Anda di halaman 1dari 13

Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos

2014

1

KESUKANAN

1. Kesan rasuah dalam sukan terhadap negara ialah
A mutu kesukanan negara semakin meningkat
B menaikkan nama dan masa depan ahli sukan
C maruah pasukan dan imej negara akan tercemar
D ahli sukan dianggap mempunyai semangat kesukanan yang tulen

2. Butiran berikut perlu dalam pengurusan alatan sukan
I Jadual giliran bertugas
II Rekod keluar masuk
III Pengasingan alatan sukan yang rosak
IV Peraturan meminjam alatan sukan

A I dan III
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

3. Berikan contoh amalan tidak jujur dalam sukan.
A Mengikut peraturan permainan
B Mengamalkan semangat kesukanan
C Memasukkan pemain yang layak sahaja
D Memasukkan pemain yang tidak layak bertanding

4. Pengurusan sukan bermaksud
A memberikan tugasan yang sesuai
B merekod peralatan sukan dengan betul
C memastikan peralatan disimpan dengan baik
D menguruskan agihan sumber yang berkaitan secara berkesan
Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

2


5. Berikut adalah badan-badan atau persatuan yang bertanggungjawab
terhadap pengendalian sukan olahraga, kecuali
A MSN
B KOAM
C MSSM
D MSSN

6. Etika menjelaskan tentang cara
I memantau
II mematuhi peraturan
III melihat dan menilai tindakan seseorang
IV menilai dan melakukan sesuatu aktiviti dalam kehidupan seharian

A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II, III dan IV

7. Apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan alatan sukan yang
diperbuat daripada logam tidak mudah berkarat?
A menyimpannya di tempat lembap
B tidak mementingkan aspek kebersihan
C menyimpannya di tempat yang tertutup
D memastikan semua peralatan berada dalam keadaan kering

8. Nyatakan faedah menyimpan alatan sukan mengikut saiz dan bentuk.
A Menjimatkan ruang
B Mudah untuk dilupuskan
C Memastikan peralatan selamat
D Memudahkan penjumlahan alatan
Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

3


KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. Malnutrisi merupakan masalah pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi.
Apakah kesan daripada malnutrisi?
A Gaut
B Kegemukan
C Mudah pitam
D Darah tinggi

2. Apakah yang dimaksudkan dengan malnutrisi?
A Ketagihan dadah
B Lebihan lemak dalam badan
C Kurang melakukan senaman
D Pengambilan zat makanan yang tidak mencukupi

3. Antara berikut, manakah waktu makan yang penting bagi mengelakkan
seseorang pelajar berasa letih dan lesu di dalam kelas sesi pagi?
A Sarapan pagi
B Minum petang
C Makan malam
D Makan tengah hari

4. Penyakit skurvi adalah disebabkan oleh kekurangan
A vitamin A
B vitamin B
C vitamin C
D vitamin D


Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

4


5. Antara berikut, manakah langkah yang boleh mengatasi masalah
malnutrisi?
A Mengamalkan pemakanan yang seimbang
B Menjalankan aktiviti-aktiviti kecergasan kardiovaskular
C Makan sekenyang-kenyangnya setiap kali bersarapan
D Menjalani pemeriksaan doktor setiap kali menghadapi gastrik

6. Penglihatan Tan pada waktu malam adalah terhad. Apakah kemungkinan
penyakit yang dihidapi oleh Tan?
A Buta
B Mata juling
C Rabun warna
D Rabun malam

7. Sekiranya anda mendapat sebarang penyakit, anda hendaklah mendapatkan
rawatan daripada
A doktor
B ibu bapa
C jururawat
D Persatuan Bulan Sabit Merah

8. Manakah yang berikut merupakan faktor malnutrisi?
A Kekayaan
B Budaya hidup
C Makanan seimbang
D Tahap kesihatan yang rendah




Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

5

9. Siti mengalami gejala kaki dan tangan mengecil serta perut buncit semasa
berumur 9 tahun. Pilih penyakit yang dikaitkan dengan gejala ini.
A Anemia
B Maramus
C Beri-beri
D Kwashiokor

10. Kemiskinan dan kekurangan sumber makanan boleh menyebabkan masalah
malnutrisi kepada penduduk sesebuah negara. Pada pendapat anda, negara
manakah yang mungkin menghadapi masalah ini?
A Sudan
B Kanada
C Malaysia
D New Zealand

11. Berikut merupakan faktor yang menjadi punca kepada konflik, kecuali
A perbezaan nilai
B cuaca terlalu panas
C perbezaan pendapat
D penceraian ibu bapa

12. Golongan manakah yang paling ramai terbabit dengan penyalahgunaan bahan
terutamanya dadah, rokok dan alkohol?
A Belia
B Remaja
C Orang tua
D Kanak-kanak





Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

6

13. Berikut adalah langkah-langkah pengurusan konflik dan stres mengikut urutan.
I Laksanakan cadangan dan nasihat
II Kenal pasti punca konflik dan stres
III Rujuk penasihat, ibu bapa, guru kaunseling atau guru agama
IV Nilai tindakan yang diambil sama ada berkesan atau sebaliknya

A I, II, III dan IV
B II, IV, I dan III
C III, I, IV dan II
D IV, III, II dan I

14. Manakah antara berikut benar mengenai punca berlakunya stres?
I kematian ahli keluarga
II terlalu bimbang atau takut
III pertelingkahan dalam keluarga
IV tekanan menghadapi peperiksaan

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I, II, III, dan IV

15. Dalam bidang perubatan, dadah merupakan bahan untuk menghasilkan ubat.
Antara berikut yang manakah bukan jenis dadah?
A Morfin
B Kodien
C Sulfur
D Candu



Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

7

16. Antara berikut yang manakah bukan merupakan kesan penyalahgunaan dadah.
A Tersisih daripada masyarakat
B Menjadi sampah masyarakat
C Tidak mendapat kawan yang ramai
D Mendapat pengiktirafan masyarakat

17. Di Malaysia beberapa akta yang berkaitan dengan pengawalan dadah
telah digubal dan dikuatkuasakan. Berikut adalah jenis-jenis akta yang
diwujudkan kecuali
A Akta Racun 1952.
B Akta Kanun Jenayah 1953.
C Akta Dadah Berbahaya 1952.
D Akta Penagih Dadah (rawatan dan pemulihan 1983).

18. AIDS adalah singkatan daripada perkataan
A Accident Immune Deficiency Syndrome
B Acquired Immune Deficiency Syndrome
C Acquired Independent Deficiency Syndrome
D Accident Independent Deficiency Syndrome












Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

8


Soalan 19 hingga 23
Bulatkan A bagi jawapan yang betul dan B bagi jawapan yang salah.

19. Piramid makanan menggambarkan secara umum tentang jenis dan jumlah
makanan yang perlu diambil oleh seseorang individu.

A / B

20. Contoh kumpulan makanan bagi bijirin adalah seperti majerin, minyak masak
dan gula.
A / B

21. Konflik timbul apabila seseorang itu suka berhadapan dengan kegembiraan dan
mudah untuk membuat pilihan yang mempunyai matlamat yang sama.

A / B

22. Seseorang mengalami stres mungkin disebabkan oleh tiada keyakinan diri dan
selalu berlaku pertelingkahan dalam keluarga.

A / B

23. HIV ialah singkatan daripada perkataan Human Immunodeficiency Virus.


A / B












Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

9


Soalan 24 hingga 27
Pilih jawapan yang sesuai berpandukan Jadual 3 di bawah:

A
paru-paru
B
konflik
C
tabiat
D
negatif

Jadual 3


24. Stres ialah respon yang dihasilkan oleh tubuh apabila seseorang itu
berhadapan dengan ________ atau pelbagai situasi lain yang
menyebabkan tekanan.

25. Tanda-tanda penagihan dadah pada umumnya boleh dilihat melalui perubahan
rupa, sikap, _______ dan tingkah laku yang tidak menyenangkan rakan-rakan
dan anggota keluarga.

26. Terdapat lebih daripada 4000 bahan kimia di dalam sebatang rokok yang boleh
membahayakan ________ dan menyebabkan kanser.

27. Konflik dan stres boleh mendatangkan kesan yang ________ kepada diri
seseorang, adalah lebih baik jika dicegah dari awal.















Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

10



28. Berapakah umur seseorang yang boleh dianggap sebagai warga emas?

A 30 tahun
B 40 tahun
C 50 tahun
D 60 tahun

29. Amanda dilahirkan kerdil. Dia dianggap sebagai warga

A tua
B kerdil
C cacat
D istimewa


30. Apakah maksud perkahwinan di antara seorang lelaki dengan seorang
perempuan.
A Budaya
B Perjanjian
C Persandingan
D Ikatan yang sah

31. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah keruntuhan
institusi kekeluargaan?
A Bapa memarahi anak jika berkelakuan kurang sopan
B Menghalang anak-anak bergaul dengan alam sekitar
C Mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata
D Ibu bapa sentiasa mendalami ilmu kekeluargaan dalam penyelesaian
masalah


Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

11


32. Pelajar X adalah pelajar yang datang daripada keluarga yang bermasalah. Ibu
bapanya bercerai dan mengabaikan tanggungjawab kepada anak-anak. Apakah
yang mungkin akan berlaku kepada kehidupan pelajar X?
A Seorang yang kuat agama
B Menjadi seorang yang berjaya
C Terjerumus dalam gejala-gejala sosial
D Mempunyai rasa prihatin kepada masyarakat

33. Ketiadaan kesefahaman merupakan isu kekeluargaan yang sering diperkatakan.
Apakah kesan daripada masalah tersebut?
A Hubungan kekeluargaan terjejas
B Melahirkan warga yang penyayang
C Mewujudkan anak-anak yang berjaya
D Mengeratkan kemesraan dalam keluarga

34. Merry tidak dapat bersemuka dengan bapanya kerana terdapat perbezaan nilai
antara generasi. Antara yang berikut manakah cara penyelesaian yang paling
sesuai?
A Elak dari mementingkan diri sendiri
B Biarkan sahaja masalah ini berlarutan
C Merry patut akur terhadap kata-kata bapanya
D Menunjukkan komunikasi yang berkesan di antara mereka

35. Pelajar Y cuba melarikan diri dari rumah. Berikut merupakan puncanya kecuali
A bersikap adil
B kurang didikan
C keluarga tidak aman
D kurang kasih sayang


Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

12

36. Bapa Aleen kaki botol. Apabila mabuk, Aleen dan ibunya selalu dipukul. Apakah
kesan isu kekeluargaan ini?
A Tidak sehaluan
B Kurang kemesraan
C Kurang komunikasi
D Kurang kesefahaman

37. Encik Johan selalu balik lewat. Dia juga sering memukul anak dan isterinya.
Pada pendapat anda apakah kesan terhadap anaknya?
I Anak lari dari rumah
II Gagal dalam peperiksaan
III Terlibat dalam gejala sosial
IV Dia akan menjadi penyabar

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

38. Berikut ialah faedah layanan baik kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
I Lebih berkeyakinan
II Mengurangkan penderitaan
III Penawar kepada kesusahan
IV Menjadikan mereka terlalu bergantung

A I dan II
B I dan IV
C I, II dan III
D I, II, III dan IV




Pendidikan Jasmani dan kesihatan Tingkatan 1 Ogos
2014

13


39. Berikut ialah ciri-ciri keluarga bahagia kecuali
A kasih sayang
B sering berbalah
C hormat menghormati
D saling membantu antara satu sama lain

40. Pencapaian akademik Jefri semakin merosot kerana dia jarang menyiapkan
kerja sekolahnya. Dia juga sering tertidur di dalam kelas ketika guru mengajar.
Tindakan yang boleh diambil untuk membantu Jefri ialah
A mengugutnya
B memberi bantuan kewangan
C melaporkan kepada guru disiplin
D menasihatinya dengan cara yang baik






KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai