Anda di halaman 1dari 3

Pembelajaran dalam talian (e-pembelajaran) menjadi sesuatu yang tidak asing lagi buat kita

semenjak wabak Covid-19 melanda dunia. Hal ini telah menyebabkan para guru dan murid secara
drastik perlu mengubah kaedah Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PDPC) dengan melakukannya
secara dalam talian. Pembelajaran atas talian boleh didefinisikan sebagai proses penyampaian ilmu
yang dijalankan menerusi platform digital seperti Google Meet, Zoom, WhatsApp, Telegram dan
sebagainya.

Platform untuk menjalankan pembelajaran dalam talian terlalu banyak, namun untuk
melaksanakannya tak semudah yang kita sangka kerana terdapat kekangan atau cabaran
pembelajaran atas talian yang perlu dihadapi. Antara cabaran yang ketara di Malaysia adalah
ketiadaan peranti untuk pembelajaran, persekitaran yang kurang kondusif, tahap kemahiran
penggunaan teknologi oleh guru dan sikap para murid ketika sesi e-pembelajaran.

CABARAN PDPR DALAM TALIAN BAGI MURID

Sukar Menyesuaikan Diri

Murid didapati sukar menyesuaikan diri dengan norma baharu dan tidak dapat memahami
pembelajaran di dalam talian kerana telah terbiasa dengan pembelajaran secara tradisional atau
bersemuka.

Pembelajaran di atas talian juga menyebabkan murid tidak dapat memberikan tumpuan kepada
tenaga pengajar yang sedang mengajar dalam talian, terutamanya apabila mereka mengekalkan set
minda pembelajaran dalam kelas sahaja.

Masalah Teknikal

Semua platform pembelajaran bersemuka dalam talian menggunakan teknologi persidangan video
(video conferencing) yang memerlukan internet berkelajuan tinggi dan menggunakan banyak data.

Masalahnya, kebanyakan murid terutama yang datang dari keluarga B40 tidak mempunyai
kemudahan internet tanpa had dan masalah teknikal sering berlaku terutamanya kuota internet
habis.

Selain itu, capaian internet talian mudah alih di Malaysia tidak begitu meluas menyebabkan kawasan-
kawasan pedalaman sukar mendapat akses internet berkelajuan tinggi.

Kurang Mahir dengan Gajet dan Pengkomputeran

Isu kurang mahir dengan gajet dan pengkomputeran menjadi salah satu blok penghalang terbesar
untuk pembelajaran maya. Ramai murid terutamanya yang menetap di luar bandar tidak mempunyai
gajet yang baik untuk membolehkan PdPR berjalan lancar. Ada pelajar yang langsung tidak
mempunyai telefon pintar.

Ramai murid di Malaysia juga tidak mempunyai pengetahuan yang baik berkaitan dengan aplikasi
pengkomputeran termasuklah aplikasi umum seperti Microsoft Word atau Google Docs, apatah lagi
menggunakan aplikasi canggih seperti Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management
System) mahupun aplikasi mengedit grafik dan video.

Pengurusan Masa

Murid juga sukar menguruskan masa dalam pembelajaran secara dalam talian. Pembelajaran
tersebut merupakan norma baharu kepada mereka dan memerlukan kerja dan masa yang
berlebihan. Kelas secara dalam talian ini bersifat fleksibel, namun ramai yang tidak dapat
menguruskan masa mereka dalam pembelajaran tersebut.

Kurang motivasi diri

Murid akan mula mengalami kemerosotan motivasi diri apabila mereka mendapati sukar untuk
menyertai pembelajaran secara dalam talian. Motivasi amat diperlukan untuk murid bagi
memastikan mereka dapat menyelesaikan tugasan dan memahami apa yang dipelajari.

Gangguan Di Rumah

Semasa murid berada di sekolah, mereka tidak diganggu oleh persekitaran lain. Mereka tersedia
dengan persekitaran belajar. Namun begitu, semasa belajar dari rumah, terdapat banyak gangguan
dan persekitaran yang empuk menyebabkan murid lebih tertumpu untuk berehat berbanding belajar.

Di samping itu, murid juga seringkali diganggu dengan persekitaran yang tidak sesuai di rumah
seperti bunyi bising dari kerja-kerja pembersihan (mesin rumput), gangguan adik yang masih kecil
ataupun tarikan untuk menonton televisyen.

CABARAN PDPR DALAM TALIAN BAGI TENAGA PENGAJAR ATAU


GURU

Penglibatan Murid

Pembelajaran dalam talian memerlukan lebih usaha untuk memastikan penglibatan murid dalam
pembelajaran. Malangnya, pembelajaran tersebut sukar untuk mempengaruhi murid pada masa
yang lama. Murid mudah kehilangan fokus semasa belajar.
Komitmen Masa

Dalam pembelajaran dalam talian, guru sukar berkomunikasi dengan murid terutamanya murid yang
pasif dan bersikap pemalu. Pembelajaran dalam talian juga menyebabkan kita berkomunikasi tanpa
bahasa badan dan murid kurang memahami apa yang disampaikan kerana kurang peka dengan
intonasi suara guru.

Maklum Balas

Guru juga berhadapan dengan kesukaran memberikan maklum balas kepada murid mereka. Murid
juga tidak membuka semula tugasan yang diserahkan kembali berserta komen daripada guru.

Anda mungkin juga menyukai