Anda di halaman 1dari 7

1.

Berikut adalah amalan-amalan yang digalakkan oleh agama, kecuali


A. membantu orang yang berada dalam kesusahan
B. bersyukur dengan rezeki yang diperoleh
C. menggunakan barang orang lain tanpa keizinan
D. menjauhi perkara yang tidak mungkar

2. Jika kita mempunyai pegangan agama yang kukuh, kita akan


A. berasa bangga akan diri sendiri
B. berani melakukan sesuatu perkara
C. memiliki keperibadian yang tinggi
D. mengeji orang yang melakukan kejahatan

3. Pilih pernyataan yang tidak benar.


A. agama memupuk nilai positif dalam diri manusia
B. agama menjadi benteng daripada melakukan kemungkaran
C. setiap masyarakat perlu mengamalkan ajaran agama masing-masing
D. orang yang berpegang kepada ajaran agama tidak akan dapat menerima
kegagalan

4. Mengapakah Tuhan mencipta alam ini?


A. untuk memenuhi kehendak manusia.
B. untuk membuktikan kekuasaan Tuhan.
C. untuk kemudahan dan kegunaan manusia.
D. untuk dijadikan warisan generasi akan datang.

5. Yang berikut merupakan aspek perbezaan manusia, kecuali?


A. kasta
B. bahasa
C. warna kulit
D. warna rambut

6. Yang berikut merupakan kelebihan manusia berbanding makhluk lain, kecuali?


A. dikurniakan umur yang panjang.
B. dianugerahkan wajah yang menarik.
C. dikurniakan akal dan keupayaan mental.
D. dianugerahkan anggota yang tersusun rapi.

7. Apakah yang akan terjadi sekiranya keindahan alam semulajadi tidak dipelihara?
A. manusia dan makhluk lain akan bersengketa.
B. manusia akan hidup dalam keadaan serba salah.
C. manusia dan haiwan perlu bersaing untuk hidup.
D. kehidupan manusia dan makhluk lain akan tergugat.

8. Mengapakah kita tidak boleh menganiaya haiwan?


A. kerana haiwan akan bertindak balas jika dianiaya.
B. kerana haiwan juga makhluk Tuhan yang bernyawa.
C. kerana haiwan merupakan sumber makanan utama manusia.
D. kerana banyak haiwan telah pupus akibat perbuatan manusia.

9. Antara berikut, yang manakah bukan cara menjaga alam semulajadi?


A. mewartakan kawasan hutan simpan.
B. menghayati kejadian alam yang unik.
C. merancang pembangunan sebaik mungkin.
D. meminimumkan penggunaan sumber alam.

10. Yang manakah bukan sikap individu yang amanah?


A. bersedia mengakui kelemahan diri.
B. berpegang teguh kepad prinsip diri.
C. berintegriti untuk melaksanakan tanggungjawab.
D. bertanggungjawab terhadap masalah yang timbul.

11. Apakah tanggungjawab yang diamanahkan kepada murid?


A. mencari lebih ramai rakan.
B. menimba ilmu pengetahuan.
C. menyimpan rahsia rakan baik.
D. menyiapkan tugasan yang disukai.

12. Bagaimanakah sikap pelajar yang amanah?


A. membantu menyiapkan tugasan rakan.
B. menjaga wang persatuan dengan baik.
C. menceritakan kisah rakan kepada guru kelas.
D. menyimpan baki wang yang diberikan oleh ibu tanpa pengetahuannya.

13. Ketika membeli makanan di kantin, pekerja kantin tersilap memulangkan baki wang
lebih daripada yang sepatutnya kepada anda. Apakah tindakan yang perlu anda
lakukan?
A. menyimpan lebihan wang tersebut.
B. memulangkan lebihan wang tersebut.
C. memberikan wang tersebut kepada rakan.
D. menderma wang tersebut kepada tabung kebajikan sekolah.

14. Mengapakah sikap amanah perlu dipraktikkan dalam kehidupan?


A. untuk meminta simpati daripada orang lain.
B. untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
C. untuk meraih kepercayaan daripada orang lain.
D. untuk mewujudkan perasaan muhibah sesama pelajar.

Bersih, Cekap dan Amanah

15. Apakah kepentingan kempen di atas?


A. menggalakkan sikap amanah dalam kalangan kakitangan kerajaan.
B. menyedarkan kita tentang kepentingan sikap amanah.
C. memberitahu kita tentang bahaya sikap tidak amanah.
D. memberitahu kita tentang kelebihan individu yang amanah.

16. Apakah yang dimaksudkan dengan harga diri?


A. keupayaan menjaga maruah diri.
B. kayakinan untuk mengenali diri sendiri.
C. keikhlasan mengubah diri sendiri.
D. kegigihan mengembangkan potensi diri.

17. Ciri manakah yang tidak menggambarkan harga diri?


A. menerima keadaan diri sendiri.
B. mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif.
C. beranggapan baik terhadap diri sendiri.
D. meletakkan diri setanding dengan rakan yang berjaya.

18. Ciri dalaman yang berikut perlu untuk mengenali diri sendiri, kecuali?
A. pembinaan diri.
B. penerimaan diri.
C. memikirkan tindakan yang diambil.
D. memikirkan kemungkinan yang akan datang.

19. Bagaimanakah cara membina harga diri?


A. berfikir secara positif.
B. bersaing dengan musuh.
C. bebas bergaul dengan rakan.
D. membuat rancangan pada saat akhir.

20. Individu yang mempunyai harga diri lazimnya akan?


A. bersaing untuk menjatuhkan rakan lain.
B. berasa bangga terhadap kelebihan diri.
C. membandingkan diri dengan rakan yang berjaya.
D. mengatakan tidak untuk perkara yang boleh merosakkan diri.

21. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan keistimewaan yang ada pada diri?
A. mengenal pasti kelebihan diri.
B. mengagumi istimewaan individu lain.
C. menghayati nilai harga diri dalam kehidupan.
D. mengetahui kelebihan yang ada pada diri orang lain.

22. Apakah yang dimaksudkan dengan makanan seimbang?


A. makanan yang mengandungi lemak yang rendah.
B. makanan yang tergolong dalam kategori yang sama.
C. makanan yang mengandungi semua nutrien penting.
D. makanan yang tidak memudaratkan jika diambil dalam kuantiti yang banyak.

23. Mengapakah pengambilan makanan seimbang sangat penting?


A. untuk menstabilkan suhu badan.
B. untuk membantu pertumbuhan badan.
C. untuk membantu mengurangkan kalori.
D. untuk mengelakkan penurunan kadar metabolisme.

24. Pilih makanan yang dikategorikan sebagai protein?


A. susu. C. coklat
B. barli. D. tomato

25. Kekurangan nutrien dalam badan akan menyebabkan?


A. tubuh mudah dijangkiti penyakit.
B. kadar metabolisme badan akan menurun.
C. berat badan akan meningkat secara mendadak.
D. pertumbuhan saiz dan berat badan akan terjejas.

26. Yang berikut merupakan kebaikan melakukan senaman, kecuali?


A. mencegah penyakit.
B. mengurangkan berat badan.
C. meningkatkan tahap kolesterol.
D. meningkatkan kadar metabolisme.

27. Amalan mengambil sejenis makanan sahaja setiap kali makan, akan menyebabkan?
A. kita akan mudah berasa jemu.
B. kita tidak boleh memperoleh semua nutrien.
C. kita akan mengalami masalah kekurangan berat badan.
D. makanan tersebut tidak mengandungi zat.

28. Mengapakah kita perlu menggunakan kemudahan awam dengan baik dan sopan?
A. mengelak berlakunya pertengkaran.
B. kemudahan tersebut merupakan milik bersama.
C. melahirkan perasaan kasih sayang sesama insan.
D. memupuk sikap menyayangi kemudahan awam.

29. Pertuturan dan tindakh laku mercerminkan _____________ diri kita.


A. kebolehan
B. keunggulan
C. keperibadian
D. keistimewaan

30. Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengamalkan tingkah laku yang baik demi?
A. merealisasikan cita-cita orang lain.
B. menjamin kebahagiaan hidup.
C. menunjukkan keistimewaan diri.
D. memupuk permuafakatan sesama insan.

31. Perlakuan yang manakah menunjukkan amalan nilai hemah tinggi?


A. Wildren memarahi pelanggannya yang tidak mempunyai wang kecil.
B. Gerald masuk ke bilik guru tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.
C. Jordan mengucapkan salam ketika bertembung dengan gurunya.
D. Shawn duduk berlunjur di hadapan bapanya ketika menonton televisyen.

32. Yang berikut merupakan adab sopan yang perlu diamalkan ketika berada di meja
makan, kecuali?
A. meletakkan napkin di atas riba.
B. meletakkan siku di atas meja.
C. bersopan ketika makanan.
D. membasuh tangan sebelum makan.

33. Anda terlupa membawa buku kepunyaan rakan anda. Apakah ucapan yang sesuai anda
lafazkan?
A. Nantilah saya pulangkan buku awak itu.
B. Esok sahajalah saya pulangkan buku awak.
C. Saya akan pulangkan buku awak apabila saya lapang.
D. Maaf, saya terlupa untuk membawa buku awak.

34. Toleransi bermaksud?


A. keupayaan untuk menerima perbezaan orang lain.
B. kesederan untuk mencontohi gaya hidup orang lain.
C. keinginan untuk menyelami penderitaan orang lain.
D. kebolehan utuk memahami cara hidup orang lain.

35. Apakah kebaikan mengamalkan sikap toleransi?


A. dapat mengetahui kebolehan orang lain.
B. dapat mengenal pasti pemikiran orang lain.
C. dapat menilai kelebihan dan kekurangan orang lain.
D. dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai persekitaran dan situasi.

36. Nilai toleransi perlu diamalkan dengan sikap yang berikut, kecuali?
A. menghormati pendapat.
B. memberi dan menerima.
C. mengutamakan diri sendiri.
D. memupuk kepercayaan orang lain.

37. Yang berikut merupakan sikap individu yang mengamalkan nilai toleransi, kecuali?
A. mudah memaafkan orang lain.
B. memahami cara hidup orang lain.
C. menonjolkan kelebihan diri sendiri.
D. menerima hakikat perbezaan manusia.

38. Bagaimanakan cara memupuk nilai toleransi di kalangan rakan-rakan di sekolah?


A. mengenepikan rakan yang kurang bijak.
B. berkawan dengan rakan yang sama taraf sahaja.
C. menghormati kepercayaan rakan berlainan agama.
D. mengutamakan rakan yang pandai mengambil hati.

39. Individu yang mengamalkan nilai toleransi akan?


A. cuba mengubah sikap orang lain.
B. lebih sabar menerima kegagalan.
C. empati akan kesusahan orang lain.
D. sukar memahami cara hidup orang lain.

40. Apakah yang dimaksudkan dengan berdikari?


A. kesanggupan membuat keputusan untuk diri sendiri.
B. keupayaan melakukan sesuatu perkara yang sukar seorang diri.
C. keinginan seseorang untuk bebas daripada kongkongan individu lain.
D. kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain.

41. Apakah kebaikan sikap berdikari?


A. memudahkan pelaksanaan sesuatu tugas.
B. meningkatkan kekuatan fizikal individu.
C. mengelakkan bebenan tugas yang keterlaluan.
D. memperkembang potensi dan keyakinan diri.

42. Mengapakah individu yang berdikari mampu melakukan sesuatu pekerjaan dengan
sendiri?
A. kerana dia tidak mempercayai orang lain.
B. kerana dia ingin bersaing dengan orang lain.
C. kerana dia yakin akan keupayaan dirinya sendiri.
D. kerana dia mahu mendapat pujian daripada orang lain.

43. Setiap usaha tidak akan berjaya jika kita?


A. bersikap sambil lewa.
B. menolak pertolongan orang lain.
C. bertanyakan pendapat orang lain.
D. melakukan kerja secara berkumpulan.

44. Antara berikut, yang manakah merupakan amalan berdikari di sekolah?


i mengulangkaji pelajaran
ii mencari bahan untuk tugasan
iii menyiapkan kerja sekolah rakan
iv membuat rujukan di perpustakaan
A. i dan ii
B. ii dan iv
C. i, ii dan iii
D. ii, iii dan iv

45. Bagaimanaka memupuk sikap berdikari di kalangan kanak-kanak?


A. tidak meninggalkan mereka bersendirian.
B. menghantar mereka ke rumah saudara mara.
C. memberi peluang untuk menentukan cita-cita mereka.
D. mengelakkan mereka bermain permaianan yang berbahaya.

46. Kerajinan merujuk kepada individu yang?


A. mencari jalan pintas untuk berjaya.
B. bekerja keras demi mencapai cita-cita.
C. bekerja keras tanpa memperdulikan waktu rehat.
D. mengorbankan kepentingan orang lain untuk mencapai kehendak diri.

47. Apakah sikap yang tidak boleh diamalkan oleh pelajar untuk meraih kejayaan?
A. berusaha membentuk keyakinan diri.
B. melakukan sesuatu tanpa perancangan.
C. bersedia menghadapi pelbagai rintangan.
D. bertanya guru sekiranya menghadapi masalah.

48. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh individu yang ingin mengecapi kejayaan?
A. mencari jalan pintas untuk berjaya.
B. mengenal pasti rintangan dan cabaran.
C. meminta bantuan rakan yang lebih bijak.
D. memilih pekerjaan yang mudah dilakukan.
49. Antara berikut, sikap yang manakah dimiliki oleh orang yang rajin?
i berpura-pura
ii bekerja keras
iii berdaya saing
iv bertolak ansur
A. i dan ii C. i, ii dan iii
B. ii dan iii D. ii, iii dan iv

50. Berikut merupakan sikap individu yang cekal, kecuali?


i tenang menghadapi rintangan.
ii menyerah kepada takdir semata-mata.
iii bertekad untuk berusaha sehingga
berjaya.
iv menggunakan orang lain untuk
mencapai maksudnya.
A. i dan ii C. i. ii dan iii
B. ii dan iv D. ii, iii dan iv

Anda mungkin juga menyukai