Anda di halaman 1dari 7

1

BAHAGIAN A (40 markah)


Jawab semua soalan yang diberi.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan hemah tinggi?
A. budi pekerti yang mulia
B. berpura-pura dalam pergaulan
C. pertuturan yang menyakitkan hati
D. angkuh dan menunjuk-nunjuk kepada orang lain

2. Antara berikut, yang manakah menggambarkan nilai kerajinan?
I. menyiapkan tugasan yang diberi
II. suka menangguhkan sesuatu kerja
III. merancangkan dahulu sebelum memulakan sesuatu
IV. memberi tumpuan penuh terhadap tugas yang dilakukan
A. I,II dan III C. I, III dan IV
B. I, II dan IV D. II, III dan IV

3. Orang yang tidak boleh menimbulkan kepercayaan kepada orang lain dianggap sebagai
seorang yang
A. suka berbohong
B. tidak amanah
C. tidak Peka
D. ingkar

4. Sikap amanah dalam perhubungan sesama manusia penting. Berikut adalah kepentingan sifat
amanah kecuali
A. supaya disenangi oleh orang lain
B. supaya tidak wujudnya prasangka
C. menggunakan kuasa untuk kepentingan diri
D. menambahkan kepercayaan orang lain

2

5. Apakah akibatnya maruah seseorang tercemar?
A. Dia akan dimarahi oleh ibunya
B. Dia akan dibenci oleh orang lain
C. Dia akan menderita sepanjang hidup
D. Dia akan menjalani kehidupan normal

6. Bagaimanakan cara untuk memulihkan harga diri?
A. Rajin berkerja
B. Ketahanan jiwa
C. Mengikuti terapi
D. Berusaha bersungguh-sungguh

7. Sekiranya bertanggunjawab kita akan
A. dicaci
B. ditakuti
C. ditindas
D. dihormati

8. Anda terdengar adik anda menjerit kearah jiran, anda seharusnya
A. memukulnya
B. menasihatinya
C. membiarkan sahaja
D. sama-sama menjerit

9. Berikut merupakan pemikiran orang berhemah tinggi kecuali
A. Bersopan santun merupakan ciri hemah tinggi
B. orang berhemah tinggi mudah diterima masyarakat.
C. orang yang berhemah tinggi sentiasa menjaga pertuturanya.
D. orang yang berhemah tinggi berhubung dengan golongan tertentu sahaja.


3

10. Kunci perpaduan rakyat Malaysia ialah
A. rasional
B. toleransi
C. kesederhanaan
D. Bertanggungjawab

11. Bagaimanakah cara anda menyedarkan rakan-rakan yang tidak mengamalkan toleransi?
A. Menyindir
B. Berbincang
C. Menghantar surat layang
D. Memberitahu kepada orang lain

12. Kita tidak sepatutnya bersikap keterlaluan dalam
i. perlakuan
ii. pemikiran
iii. pertuturan
iv. pertimbangan
A. i,ii dan iii
B. i,ii,dan iv
C. i,iii,dan iv
D. Semua diatas

13. Apakah kesan terhadap individu yang mengamalkan sikap tidak keterlaluan dalam
perhubungan.
A. Kerugian
B. Kesusahan
C. Penyesalan
D. Kegembiraan



4

14. Selepas selesai makan malam bersama-sama keluarga Nadirah perlulah
A. pergi bermain
B. menonton televisyen
C. menyiapkan kerja sekolah
D. mengemaskan dapur dan mencuci pinggan

15. Tanggungjawab membesarkan dan mendidik anak ialah tugas
A. guru
B. jiran
C. ibu bapa
D. pihak berkuasa
16. Perlukah amalan adat tradisi diamalkan selama-lamanya
A. Ya
B. Tidak
C. Bergantung kepada keadaan
D. Bergantung kepada arahan ibu bapa

17. Persamaan tradisi antara perayaan Tahun Baru Cina dengan Hari Raya Puasa adalah
A. meminum teh
B. makan besar
C. memberi wang
D. menindik telinga

18. Anak-anak yang didik dengan baik akan melakukan perkara-perkara berikut kecuali
A. mengigati ibu bapanya
B. berusaha memajukan diri
C. melupakan jasa ibu bapa
D. belajar dan berusaha dengan bersunguh-sunguh



5

19. Persekitaran sekolah yang ________________ dapat merangsang minda dan kreativiti pelajar
A. mewah
B. bersih
C. sejuk
D. kotor

20. Antara berikut, yang manakah tidak menunjukkan sikap tidak menjaga kebersihan?
A. Membuang sampah ke dalam tong sampah
B. Bergotong royong membersihkan taman mini sekolah
C. menyusun kerusi dan meja agar kelihatan rapi
D. Menconteng dinding sekolah sesuka hati

BAHAGIAN B (20 MARKAH)
Tandakan (B ) pada situasi yang betul dan ( S ) pada situasi yang salah.
21 Kita harus melaporkan kes penderaan kepada pihak polis dengan segera
22 Encik Ali tidak pernah mengambil berat tentang kebajikan anak buanhnya
23 Individu yang bercita-cita tinggi seharusnya memendamkan cita-citanya
24 Seseorang yang berdikari akan melakukan sesuatu tugas dengan menunjuk-nunjuk
25 Orang yang mengakui kesalahan diri lebih mementingkan kebenaran dan kejujuran
26 Sharon terburu-buru semasa menjawab soalan peperiksaan
27 Jaya diri membawa makna memupuk dan mengembangkan potensi yang ada pada
diri sendiri untuk berjaya

28 Orang yang yakin pada diri sendiri percaya akan kebolehan mereka dalam
melakukan sesuatu perkara.

29 Orang yang bertoleransi ialah orang yang tidak mengikut perasaan dan dapat
mengawal kemarahannya.

30 Sebagai seorang pelajar, David tahu membahagikan masa antara masa untuk belajar
dengan untuk berehat.


6

BAHAGIAN C (10 MARKAH)
Berikan nilai yang patut diamalkan berdasarkan situasi-situasi berikut.

31. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.
Nilai:__________________________________________________________________

32. Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan adat dan kepercayaan
yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.
Nilai:__________________________________________________________________

33. Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian
Nilai:___________________________________________________________________

34. Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
Nilai:___________________________________________________________________

35. Perasaan cinta, kasih dan saying yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga
Nilai:____________________________________________________________________













7

BAHAGIAN D (20MARKAH)
Lengkapkan perkataan-perkataan berikut dengan mengisi tempat kosong dengan ayat-ayat
berikut.
Kebenaran Nyawa Keadilan Berharga Layanan
Penderaan Maut Ikhlas Pertimbangan Diskriminasi

36. Undang dan peraturan perlu diadakan untuk menegakkan __________________________
37. Perasaan kasih sayang harus lahir daripada hati yang ____________________ tanpa paksaan.
38. Orang yang adil dapat membuat _____________________ yang sewajarnya dalam apa-apa
jua keadaan.
39. Seseorang yang sayang akan _________________________tidak akan sama sekali
mencederakan diri sendiri.
40. Ibu bapa harus memberikan ______________________ yang sama rata kepada anak-anak.
41. Majikan yang adil tidak akan bersikap ____________________ terhadap pekerja-pekerjanya.
42. Dewasa ini, kes _________________________ semakin menjadi-jadi dalam kalangan
masyarakat.
43. Ketagihan dadah boleh membawa __________________ .
44. Untuk Menegakkan keadilan, kita perlu berpegang kepada __________________ .
45. Nyawa adalah sesuatu yang amat _____________________
BAHAGIAN E (10 MARKAH)
Nyatakan lima rukun Negara
1.___________________________________________________________
2.___________________________________________________________
3.___________________________________________________________
4.___________________________________________________________
5.___________________________________________________________
Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

___________________ ______________________ _____________________
(SITI ROYHANAH BT KHALID)

Anda mungkin juga menyukai