Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN A (30 markah)

Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan, iaitu A,B ,C dan D.
Lorekkan jawapan yang betul pada kertas jawapan. Jawab semua soalan.

1. Mengapakah sarapan yang sihat sangat penting bagi seseorang murid?


i) Meningkatkan kemampuan otak
ii) Memberi tenaga kepada tubuh sebelum memulakan hari
iii) Memberi kecergasan badan yang berpanjangan
iv) Membantu mengawal berat badan yang seimbang

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv


B. ii, iii dan iv D. i, ii dan iv

2. Berikut merupakan cara untuk mencegah penyakit Diabetes, kecuali:


A. Membuat pemeriksaan tekanan darah sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
B. Mengamalkan gaya hidup sihat.
C. Mengamalkan pemakanan yang seimbang.
D. Mengambil kadar gula yang tinggi.

3. Apakah maksud stress?


A. Keadaan di mana seseorang berasa tertekan.
B. Apabila seseorang itu tidak dapat berfikir dengan waras.
C. Apabila seseorang itu tidak dapat membezakan mana yang baik atau pun buruk.
D. Keadaan apabila seseorang itu cepat hilang sabar.

4. Apakah kesan alkohol terhadap fizikal manusia dalam jangka masa panjang?
A. Kebersihan diri terabai.
B. Bertengkar dan merosakkan barang-barang.
C. Menyebabkan hati menjadi rosak.
D. Mengalami muntah yang berterusan.

5. Apakah yang biasanya ada dalam peti pertolongan cemas?


i) Kain kasa iii) Plaster
ii) Kapas iv) Antiseptik
A. i, ii dan iii C. i, ii dan iv.
B. ii, iii dan iv D. Semua di atas.

1
 Demam kuat yang mengejut
C.  Sakit pada bahagian tulang, sendi dan mata

6. Ciri-ciri di atas adalah tanda bagi penyakit….


A. Cacar C. Selesema
B. Taun D. Demam denggi

7. Antara yang berikut, yang manakah perubahan fizikal yang tidak dialami oleh remaja
lelaki?
A. Ketinggian meningkat C. Bentuk badan berubah
B. Payudara membesar D. Berat badan bertambah

8. Demam denggi merebak melalui…


A. Air kotor C. Gigitan nyamuk aedes
B. Makanan tercemar D. Muntah-muntah

9. Proses menghancurkan makanan menjadi kecil agar zat-zat mudah diserapkan


dalam sistem peredaran darah adalah…
A. Perkumuhan C. Pembinaan
B. Pencernaan D. Penghantaran

10. Kegiatan rekreasi bersama keluarga baik untuk kesihatan. Berikut manakah bukan
aktiviti rekreasi?
A. Berkhemah C. Melawat
B. Bekerja D. Berkebun

11. Apakah perubahan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak lelaki selepas akil baligh?
i) Ketinggian meningkat iii) Suara lebih lunak
ii) Tumbuh bulu pubis iv) Tumbuh jerawat
A. i, ii dan iii C. ii, iii dan iv
B. i, iii dan iv D. i, ii dan iv

12. Apakah yang anda lakukan sekiranya adik atau abang anda terlibat dengan gejala
sosial seperti buli?
A. Turut serta dalam aktiviti tersebut bersama-sama
B. Memberi nasihat yang baik apabila di rumah.
C. Memarahi mereka di khalayak ramai.
D. Mendiamkan diri sahaja.

2
13. Berikut ialah kepentingan maklumat pada label makanan kecuali…
A. Untuk menunjukkan kandungan bahan sesuatu produk makanan.
B. Penting dalam pemilihan dan penyediaan sajian makanan yang selamat dan
berkhasiat.
C. Sebagai rujukan jika terdapat masalah berkaitan dengan produk makanan.
D. Sebagai hiasan produk supaya kelihataan cantik.

14. Bagaimanakah cara untuk menghargai ahli keluarga untuk menjamin kesejahteraan
keluarga?
i) Memberi kegembiraan dalam rumah
ii) Memberi bantuan jika diperlukan sahaja.
iii) Mengamalkan sikap positif sesama ahli keluarga.
iv) Meraikan hari ulang tahun bersama-sama.

A. i, ii dan iii C. i, iii dan iv


B. ii, ii dan iv D. i, ii dan iv

15. Antara jenis makanan berikut, makanan yang manakah perlu dielakkan?
A. betik, kubis dan lobak C. susu segar dan kekacang
B. ayam dan telur D. Keropok dan makanan segera

16. Apakah maksud konflik?


A. Terjadi apabila seseorang itu berasa resah dan gelisah.
B. Keadaan apabila terpaksa memilih antara dua matlamat yang bertentangan.
C. Apabila seseorang itu tidak dapat berfikir dengan waras.
D. Keadaan apabila seseorang itu tidak dapat mengawal emosi dengan baik.

Soalan 17-18 merujuk pernyataan di bawah:

 Tiada keyakinan diri - Harapan ibubapa dan guru terlalu tinggi


 Sukar memahami pelajaran

17. Pernyataan di atas merujuk kepada konflik dan stress. Apakah punca konflik dan
stress tersebut?
A. Imej diri
B. Rakan sebaya
C. Masalah keluarga
D. Masalah pelajaran

3
18. Apakah kesan terhadap punca konflik dan stress di atas?
A. Serangan penyakit C. Prestasi menurun
B. Penyakit mental D. Kemurungan

19. Usia remaja lelaki yang mencapai akil baligh bermula dari umur ….. tahun.
A. Lapan sehingga sepuluh.
B. Lapan sehingga dua belas tahun.
C. Sepuluh sehingga empat belas tahun.
D. Sepuluh sehingga tujuh belas tahun.

20. Remaja perempuan yang telah akil baligh didatangi …


A. Ihtilam C. mimpi
B. Haid D. hantu

 Tidak boleh melihat kejayaan orang lain


 Tidak boleh terima kenyataan jika orang lain lebih hebat daripada dirinya.

21. Pernyataan di atas merujuk kepada punca konflik dan stress iaitu….
A. Sikap irihati C. Kedekut
B. Masalah keluarga D. Tiada keyakinan diri

 Degupan jantung cepat dan tidak teratur


 Sukar bernafas
 Sakit dada

22. Pernyataan di atas merujuk kepada simptom bagi penyakit tidak berjangkit iaitu...
A. Asma C. Penyakit jantung
B. Tekanan darah tinggi D. Diabetes

23. Berikut ialah ciri-ciri rakan sebaya yang negatif yang perlu kita jauhi kecuali
A. Sering melanggar peraturan sekolah
B. Menghisap rokok dan dadah
C. Melakukan kegiatan vandalisme
D. Menghormati ibubapa, guru dan rakan sebaya

4
24. Apakah tanda-tanda konflik dan stress terhadap individu?
i) Muka menjadi pucat
ii) Bertambah selera makan
iii) Berasa loya dan muntah-muntah
iv) Sakit kepala dan sukar tidur
A. i dan ii C. iii dan iv
B. ii dan iv D. i dan iv

25. Apakah kegunaan kalendar kitaran haid?


A. Meramal waktu kitaran haid pada bulan berikutnya.
B. Menunjukkan proses kitaran haid seseorang.
C. Sebagai panduan perancangan awal kitaran haid pada bulan berikutnya.
D. Mengetahui tarikh kedatangan haid yang berikutnya.

26. Apakah kesan mengambil makanan yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi?
A. Mendapat stamina yang cukup C. Mendapat penyakit berbahaya dan obesiti
B. Cergas dan bertenaga sentiasa D. Berat badan menurun

27. Hubungan antara ahli keluarga penting dalam menentukan _____________


sesebuah keluarga.
A. Keharmonian C. Kegagalan
B. Kekayaan D. Keruntuhan

28. Apakah yang perlu dilakukan jika menemui lampu isyarat ketika memandu?
A. Melajukan kenderaan
B. Membunyikan hon.
C. Memandu terus tanpa henti.
D. Perlahankan kenderaan dan mematuhi arahan warna lampu isyarat.

29. Apakah yang perlu dilakukan apabila diculik?


A. Mendiamkan diri C. Menangis
B. Menjerit sekuat hati dan menghubungi polis. D. Mengikut arahan penculik
30. Berikut adalah nombor telefon yang mesti disimpan oleh seseorang untuk urusan
kecemasan kecuali…
A. Ibubapa C. Peniaga
B. Polis D. Hospital

5
BAHAGIAN B (70 markah)

A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

TANDA- TANDA AKIL BALIGH


Lelaki Perempuan
1) 1)
2) 2)
3) 3)
4) 4)

(16 markah)

B. Tuliskan “Betul” atau “Salah” pada pernyataan berikut.

No Soalan Jawapan
1. Semua kanak-kanak perempuan mengalami haid pertama
pada umur 13 tahun.
2. Kanak-kanak lelaki akan mengalami perubahan suara iaitu
suara menjadi garau
3. Penjagaan kebersihan amat penting sewaktu ihtilam dan
haid
4. Kanak-kanak perempuan perlu menukar tuala wanita 4-6
jam sekali ketika kedatangan haid.

(4 markah)

C. Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang diberi.

kalsium banyak lemak gula gula-gula bersih


putih coklat enam kolestrol dua ais krim
Piramid doktor tujuh vitamin buah- protein
Makanan buahan
Malaysia

6
1. Gosok gigi sekurang-kurangnya ___________________ kali sehari.

2. Minuman seperti susu yang mengandungi _________________ dapat

menguatkan gigi.

3. Makanan ringan seperti ___________________, __________________ dan

_________________ boleh merosakkan gigi.

4. Kita perlu mendapatkan rawatan gigi setiap __________________ bulan sekali.

5. Gigi yang ___________________ dan __________________ akan

mencantikkan senyuman.

6. Kita perlu mengambil makanan mengikut ___________________________.

7. Makanan segera mempunyai _____________________, ___________________

dan __________________ yang tinggi dan tidak baik untuk kesihatan.

8. Seseorang yang aktif dalam bidang sukan memerlukan sajian makanan yang

lebih ___________________ berbanding dengan mereka yang kurang aktif.

9. Kita perlu berjumpa dengan ___________________ dua kali setahun bagi

memeriksa tahap kesihatan badan kita.

10. Ayam dan telur mengandungi ____________________ untuk membantu

pertumbuhan dan penggantian tisu otot badan.

(20 markah)

D. Lengkapkan Piramid Makanan Malaysia di bawah dengan contoh makanan yang


sesuai.

7
susu gula ayam bijirin minyak
nasi buah-buahan ikan garam roti
telur lemak sayur-sayuran daging mee
(30 markah)
- SOALAN TAMAT -
SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN 4 PEPERIKSAAN SUMATIF PERTENGAHAN PENGGAL

BAHAGIAN A (30 markah)

1. D 7. B 13. D 19. D 25. D


2. D 8. C 14. C 20. B 26. C
3. A 9. B 15. D 21. A 27. A
4. C 10. B 16. B 22. C 28. D
5. D 11.D 17. D 23. D 29. B

8
6. D 12.B 18. C 24. D 30.C

BAHAGIAN B (70 markah)

A)

TANDA- TANDA AKIL BALIGH


Lelaki Perempuan
1) Perubahan ketinggian 1) Perubahan ketinggian
2) Ihtilam 2) Haid
3) Suara menjadi garau 3) Suara menjadi lunak
4) Dada menjadi lebih bidang 4) Saiz payudara menjadi semakin besar
5) Berat badan bertambah 5) Berat badan bertambah
6) Tumbuh jerawat 6) Tumbuh jerawat
7) Pertumbuhan bulu pubis dan ketiak 7) Pertumbuhan bulu pubis dan ketiak

(16 Markah)

B)

No Soalan Jawapan
1. Semua kanak-kanak perempuan mengalami haid pertama Salah
pada umur 13 tahun.
2. Kanak-kanak lelaki akan mengalami perubahan suara iaitu Betul
suara menjadi garau
3. Penjagaan kebersihan amat penting sewaktu ihtilam dan Betul
haid
4. Kanak-kanak perempuan perlu menukar tuala wanita 4-6 Betul
jam sekali ketika kedatangan haid.

(4 markah)

C) 1. dua 6. Piramid Makanan Malaysia


2. kalsium 7. lemak, gula, kolestrol
3. coklat, gula-gula, ais krim 8. banyak
4. enam 9. doktor
5. putih, bersih 10. protein
(20 Markah)

9
D) gula, garam, minyak,
lemak

susu, ikan, daging, ayam, telur

sayur-sayuran, buah-buahan

roti, nasi, mee, bijirin

(30 markah)

10

Anda mungkin juga menyukai