Anda di halaman 1dari 2

PRINSIP UTAMA FAHAMAN ISLAM LIBERAL

a) Prinsip Islam liberal terhadap Al- quran.

Golongan islam liberal membahagikan wahyu kepada dua bahagian iaitu wahyu bertulis
dan wahyu tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al- Quran itu sendiri dan ianya adalah
teks semata- mata (bahan mati). Manakala wahyu tidak bertulis yang dimaksudkan oleh
golongan ini ialah akal manusia yang mana akal inilah yang akan menghidupkan teks-
teks al- Quran sesuai dengan tujuan, konteks dan suasana zaman. Sebagai contoh, ayat 38
surah al- maidah yang bermaksud:

dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan apa yang telah mereka lakukan
dan juga hukuman itu sebagai suatu hukuman pencegahan dari Allah. Dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa lagi maha bijaksana

Hukum asal yang tertulis dalam al- quran adalah potong tangan, tetapi bagi fahaman islam
liberal bentuk hukuman boleh berubah- ubah sesuai dengan peredaran zaman.(Nor Saadah
Musa)

Pelopor utama fahaman islam liberal iaitu Sir Sayyid Ahmad Khan hanya menggunakan
al- quran sahaja sebagai asas memahami islam dengan menolak tafsiran ulama generasi
awal yang mana beliau berpendapat bahawa tafsiran ulama awal ini adalah tafsiran klasik
yang tidak sesuai dengan peredaran zaman. Menurut beliau, dengan perkembangan
pengetahuan, pengalaman dan penyelidikan sendiri, memungkinkan seseorang individu
islam memahami dan membuat tafsiran berasaskan pengetahuan semasa. (Ahamad Zaki
haji Ibrahim)

Nasr Hamid Abu Zayd, seorang penulis Mesir, telah menghasilkan dua buah karya
kontroversi. Pertama, Mafhum al-Nass kedua: Naqd al-Khitab al-Dini (Dekontruksi
Wacana Keagamaan). Kedua-dua karya tersebut, menurut Abu Zaid adalah untuk
membuktikan bahawa gagasan-gagasan ilmu hermeneutiknya (disiplin yang diambil dari
tradisi keserjanaan Barat tentang ilmu kritikan Injil) yang dianggapnya dapat
dijustifikasikan kerana ia adalah satu keniscayaan logik. Dalam karya Naqd al-Khitab al-
Dini (Dekonstruksi Wacana Keagamaan), Abu Zaid berhujah tidak mengakui apa pun
selain dari "akal" (rasionalsime) dalam memahami teks agama. Lalu beliau
mengagungkan sekularisme dengan mengungkapkan frasa berikut: "la sultana 'ala al-'aql
ill al'aql" (tidak ada otoritas terhadap akal kecuali akal sendiri). Selanjutnya, karya
Mafhum al-Nas (Penalaran Teks) juga adalah manifestasi keghairahan beliau terhadap
kepentingan akal dalam memahami teks al-Qur'an.

Konsep wahyu di sisi beliau seperti yang tercatat dalam karya "Nasr Hamid Au Zaid:
Kritik Teks Keagamaan", adalah bahawa perkataan-perkataan yang terdapat dalam al-
Qur'an bukanlah teks yang turun dari langit dalam bentuk kata-kata sebenar seperti yang
masih dipegang kukuh oleh 'ulama tradisonal. Tetapi, perkataan-perkataan yang terdapat
dalam al-Qur'an itu adalah merupakan semacam "spirit wahyu" al-Qur'an yang telah
disaring melalui Muhammad dan sekaligus dieksperisikan dalam pengucapan intelek dan
kemampuan linguistiknya.

Jelaslah di sini bahawa, kemutlakan al- quran sebagai wahyu Illahi telah ditolak oleh
golongan fahaman islam liberal yang mana mereka lebih mementingkan akal fikiran
manusia untuk mentafsirkan al- quran mengikut trend atau zaman semasa.(Mohd Nur
Manuty)

b) Prinsip Islam liberal terhadap hadis- hadis

Anda mungkin juga menyukai