Anda di halaman 1dari 2

SJKC YUK HWA TAMALANG

PETI SURAT 43,


89057 KUDAT,
SABAH.
Tel/faks : 088-613526
________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL 2/2017

Panitia mata pelajaran : Matematik


Tarikh : 27 Mac 2017
Masa : 12:00pm – 1:20pm
Tempat : Bilik Pusat Sumber
Pengerusi : Lim Chen Ching
Kehadiran : Bilangan: 5 orang
Guru yang hadir : Semua guru mata pelajaran Matematik
Guru yang tidak hadir : -

Agenda Mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir tepat pada
waktunya.
2. Ucapan Penasihat
2.1 Penasihat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru di atas kehadiran dan
kerjasama yang diberikan.
3. Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Membincangkan berkaitan dengan keputusan peperiksaan bulan Mac.
3.1.1 Membuat analisis keputusan peperiksaan murid pada bulan Mac.
3.1.2 Guru-guru perlu menghantar markah ujian kepada ketua panitia.
3.1.3 Analisis ujian bulanan perlulah dihantar kepada panitia.
Tindakan: Untuk makluman.
4. Program Peningkatan
4.1 Guru matematik tahun 6 memeriksa perjalanan kelas tambahan mingguan dengan guru
yang memberikan kelas tambahan untuk kelas tahun 6.
4.1.1 Guru-guru kelas tambahan mengemukakan latihan yang diberikan kepada murid.
4.1.2 Membuat analisis latihan yang diberikan kepada murid selaras dengan standard
peperiksaan UPSR.
Tindakan: Semua guru kelas tambahan.
4.2 Membincangkan keperluan Program Bengkel Menjawab Teknik Soalan UPSR untuk mata
pelajaran Matematik.
4.2.1 Guru matematik tahun 6 menyatakan kelemahan murid tahun 6 untuk diberikan
perhatian sewaktu bengkel diadakan.
Tindakan: Guru program.
5. Hal-hal Lain
5.1 Soalan penilaian perlulah mengikut Huraian Sukatan serta Rancangan Tahunan.
Soalan KBAT juga perlu disediakan.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran Matematik.
5.2 Guru-guru perlu menyimpan soalan peperiksaan dalam bank soalan untuk rujukan
masa hadapan.

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kehadiran semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:20pm.

___________________
( LIM CHEN CHING)
Ketua Panitia Matematik,
SJKC Yuk Hwa Tamalang,
Kudat.

Anda mungkin juga menyukai