tulangtulang. Kekurangan vitamin ini menyebabkan kemerosotan
enapan kalsium dalam tulang dan mengakibatkan tulang menjadi rapuh serta mempercepatkan pembongkokkan
dan pembantutan.
6. Beguk
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan iodin. Kelenjar tiroid membengkak dan menyebabkan kemerosotan
metabolisme asas seterusnya menjejaskan fizikal dan mental pesakit. Penyakit ini sering berlaku pada negara
yang tiada sumber makanan diri laut, ini keranan ikan air laut mempunyai banyak iodin.
7. Anemia
Penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi. Jika berlaku penurunan kepekatan hemoglobin, ini
menunjukkan tandatanda berlakunya Anemia. Tandatandanya adalah keletihan, hati membesar, susah
bernafas dan kulit yang pucat. Punca kekurangan zat besi adalah dari segi amalan pemakanan, kehilangan darah
yang berlebihan dan penyerapan zat besi yang lambat.
Langkah-langkah Rawatan Secara Am
Kebiasaannya status nutrisi bermula dengan penilaian terhadap nutrisi tersebut. Proses ini membolehkan clinical
nutrionist atau pakar pemakanan menentukan kehadiran malnutrisi, menilai kesan terhadap kekacauan nutrisi
dan memformulasikan satu diet yang menyimpan nutrisi yang mencukupi.
Pesakit yang tidak boleh atau tidak mahu makan atau sesiapa yang tidak dapat menyerap nutrient yang dimakan,
akan disuap secara intravenous atau melalui kapilari tiub yang disumbat ke dalam gastrointestinal (GI) tract.

Sistem menyuap menggunakan tiub biasanya digunakan kepada pesakit yang menderita terbakar badan atau
penghidap penyakit yang melibatkan usus. Prosedurnya ialah memasukkan tiub kecil melalui hidung sepanjang
kerongkong sehingga sampai ke dalam perut atau usus kecil. Sekiranya pesakit memerlukan cara tiub dalam
jangkamasa yang lama, tiub akan dimasukkan terus ke dalam perut atau usus kecil melalui potongan/hirisan
pada bahagian abdomen.

Pemakanan secara tiub tidak selalu boleh membekalkan nutrien yang mencukupi kepada pesakit yang:
Serius ketidaksuburannya
Memerlukan pembedahan
Menjalani kemoterapi atau rawan radiologi

Terbakar yang serius

Cirit birit dan muntah yang berterusan


Bagi sistem pemakanan melalui saluran darah boleh membekalkan hamper kesemua nutrien yang diperlukan
oleh pesakkit.

Langkah-langkah Pencegahan Awal


Memberi susu badan kepada bayi untuk selama sekurang-kurangnya enam bulan pertama adalah langkah
terbaik mencegah malnutrisi pada peringkat awal bayi. Pada peringkat umur melebihi dua tahun adalah
digalakkan mengikut tabiat yang berikut :

Memakan banyak buah-buahan, bijirin dan sayuran


Makan makanan yang berkandungan lemak dan kolestrol yang rendah serta mengandungi
kandungan garam, gula dan sodium yang berpatutan.

Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian selama lebih kurang 30 minit beberapa kali dalam
seminggu

Mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal

Elakkan penggunaan alkohol yang berlebihan

Setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital perlulah di periksa dan di saring bagi mengesan kehadiran penyakit
serta keadaan yang boleh menjuruskan kepada malnutrisi tenaga protein. Pesakit yang mempunyai risiko tinggi
terhadap malnutrisi perlulah diberi penilaian yang lebih selama mereka dirawat di hospital atau di rumah.

Kesimpulan
Malnutrisi sepatutnya boleh dicegah dari peringkat awal lagi sekiranya masyarakat sedar dan tahu kesan-kesan
yang boleh disebabkannya. Pendidikan nutrisi merupakan langkah yang penting bagi melengkapkan pendidikan
kesihatan. Pendidikan ini akan menjadi mustahak kepada sistem penjagaan kesihatan yang menekankan
langkah-langkah mencegah dan promosi . Dalam erti kata yang lain, pendidikan nutrisi adalah berkesan bagi
memerangi kejahilan tentang keperluan nutrisi dan ancaman-ancaman yang berkaitan dengannya. Kita perlu
mengadakan aktiviti-aktiviti nutrisi yang cekap seperti pemeliharaan halaman rumah, kebersihan diri, pengimunan
dan lain-lain program piawaian nutrisi yang penting dalam mengurangkan serta menghapuskan masalah
malnutrisi dalam masyarakat kita.

Anorexia Nervosaadalah gangguan psikis dimana penderitanya merasa bahwa dirinya terlalu
gemuk dan membiarkan diri mereka kelaparan. Penderita anoreksia mencoba mempertahankan
berat badan jauh di bawah normal sehingga terlihat sangat kurus. Mereka cenderung menolak
makanan
meskipun
terasa
lapar.
Anorexia nervosa tidak benar-benar mengenai makanan. Ini merupakan cara tidak sehat untuk
mengatasi masalah emosional. Ketika anda memiliki anorexia nervosa, anda sering
menyamakan
kekurusan
adalah
bernilai.
Anorexia nervosa dapat sulit diperbaiki. Tetapi dengan pengobatan, anda dapat meningkatkan
pemikiran yang lebih baik mengenai siapa diri anda, mengembalikan kebiasaan makan yang
sehat dan menyembuhkan beberapa komplikasi serius anorexia.
Gejala Anoreksia Nervosa

Beberapa dari mereka dengan anorexia nervosa hilang berat badan umumnya karena
membatasi jumlah makanan yang mereka makan. Mereka juga mungkin mencoba
menghilangkan berat badan dengan berolahraga secara berlebihan. Orang lain dengan anorexia
menggunakan minuman keras dan obat pencahar, sama seperti bulimia. Mereka mengontrol
kalori yang di dapat dengan memuntahkan setelah mereka makan atau dengan penyalahgunaan
obat
laxative,
diuretic
atau
enema.
Tidak peduli bagaimana pengurangan berat badan dicapai, anorexia memiliki sejumlah tanda dan
gejala
fisik,
emosional
dan
kebiasaan.

Gejala fisik anoreksia:


Hilang berat badan secara ekstrim
Terlihat kurus

Kadar darah yang tidak normal

Kelelahan

Tidak bisa tidur

Pusing atau pingsan

Perubahan warna kebiruan di jari

Kuku rapuh

Rambut yang tipis, patah atau rontok

Terlambat menstruasi

Konstipasi

Kulit kering

Tidak tahan terhadap dingin

Ritme jantung yang tidak beraturan

Tekanan darah rendah

Dehidrasi

Osteoporosis

Bengkak pada lengan atau kaki

Gejala emosi dan kebiasaan anorexia:


Menolak untuk makan
Menyangkal rasa lapar

Berolahraga secara berlebihan

Suasana hati yang datar, atau lemah emosi

Menarik diri dari lingkungan sosial

Mudah marah

Berkurangnya ketertarikan terhadap aktifitas seksual

Depresi

Kemungkinan penggunaan produk herbal atau obat diet

Penyebab Anorexia Nervosa

Tidak diketahui secara khusus apa yang menyebabkan beberapa orang terkena anorexia. Seperti
banyak penyakit lain, ini merupakan kombinasi faktor biologis, psikologis dan sosiokultural.
Biologis
Beberapa orang secara genetik mudah terkena anorexia. Wanita muda dengan saudara kandung
perempuan atau ibu dengan gangguan makan memiliki risiko yang lebih tinggi.
Psikologis
Mereka dengan anorexia memiliki karakteristik yang berkontribusi terhadap anorexia. Sebagai
contoh mereka memiliki kepercayaan diri yang rendah. Mereka mungkin memiliki kepribadian
obsesif-kompulsif bawaan yang membuatnya lebih mudah untuk tetap melakukan diet ketat dan
tidak makan ketika lapar. Mereka mungkin juga memiliki sifat perfeksionis yang tinggi, dengan
maksud
mereka
tidak
akan
berpikir
bahwa
mereka
telah
cukup
kurus.
Sosiokultural
Kultur negara barat sering menanamkan dan mempertebal keinginan untuk kurus. Media banyak
menayangkan gambar model atau aktor bertubuh kurus. Kesuksesan dan keberhasilan selalu
dikaitkan dengan tubuh kurus. Faktor pertemanan sebaya dapat menjadi alas an untuk menjadi
kurus, khususnya pada gadis muda. Bagaimanapun, anorexia dan gangguan makan lain telah
ada sejak berabad lalu, menunjukkan bahwa sosiokultural bukanlah semata-mata menjadi
penyebab.

Faktor risiko

Anorexia lebih banyak terjadi pada wanita meskipun baik laki-laki maupun wanita dapat
juga mengalami anorexia.
Anorexia lebih umum terjadi pada mereka yang berusia remaja.

Genetik. Para ahli menemukan area pada kromosom 1 menunjukkan hubungan


peningkatan risiko anorexia nervosa. Sebagai tambahan, anorexia nervosa menurun
pada keluarga.

Mereka yang mengalami kenaikan berat badan akan merasa rendah diri. Perubahan
berat badan ini akan memicu seseorang untuk memulai diet yang ekstrim.

Masa transisi. Ketika baru pindah sekolah, rumah atau pekerjaan, putusnya hubungan,
atau kematian atau sakit yang diderita oleh mereka yang dicintai, perubahan tersebut
dapat membawa tekanan emosional dan meningkatkan risiko anorexia nervosa.

Olahraga, pekerjaan dan aktivitas seni. Beberapa bidang pekerjaan, olahraga dan seni
yang menuntut tubuh kurus dapat meningkatkan risiko anorexia bagi mereka yang
berkecimpung di dalamnya.

Media yang secara rutin menunjukkan gambar model dan aktor yang kurus dapat
membuat penggemarnya ingin memiliki tubuh seperti mereka dan menempatkan risiko
anorexia terhadap mereka yang ingin seperti model dan aktor tersebut.

Pencegahan Anoreksia
Tidak ada jaminan cara untuk mencegah anorexia atau gangguan makan lain. Jika anda memiliki
anggota keluarga atau teman dengan kepercayaan diri yang rendah, diet parah atau tidak puas
terhadap penampilan, pertimbangkan untu berbicara padanya mengenai hal ini. Meskipun anda
tidak memiliki kemampuan untuk mencegah gangguan makan terjadi, anda dapat berbicara
mengenai gaya hidup yang lebih sehat.

Pengertian, Penyebab dan Akibat Bulimia Nervosa

Bulimia Nervosa adalah suatu kelainan dimana makan secara berlebihan


kemudian mencoba mengeluarkan kembali apa yang telah mereka makan. Bulimia adalah
kelainan pola makan yang sering terjadi pada wanita. Kelainan tersebut biasanya
merupakan suatu bentuk penyiksaan terhadap diri sendiri. Yang paling sering dilakukan
oleh penderita bulimia nervosa adalah membuat dirinya muntah.

Selain itu, selain makan berlebih, penderita bulimia juga cenderung diet sangat ketat dan
juga olah raga yang berlebihan. Ciri khas penyakit bulimia sudah tentu kebiasaan
mengeluarkan makanan yang dimakan dengan sangat cepat, sehingga sangat aneh bagi
orang biasa kalau sehabis makan kembali memuntahkan makanannya.
Membersihkan atau memuntahkan makanan ini diperkirakan sebagai aksi untuk
mengurangi rasa benci atau rasa bersalah karena sudah binge. Pasien berobsesi untuk
membersihkan diri mereka dari makanan itu, sehingga makanan yang masuk tidak
sempat terserap tubuh.
Sama halnya dengan anorexia, bulimia selalu berhubungan dengan control diet ataupun
penurunan berat badan. Penderita bulimia biasanya terlalu memperhatikan berat badan,
selalu merasa kurang percaya diri dengan berat badan sehingga cenderung melakukan
diet berlebih. Bedanya dengan
penderita anorexia, penderita bulimia memiliki berat badan yang lebih stabil sehingga
penyakit ini jarang diketahui oleh masyarakat umum.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan seseorang menderita Bulimia Nervosa yaitu
1. Konsep bentuk tubuh ideal di masyarakat
2. Rasa minder atau rendah diri
3. Pernah mengalami penyiksaan atau trauma

4. Perubahan dalam hidup


5. Profesi
Namun, penyebab yang paling mendominasi adalah karena rasa minder dan karena
terlalu memperhatikan penampilan.
Akibat dan Bahaya Bulimia terhadap Kesehatan
1. Pembengkakan kelenjar ludah di pipi
2. Jaringan parut di buku jari tangan yang digunakan untuk merangsang muntah
3. Pengikisan email gigi akibat bulimia yang sering muntah dan mengeluarkan asam
lambung
4. Kadar kalium yang rendah dalam darah
5. Gigi sensitive terhadap panas atau dingin
6. Masalah pada kelenjar ludah yang berupa rasa nyeri atau pembengkakan
7. Paparan asam lambung berlebih pada kerongkongan bisa menyebabkan borok, pecah
atau penyempitan. 8. Terganggunya proses pencernaan akibat pencahar, bisa
mengakibatkan disfungsi organ pencernaan .
9. Ketidakseimbangan cairan tubuh akibat stimulus zat diuretic secara berlebih.

Sekian Artikel saya tentang Pengertian, Penyebab dan Akibat Bulimia Nervosa, Terima
Kasih.
Sumber : http://id.wikipedia.org/wiki/Bulimia_nervosa dan http://www.waspada.co.id/index.php?
option=com_content&view=article&id=303955:faktor-penyebab-bulimia&catid=28:kesehatan&Itemid=48

Anda mungkin juga menyukai