Anda di halaman 1dari 2

SJKC YUK HWA TAMALANG

PETI SURAT 43,


89057 KUDAT,
SABAH.
Tel/faks : 088-613526
________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


BIL 3/2017

Panitia mata pelajaran : Matematik


Tarikh : 11 Julai 2017
Masa : 12:00pm – 1:20pm
Tempat : Bilik Fail
Pengerusi : Lim Chen Ching
Kehadiran : Bilangan: 5 orang
Guru yang hadir : Semua guru mata pelajaran Matematik
Guru yang tidak hadir : -

Agenda Mesyuarat:
1. Perutusan Pengerusi Mesyuarat
1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang hadir tepat pada
waktunya.
2. Ucapan Penasihat
2.1 Penasihat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru di atas kehadiran dan
kerjasama yang diberikan.
3. Perkara-Perkara Berbangkit
3.1 Membincangkan berkaitan dengan keputusan peperiksaan bulan Mei.
3.1.1 Membuat analisis keputusan peperiksaan murid pada bulan Mei.
3.1.2 Guru-guru perlu menghantar markah ujian kepada ketua panitia.
3.1.3 Analisis ujian bulanan perlulah dihantar kepada panitia.
Tindakan: Untuk makluman.
4. Program Bengkel Menjawab Soalan UPSR Tahun 6
4.1 Guru matematik tahun 6 mengucapkan terima kasih kepada guru program kerana
memberikan perhatian kepada kelemahan murid tahun 6.
4.1.1 Guru matematik tahun 6 mengambil beberapa teknik yang disampaikan dan
diterapkan di dalam PdP.
4.1.2 Guru matematik tahun 6 melihat beberapa peningkatan di dalam keputusan murid
pada peperiksaan bulan Mei.
Tindakan: Guru matematik tahun 6.
5. Soalan Setara Peperiksaan Tahun 6
5.1 Membincangkan tentang soalan setara peperiksaan tahun 6 pada bulan Mei.
5.1.1 Guru matematik tahun 6 membincangkan soalan setara matematik bulan Mei
dengan guru-guru kelas tambahan untuk dijadikan sebagai rujukan latihan sewaktu
kelas tambahan.
Tindakan: Guru kelas tambahan.

6. Hal-hal Lain
6.1 Soalan penilaian perlulah mengikut Huraian Sukatan serta Rancangan Tahunan.
Soalan KBAT juga perlu disediakan.
Tindakan: Semua guru mata pelajaran Matematik.

7. Ucapan Penangguhan
7.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan kehadiran semua guru.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1:20pm.

___________________
( LIM CHEN CHING)
Ketua Panitia Matematik,
SJKC Yuk Hwa Tamalang,
Kudat.

Anda mungkin juga menyukai