Anda di halaman 1dari 6

PENGGUNAAN TANDA BACA DI KALANGAN MURID TAHAP 2 SEKOLAH

KEBANGSAAN RIMBAAN

Oleh:

Shaarizul Bin Rosli

Sekolah Kebangsaan Rimbaan,


P.S. 94, 89740 Kuala Penyu

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengatasi masalah murid-murid


tahap 2 di sekolah yang kurang mahir meletakkan tanda baca dalam
penulisan Bahasa Malaysia iaitu kedudukan huruf besar, noktah,
koma, tanda soal, tanda seru dan pembuka kata. Tinjauan dan
pemerhatian awal telah dijalankan ke atas keseluruhan murid tahap 2
dan didapati ada murid masih kurang mahir meletakkan tanda baca
berdasarkan penelitian terhadap buku latihan, kertas jawapan
peperiksaan dan di dalam pengajaran dan pemudahcara (PdPC).
Berdasarkan kajian, beberapa program telah dijalankan untuk
membantu murid-murid menguasai pengunaan tanda baca.
Berdasarkan kepada analisis selepas program dijalankan, terdapat
peningkatan murid yang sudah menguasai penggunaan tanda baca
dengan memuaskan.

1.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Di dalam subjek UPSR iaitu Bahasa Inggeris, didapati 4 daripada 11 orang murid Tahun 6
dan Tahun 4 tidak meletakkan tanda baca dengan betul di dalam penulisan Bahasa Inggeris
mereka. Di samping itu juga, beberapa orang murid masih menulis dengan tulisan yang tidak
kemas dan lambat menyiapkan kerja akibat menulis dengan cara yang tidak efisien. Isu
meletakkan tanda baca ini diambil sebagai kajian kerana ia adalah kritikal berbanding isu-isu
lain yang disebutkan di atas. Struktur ayat adalah penting untuk menentukan kemahiran
murid di dalam penulisan mereka. Tanda baca yang salah akan mengubah struktur ayat
tersebut dan menjadikan penulisan itu tidak berkualiti. Ini sekaligus akan mempengaruhi
markah di dalam ujian dan peperiksaan yang mereka hadapi. Setelah mengambil pandangan
daripada guru-guru lain berkenaan masalah ini terutamanya guru Bahasa Inggeris dan Bahasa
Malaysia, 2 daripada 7 orang murid di Tahun 5 juga berhadapan dengan isu yang sama.
Justeru itu, kajian tindakan perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah ini.

2.0 Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Bagi mengenalpasti murid-murid yang menghadapi isu ini, satu ujian pra dijalankan ke atas
semua murid Tahap 2. Ujian ini dijalankan dalam Bahasa Malaysia memandangkan fokus
kajian adalah kepada tanda baca dan murid lebih selesa dan lancar menulis dalam subjek
tersebut berbanding Bahasa Inggeris. Berdasarkan tinjauan awal yang dibuat, murid-murid
kurang memberi perhatian kepada penggunaan tanda baca dengan betul disebabkan beberapa
faktor iaitu lemah dalam membezakan kata nama am (common nouns) dan kata nama khas
(proper nouns), tidak memahami maksud tanda baca itu sendiri dan juga faktor kelalaian.
PdPC yang telah dijalankan di dalam kelas juga kurang memberi penekanan terhadap
penggunaan tanda baca. Untuk mengatasi masalah ini dalam tempoh masa terhad, beberapa
program telah dirangka berfokus kepada program di dalam kelas dan juga di luar kelas.
Program di dalam kelas iaitu sewaktu PdPC sedang berjalan manakala program luar kelas
berbentuk pertandingan dan permainan.

3.0 Objektif Kajian

3.1 Secara umumnya, kajian tindakan ini dibuat agar murid dapat meningkatkan
kemahiran menggunakan tanda baca dengan betul dalam penulisan Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris.

3.2 Objektif khusus kajian ini pula ialah agar;

 Murid dapat menulis 10 ayat dengan tanda baca yang betul iaitu noktah, koma
dan huruf besar dalam penulisan Bahasa Melayu di akhir program.
 Dapat meningkatkan markah murid di dalam penulisan mereka.
 Guru-guru dapat mengaplikasikan program-program ini sebagai kaedah
meningkatkan kemahiran meletakkan tanda baca di kalangan murid.
 Membudayakan kajian tindakan di kalangan tenaga pengajar dalam
menyelesaikan isu-isu sekolah.

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini melibatkan kesemua murid Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6) seramai 18
orang di Sekolah Kebangsaan Rimbaan pada tahun 2018. Walaupun bukan semua murid
menghadapi isu ini, sampel diperluaskan memandangkan faktor sekolah sebagai SKM
(Sekolah Kurang Murid) agar data lebih menyeluruh dan terperinci. Di dalam kumpulan ini,
murid lelaki seramai 8 orang manakala murid perempuan iaitu 10 orang.

5.0 Perancangan dan Pelaksanaan

5.1 Tinjauan awal

Berdasarkan tinjauan awal terhadap buku latihan dan kertas peperiksaan murid yang
dikumpul, didapati 6 orang daripada 18 murid Tahap 2 mengalami masalah
meletakkan tanda baca dengan betul di dalam penulisan mereka. Walaupun kesalahan
tersebut telah ditekankan oleh guru dan diarahkan untuk membuat pembetulan, namun
kesalahan yang sama tetap berulang di dalam penulisan seterusnya. Hal ini dibuktikan
lagi dalam Ujian Pra yang dibuat terhadap kesemua sampel. Didapati murid yang
sama masih juga melakukan kesalahan tanda baca walaupun mereka tahu ujian ini
adalah ujian tanda baca. Untuk mengenalpasti punca masalah dan kaedah yang akan
digunakan, temubual dijalankan terhadap semua murid. Seterusnya, temubual dibuat
dengan guru subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris untuk meneroka kaedah
yang sesuai bagi menyelesaikan masalah ini. Di samping itu, rujukan telah dibuat di
internet untuk mencari informasi, sumber dan bahan yang boleh membantu dalam
menghasilkan kaedah penyelesaian.

5.2 Analisis tinjauan masalah

Hasil daripada temuduga dan rujukan yang dijalankan, murid-murid yang mengalami
masalah ini adalah berpunca daripada kelemahan murid dalam membezakan kata
nama am (common nouns) dan juga kata nama khas (proper nouns), tidak
memahami maksud tanda baca itu sendiri dan juga faktor kelalaian. Beberapa
cadangan program diperoleh hasil daripada sumbangsaran guru-guru melalui
temubual yang telah dilaksanakan seperti kelas khas yang memfokuskan kepada kata
nama dan tanda baca, pertandingan dan juga permainan yang berfokuskan kepada
tanda baca.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Dalam tempoh masa membuat kajian tindakan ini, empat kaedah/program telah
dijalankan iaitu;

1. Kelas khas yang memfokuskan kepada tanda baca – Kelas ini


menggabungkan semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan dijalankan selama
1 jam. Di dalam kelas ini, murid-murid didedahkan kepada setiap tanda baca
yang biasa digunakan. Setelah itu, perbincangan dibuat terhadap kesalahan-
kesalahan murid dalam Ujian Pra yang telah dijalankan sebelumnya. Selepas
sesi soalan dan pertanyaan, satu set kertas latihan diberikan sebagai
pengukuhan.

2. Permainan tanda baca – Permainan ini adalah satu aktiviti menyeronokkan


namun menekankan kepada penggunaan tanda baca yang betul. Murid
dibahagikan kepada 2 orang dalam satu kumpulan dan hanya 2 kumpulan akan
berlawan dalam satu-satu masa. Ianya berbentuk seperti permainan
‘monopoly’ di mana setiap kumpulan bergilir untuk mencabut kad dan
menggerakkan butang sehingga sampai ke petak pemenang. Kad-kad yang
dicabutkan merupakan ayat tanpa tanda baca dan murid dikehendaki
meletakkan tanda baca yang betul sebelum ke petak seterusnya. Permainan ini
dijalankan selama 1 jam untuk 3 fasa.

3. Kuiz Kata Nama – Pertandingan ini dijalankan selama 2 jam. Murid


dibahagikan kepada 6 kumpulan yang mana satu kumpulan terdiri daripada 3
orang. Peluang menjawab antara kumpulan adalah secara bergilir bagi
memastikan penglibatan murid yang kurang keyakinan dan murid yang pasif.
Markah diberikan kepada jawapan yang betul dan 3 kumpulan yang paling
banyak markah akan mendapat hadiah diakhir pertandingan.

4. Penekanan tanda baca di dalam PdPC – Sepanjang tempoh satu minggu,


PdPC subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris akan memberi penekanan
kepada penggunaan tanda baca di setiap kelas.

5.4 Pemerhatian

Kaedah yang telah dinyatakan diatas digunakan dalam mebuat kajian selama 2 minggu.
Sepanjang kaedah-kaedah tersebut dilaksanakan, beberapa perubahan dapat diperhatikan di
kalangan murid-murid yang mengambil bahagian. mereka semakin mahir dan lancar
meletakkan tanda baca di dalam penulisan mereka. Mereka juga tertarik dengan permainan
dan pertandingan yang dijalankan. Secara tidak langsung, kaedah ini menimbulkan minat
murid-murid dalam konteks penggunaan tanda baca dan kata nama. Kaedah ini juga sedikit
sebanyak menambah keyakinan mereka dalam pembelajaran.

5.5 Analisis ujian

Pada akhir tempoh kajian tindakan ini, satu Ujian POS telah dilaksanakan terhadap kesemua
sampel. Ujian POS ini adalah sama seperti ujian PRA yang telah diberikan pada awal sesi
kajian tindakan namun teks yang diberikan dalah berbeza. Jadual 1 menunjukkan analisis
yang dibuat terhadap keputusan murid-murid tersebut.

Sampel Ujian PRA Ujian POS Peratus Peningkatan %


6a 11 15 11
6b 19 25 16
6c 30 35 13
6d 37 38 3
6e 35 38 8
5a 19 25 16
5b 20 21 03
5c 31 35 11
5d 32 37 13
5e 30 33 8
5f 35 38 8
5g 37 37 -
4a 7 15 21
4b 11 16 13
4c 25 30 13
4d 25 27 5
4e 30 33 8
4f 22 28 16
Jadual 1 : Peratus Peningkatan markah Murid-Murid dalam Ujian POS
Berdasarkan jadual, dapat disimpulkan bahawa kaedah/program yang dijalankan sepanjang
tempoh kajian tindakan ini menunjukkan hasil peningkatan yang memberansangkan iaitu
sebanyak 94% murid dapat meningkatkan penguasaan tanda baca dengan peratus peningkatan
tertinggi iaitu 21% dan satu sampel tidak berubah. Sampel yang digelapkan (bolded) adalah
sampel yang dikenalpasti mempunyai masalah jelas dalam meletakkan tanda baca.

5.6 Refleksi Kajian

Kajian tindakan yang dijalankanberjaya menunjukkan hasil yang diharapkan iaitu


meningkatkan kemahiran murid meletakkan tanda baca yang betul dala penulisan Bahasa
Malaysia mereka. Ini dapat dibuktikan dengan analisis markah yang diperolehi daripada
Ujian PRA dan Ujian POS disamping tinjauan terhadap sampel ketika program-program
dijalankan. Terdapat beberapa kekangan dalam melaksanakan kajian ini yang boleh ditambah
baik untuk masa hadapan iaitu kekangan masa, penglibatan guru-guru yang lain
memandangkan jadual dan tugas yang padat dan juga wang dan sumber yang terhad. Kaedah
yang dijalankan boleh digunapakai sepanjang tahun untuk membantu guru-guru dalam proses
PdPC mereka.

6.0 KESIMPULAN

Tanda baca adalah salah satu aspek dalam tatabahasa yang penting dalam penulisan Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sekiranya murid mahir dalam meletakkan tanda baca dalam
Bahasa Malaysia, diyakini mereka juga tidak ada masalah meletakkan tanda baca di dalam
penulisan Bahasa Inggeris. Ini amat penting kerana tanda baca ini mempengaruhi kualiti
sesebuah penulisan dan sekaligus markah murid-murid tersebut. Kajian ini walaupun
menunjukkan hasil yang positif, namun boleh ditambahbaik dan dimurnikan lagi untuk masa
hadapan. Sebagai contoh, kaedah ini boleh dijalankan pada awal tahun sesi persekolahan
untuk murid-murid tahap 2 bagi mengenalpasti murid yang bermasalah meletakkan tanda
baca dan seterusnya menyelesaikannya.Guru-guru juga memainkan peranan yang penting
dalam PdPC dengan memantau hasil kerja murid dari masa ke semasa.

7.0 RUJUKAN

1. https://www.tes.com/teaching-resource/speech-marks-punctuation-reminder-mat-
6444582

2. DSKP English Year 6

3. DSKP Bahasa Melayu Tahun 6


8.0 LAMPIRAN

UJIAN PRA

UJIAN PRA

KELAS KHAS TANDA BACA

Anda mungkin juga menyukai