Anda di halaman 1dari 45

PENGENALAN PEMBIAKAN

Setiap individu baik tumbuhan maupun haiwan akan berusaha untuk melipat

gandakan jumlah mereka dengan harapan spesiesnya tidak akan pupus dari alam ini.

Organisma baru ini dihasilkan untuk menggantikan organisma yang telah mati. Proses

untuk menghasilkan individu-individu baru ini dikenali sebagai proses pembiakan. Hasil

daripada pembiakan ini akan terbentuk anak ataupun biji benih atau spora yang

kemudiannya akan tumbuh dan membesar menjadi individu yang baru.

Tiap-tiap organisma hidup terdiri daripada unit-unit asas yang kecil dinamakan

sel. Di dalam sel ini terdapat zarah-zarah gen yang merupakan pembawa sifat-sifat

kebakaan; kerana itu sel memain-kan peranan yang penting dalam pembiakan.

Pembiakan merupakan proses di mana organisma hidup menghasilkan organismanya

yang baru yang betul-betul menyerupai induknya. Proses pembiakan ini dapat terjadi

pada semua organisma hidup seperti tumbuhan, haiwan dan juga hidupan seni.

Bagi organisma peringkat tinggi, terdapat sel-sel khusus yang berperanan dalam

pembiakan, dinamakan sel garnet. Sel-sel garnet ini dihasilkan oleh organ-organ

pembiak; sel garnet jantan dihasilkan oleh organ pembiak jantan dan sel gamet betina

dihasilkan oleh organ pembiak betina. Organisma peringkat rendah tidak mempunyai

sel-sel pembiak yang khusus, sebaliknya seluruh bahagian sel akan terlibat.

Organisma hidup boleh membiak dengan dua cara, pembiakan tampang atau

pembiakan tidak mengawan dan pembiakan mengawan. Dalam pembiakan tampang

tidak melibatkan sel-sel pembiak yang khusus, justru itu seluruh bahagian sel atau

bahagian sel-sel tertentu membahagi dan membentuk organisma yang baru. Dalam
pembiakan mengawan pula selalunya melibatkan dua sel garnet yang khusus; iaitu sel

garnet jantan dan sel garnet betina. Hasil perpaduan antara dua nukleus dari sel-sel

garnet ini akan terbentuk satu sel yang baru dinamakan zigot.

Tumbuh-tumbuhan boleh membiak dengan dua cara: pembiakan tampang dan

pembiakan mengawan. Pembiakan tampang boleh terjadi dengan beberapa cara

seperti pembentukan tunas, belahan dua, pembentukan spora, pembentukan rizom,

umbisi, ubi dan lain-lain cara lagi [Rajah 1.1 (a) dan Rajah 1.1 (b)].

Bagi tumbuh-tumbuhan yang dapat membiak dengan cara pembiakan

mengawan pula akan dihasilkan organ-organ pembiak yang khusus.

Pada umumnya semua tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi dapat membiak

dengan cara ini. Organ pembiak jantan yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan

dinamakan stamen. Stamen ini akan menghasilkan debungan [Rajah 1:2 (a)] yang
merupakan sel pembiak jantan apabila ia matang. Organ pembiak betina pula

dinamakan pistil di mana di dalamnya terdapat ovul [Rajah 1:2 (b)] yang sesuai

tugasnya sebagai sel pembiak betina. Organ pembiak jantan dan betina ini didapati

berada dalam sekuntum bunga atau didapati juga dalam bunga yang berasingan,

contohnya bunga jagung, di mana organ pembiak jantan berada dalam bunga jantan

dan organ pembiak betina berada dalam bunga betina. Kaedah ataupun cara

bagaimana terjadinya pembiakan dalam tumbuh-tumbuhan ini akan kita pelajari dalam

bab yang selanjutnya nanti.


MEIOSIS

PENGERTIAN MEIOSIS

Meiosis merupakan pembahagaian sel yang berlaku dalam sel pembiakan

sahaja untuk menghasilkan gamet yang mempunyai separuh bilangan kromosom

(haploid) berbanding sel induknya yang diploid.

KEPENTINGAN MEIOSIS

Menjamin bilangan kromosom sesuatu organisma dikekalkan dalam kitar

hidupnya yang melibatkan pembiakan seks.Andaikan satu organisma mempunyai 12

kromosom dalam sel somanya. Oleh itu dengan adanya meiosis dalam sel pembiakan,

yakni gamet yang dihasilkan dalah haploid (6 kromosom), maka semasa pembiakan

seks, bilangan kromosom akan dikekalkan apabila percantuman gamet jantan dan

gamet betina berlaku. Jika tiada meiosis, setiap kali percantuman, jumlah kromosom

dalam sel akan berganda, dan ini akan menyebabkan perubahan sifat sesuatu

organisma.

Menyebabkab variasi genetik dalam spesies yang sama melalui 2 pendekatan :

Pindah silang yang berlaku semamsa metafasa 1 akan menyebabkan pertukaran

maklumat genetik berlaku antara kromatid pada kromosom homolog yang akan
membawa kepada pengeluaran kombinasi gen yang baru. Kombinasi ini akan

menyebabkan wariasi organisma.

Penggabungan semula kromosom homolog menyebabkan sel-sel zuriat memperoleh

kombinasi kromosom yang berbeza. Ini bermakna variasi telah berlaku, yang akan

menambahkan keupayaan sesuatu organisma menyesuaikan diri terhadap alam

sekitar.

PERSAMAAN ANTARA MEIOSIS DAN MITOSIS

Kedua-duanya merupakan proses pembahagian sel.

PERBEZAAN ANTARA MEIOSIS DAN MITOSIS

ASPEK PERBEZAAN MEIOSIS MITOSIS


Tempat berlaku Sel pembiakan Sel soma
Tujuan Pembentukan gamet Untuk pertumbuhan

serta penggantian sel

yang rosak atau mati


Bilangan pembahagian 2 1

sel
Pemasangan Berlaku pada peringkat Tidak berlaku

kromosom homolog profasa 1


Penduaan kromosom Sekali sepanjang Berlaku sekali pada

proses iaitu pada setiap pembahagian

metafasa 1 sel
Pindah silang dan Berlaku pada akhir Tidak berlaku

pembentukan kiasma profasa 1


Bilangan sel baru 4 2
terbentuk pada akhir

proses
Bilangan kromosom Separuh bilangan Bilangan kromosom

pada sel baru kromosom sel induk yang sama dengan sel

(haploid) induk (diploid)


Kandungan genetik sel- Berbeza dengan sel Sama dengan sel induk

sel anak induk

PEMBIAKAN MENGAWAN BAGI TUMBUH-TUMBUHAN

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan peringkat tinggi boleh mela-kukan pembiakan

mengawan. Tumbuh-tumbuhan tersebut akan menghasilkan organ-organ pembiak yang

khusus yang terdapat di dalam bunga. Organ pembiak ini terdiri daripada organ
pembiak jantan dan organ pembiak betina. Organ-organ pembiak ini sama ada terdapat

dalam sekuntum bunga yang sama atau dalam bunga yang berasingan. Organ pembiak

ini tentunya akan menghasilkan sel garnet jantan dan sel garnet betina dan apabila

terjadi peleburan dua nukleus dari sel garnet jantan dan sel garnet betina, ia dinamakan

proses pembiakan mengawan. Untuk mendalami pengetahuan tentang pembiakan

mengawan dalam tumbuh-tumbuhan ini, perlulah kita pelajari bahagian-bahagian yang

terlibat dengannya.

Bunga

Bunga merupakan bahagian pucuk yang telah diubahsuai khas untuk membiak. Bunga

ini dapat menghasilkan biji benih yang akan tumbuh menjadi tumbuhan yang baru.

Sekuntum bunga yang lengkap mengandungi empat bahagian yang berlainan iaitu

kelopak yang menjadi salut bunga; ranggi menjadi saribunga; stamen menjadi

androsium dan karpel menjadi ginosium (Rajah 3.1). Bunga ini mempunyai warna,

bentuk dan bau yang berbeza dan ia dilekatkan pada tangkai yang menghubungkan

bunga ke batang. Tangkai ini kemudiannya akan menjadi tangkai buah.


( a) Salut bunga

Salut bunga adalah lingkaran bahagian bawah dan luar janabunga dan

juga dinamakan kelopak bunga. Warnanya biasanya hijau atau berwarna lain,

misalnya bunga kertas, kelopaknya berwarna terang. Salut bunga ini berfungsi

melindungi bunga ketika dalam peringkat kudup. Jika salut bunga berwarna

hijau, membantu membina makanan dalam proses fotosintesis dan jika

mempunyai warna-warni, merupakan sebagai daya penarik kepada serangga

untuk membantu pendebungaan.

( b) Saribunga ( simis)

Saribunga terdiri daripada beberapa reranggi yang terletak di dalam

kelopak bunga. Ranggi bunga ini ada yang bercantum ( ranggi lekat), contohnya

alamanda ( Rajah 3.2) dan ada yang lepas ( panca ranggi), contohnya bunga

raya ( Rajah 3.3).


Saribunga ini biasanya lembut, berwarna dan mempunyai bau yang

wangi. Setengah bunga mempunyai kilang rnadu yang mengeluarkan sejenis

cecair bergula dinamakan madu bunga; tujuannya adalah untuk menarik

perhatian serangga.

Jika sekiranya dalam sekuntum bunga, salut dan ranggi tidak dapat

dibezakan, ia dinamakan sari salut ( Rajah 3.4.). Contohnya bunga gloriosa dan

bunga tasbih.
( c) Androsium

Androsium adalah bahagian jantan bunga yang terdiri daripada stamen

dan terletak di sebelah dalam sari bunga. Stamen merupakan organ pembiak

jantan.

Pada tiap-tiap stamen ini terdapat tangkai yang panjang dinamakan

filamen. Terletak di bahagian hujungnya ialah dua struktur seperti kotak yang

dinamakan anter ( Rajah 3.5). Di dalam tiap-tiap anter ini terdapat dua ruang

yang mengandungi serbuk-serbuk halus dinamakan biji debunga yang

merupakan sel garnet jantan ( Rajah 3.6). Ruang-ruang ini dinamakan kandul

debunga.

Sekuntum bunga mengandungi lebih daripada satu filamen; sama ada

bercantum membentuk satu tiub, contohnya bunga alamanda dan bunga raya

atau terpisah, contohnya gloriosa.


( d) Ginosium( pistil)

Organ pembiak betina yang terbenam di dalam tengah-tengah bunga itu

dinamakan ginosium atau pistil. Satu pistil mungkin mengandungi satu atau lebih

karpel, di mana tiap-tiap karpel terdiri daripada satu salur yang berlubang dan

panjang yang dinamakan stil ( benangsari). Satu permukaan yang melekit dan

berbulu di bahagian hujung stil ( benangsari) itu dinamakan stigma. Struktur yang

selanjutnya ialah bahagian yang gemuk di bahagian pangkal stil ( benangsari)

yang dinamakan ovari. Stil ( benangsari) menghubungkan ovari dengan stigma

dan stigma adalah hujung yang menerima biji-biji debunga ( Rajah 3.7).
Bagi bakal buah tunggal, pistil hanya mengandungi satu karpel sahaja,

contohnya kacang hantu [Rajah 3.8 (a)]; tetapi bagi bakal buah cerai, contohnya

salvia, karpelnya terpisah. [Rajah 3.8 (b)]. Bagi buah taup pula, semua karpel

atau ovarinya bercantum, contohnya bunga raya. [Rajah 3.8 (c)], ovari serta stil

(benangsri) kelima-lima karpel bercantum dan stigmanya berasingan.

Androsium adalah organ jantan bunga dan ginosium pula merupakan

organ betina bunga. Bunga yang mempunyai stamen sahaja dinamakan bunga

jantan dan bunga yang mempunyai pistil sahaja dinamakan bunga betina. Jika

kedua stamen dan pistil berada dalam sekuntum bunga yang sama atau bunga

jantan dan bunga betina berada pada pokok yang sama, ia dinamakan tumbuhan

monoesius atau tumbuhan berbunga dua jantina L Rajah 3.9 (a)], contohnya
kelapa sawit, jagung dan jarak. Sebaliknya jika bunga itu hanya mempunyai

salah satu stamen atau pistil sahaja pada satu pokok, ia dinamakan tumbuhan

dioesius atau sejantina, contohnya betik, [Rajah 3.9 (b)].

Susunan Ovul

Ovari merupakan struktur yang mengeluarkan ovul. Ovul ini melekat pada tisu-

tisu yang dinamakan tembuni. Di dalam ovul ini terdapat sel pembiak betina atau sel

garnet betina.

Ovul ini tersusun dalam empat keadaan iaitu:


a) Ovul tepi, apabila ovari terjadi dari karpel tunggal yang bercantum di

sepanjang tepinya. Contohnya tumbuhan kasia [Rajah 3.10 (a)].

b) Ovul keliling; apabila karpel-karpel ovari bakal buah taup bercantum antara

satu sama lain pada bahagian tepinya [Rajah 3.10 (b)].

c) Ovul paksi; apabila dinding karpel ovari bakal buah taup bertemu di tiap bucu

tengah di bahagian dalam ovari. Pada paksi tengah terdapat pertemuan dinding

tembuni di mana melekatnya ovul. Ovari jenis ini mempunyai dua atau lebih

ruang mengikut bilangan karpel. i Rajah 3.10 (c)]. Buah jenis ini, contohnya buah

tomato.

d) Bagi setengah bunga pula, ovari bakal buah taup mengandungi satu ruang

besar dan ovul terdapat pada tembuni di satu paksi yang menonjol dari pangkal

ovari. Susunan ovul seperti ini dinamakan ovul paksi bebas [Rajah 3.10 (d)].

PENDEBUNGAAN
Proses Pendebungaan

Ovul yang terdapat di dalam ovari tidak akan menjadi biji benih, kecuali setelah

sel garnet betina yang terdapat di dalamnya bersatu dengan sel garnet jantan yang

terdapat di dalam debunga. Apabila biji-biji debunga matang, kandul debunga pada

anter akan pecah mendedahkan debunga. Biji-biji debunga akan berpindah dari anter di

stamen ke stigma; proses ini dinamakan 'pendebunga-an'. Jika debunga dari stamen

sekuntum bunga berpindah ke stigma bunga yang sama atau pada tumbuhan induk

yang sama dinamakan pendebungaan sendiri. Proses pendebungaan boleh juga terjadi

dengan cara pendebungaan kacuk; iaitu apabila debunga dari stamen sekuntum bunga

suatu tanaman berpindah ke stigma bunga yang lain pada tumbuhan induk yang lain.

Bagi tumbuhan "Dioesius" (sejantina) seperti betik, hanya akan terjadi

pendebungaan kacuk. Demikian juga halnya bagi bunga kelapa sawit atau jagung yang

mempunyai bunga jantan dan bunga betina pada satu tumbuhan, tetapi mempunyai

kedudukan dan masa matang yang berlainan. Pendebungaan sendiri hanyalah terjadi

pada bunga-bunga monoesius atau dua jantina; iaitu bunga yang mempunyai stamen

dan pistil dalam sekuntum bunga atau pada satu tumbuhan yang sama dan matang

pada waktu yang sama. Masalah yang selalu timbul pada bunga monoesius atau dua

jantina ini ialah, debunga-debunga dan ovul tidak matang pada waktu yang sama atau

matang tidak serentak; jadi tidaklah mudah untuk berlakunya pendebungaan sendiri.

Apabila biji-biji debunga dipindahkan dari anter ke stigma bunga yang sama dari

anter sekuntum bunga ke stigma bunga yang lain, tetapi pada tumbuhan induk yang

sama, ia dinamakan pendebungaan sendiri ( Rajah 4.1). Pendebungaan ini mesti terjadi

pada bunga yang mempunyai kedua-dua stamen dan pistil atau pada tumbuh-
tumbuhan yang mempunyai kedua-dua bunga jautan dan bunga betina, contohnya

bunga alamanda, bunga matahari dan bunga seri pagi.

Pendebungaan kacuk pula, berlaku apabila debunga dipindahkan dari anter

sekuntum bunga ke stigma sekuntum bunga pada tumbuhan induk yang lain, ( Rajah

4.2). Tumbuhan yang mengalami pendebungaan kacuk hanyalah pada tumbuhan yang

hanya mengeluarkan bunga jantan dan bunga betina pada pokok yang berasingan,

contohnya jagung dan betik.

Ubahsuai tumbuhan untuk mengelakkan pendebungaan sendiri

Kebanyakan tumbuh-tumbuhan mengelakkan pendebungaan sendiri dan lebih

cenderung kepada pendebungaan kacuk. Hasil dari pendebungaan kacuk dapat

menghasilkan biji benih yang lebih baik mutunya; ini mungkin kerana percampuran sifat

dari dua makhluk tumbuhan. Biji benihnya juga dijangkakan akan tumbuh membesar

menjadi tumbuhan yang lebih kuat dan sihat, serta mempunyai sifat-sifat yang sesuai

sama seperti kedua-dua tumbuhan induknya. Buah dan biji benih yang dihasilkan juga

lebih baik dan besar.


Tumbuh-tumbuhan mengelakkan pendebungaan sendiri dengan mengadakan

beberapa ubahsuai, umpamanya;

a) Bila anter dan stigma bunga matang pada waktu yang berlainan dinamakan

dikogami. Beberapa jenis bunga, anternya pecah dan membebaskan debunga-

debunga yang matang sebelum stigma bunga yang sama menjadi matang. Ini

dinamakan bunga dulu jantan, contohnya bunga matahari dan salvia.

b) Bagi sebahagian tumbuhan lain pula, contohnya pisang, stigmanya matang

dan bersedia menerima debunga sebelum anter bunga yang sama matang.

Bunga seperti ini dinamakan bunga dulu betina.

c) Sejantina atau dioesius adalah salah satu cara mengelakkan pendebungaan

sendiri. Sebahagian tumbuhan hanya menghasilkan salah satu organ pembiak;

sama ada stamen atau pistil. Jadi kedua-dua pistil dan stamen tadi berada pada

tumbuhan yang berlainan, contohnya betik dan kurma.

d) Beberapa jenis tumbuhan seperti melati, menghasilkan dua jenis bunga yang

berlainan. Salah satu daripada bunga tadi mempunyai stil ( benangsari) yang

pendek dan filamen yang panjang, manakala bunga yang lagi satu mempunyai
stil ( benangsari) yang panjang dan filamen yang pendek. Sewaktu bunga tadi

dilawati oleh serangga, debunga yang mengenai badan serangga akan melekat

ke badan serangga. Apabila serangga itu melawat bunga jenis lain, debunga tadi

akan dilepaskan dan menyentuh stigma; dengan ini pendebungaan kacuk terjadi.

e) Kaedah pemandulan sendiri yang terdapat pada beberapa jenis tumbuh-

tumbuhan, iaitu dengan mempunyai biji-biji debunga yang tidak boleh

mempersenyawakan ovul bunga yang sama. Jadi satu-satunya cara untuk

melakukan pendebungaan adalah dengan pendebungaan kacuk. Pemandulan

sendiri ini belaku pada bunga rai dan setengah-sete-ngah orkid.

f) Setengah tumbuh-tumbuhan mempunyai binaan tertentu dengan stamen dan

stigma yang tersusun khas, contohnya bunga kacang dan bunga leletup.

Sewaktu bunga dilawati oleh serangga, ia akan menggeserkan badannya

kepada anter dan biji-biji debunga akan melekat kepada badan serangga tadi.

Apabila serangga itu singgah di bunga yang lain ia akan menggeserkan

badannya kepada stigma. Keadaan ini menyebabkan debunga terlepas dan

melekat pula kepada stigma.

Agen-agen pendebungaan

Banyak agen terdapat dalam alam yang turut membantu pendebungaan tumbuh-

tumbuhan. Antara agen-agen yang umum ialah

1) serangga

2) angin

3) haiwan
4) air

5) pendebungaan beradas

Pendebungaan oleh serangga

Rama-rama, kupu-kupu, lalat, lebah dan kumbang merupa-kan contoh serangga

yang banyak membantu dalam melaksanakan pendebungaan ini.

Apabila sekuntum bunga dihinggapi oleh seekor serangga untuk mendapatkan

madunya, debunga yang berada di dalam anter yang telah matang dan pecah itu akan

melekat pada badan serangga yang berbulu. Serangga ini kemudiannya mengunjungi

bunga yang lain, sambil itu turut sama melepaskan debunga tadi ke stigma bunga yang

disinggahi berikutnya. Dengan cara ini debunga-debunga itu akan dipindahkan dari satu

bunga ke bunga yang lain.

Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh serangga

Biasanya bunga yang didebungakan oleh serangga mempunyai ciri-ciri khas

yang bertujuan untuk menarik perhatian serangga, antaranya:


i) Bunganya mempunyai ukuran yang besar, contohnya bunga raya dan

alamanda atau bunga kecil tetapi wujud dalam bentuk sejambak yang besar,

contohnya bunga matahari.

ii) Ranggi bunganya berwarna terang bagi memudahkan penglihatan dan

pengenalan oleh serangga, contohnya bunga jambu bol (Gambar foto 4), bunga

raya, bunga keembung, bunga merak, bunga semarak api dan bunga kertas

yang mempunyai pengasuh bunga yang berwarna terang. Warna-warna yang

berlainan ini bertujuan untuk menarik perhatian serangga yang berlainan.

Misalnya warna putih yang selalunya terbuka pada waktu malam, didebungakan

oleh kupu-kupu. Bunga-bunga yang berwarna biru terang atau merah jambu,

selalunya didebungakan oleh rama-rama dan ia terbuka pada waktu siang. Lalat

pula tertarik kepada bunga-bunga yang berwarna keperang-perangan dan mem-

punyai bau yang agak busuk.

iii) Bunga menghasilkan bau yang harum untuk menarik serangga yang jauh,

contohnya bunga gelang, bunga melur dan mawar (Gambar foto 5). Berbeza
pula dengan bunga yang didebungakan oleh lalat, yang mempunyai bau yang

busuk.

iv) Setengah serangga memakan biji-biji debunga dan sudah pastilah bunga

terpaksa menghasilkan biji-biji debunga yang banyak. Jadi di samping memakan

biji-biji debunga, juga turut membantu mendebungakan bunga itu pada waktu

yang sama, contohnya tumbuhan 'crocus'.

v) Bunga mempunyai kilang-kilang manisan ( madu) di pangkal-pangkal bunga.

Kilang ini menghasilkan manisan yang dinamakan madu bunga. Serangga

mengambil madu sebagai makanannya. Anter, stigma dan kilang madu terletak

begitu sesuai tempatnya supaya serangga dapat turut membantu

mendebungakan bunga itu sewaktu mengambil madunya. Misalnya bunga yang

didebungakan oleh kupu-kupu, mempunyai kilang madu yang terletak pada

pangkal reranggi yang dalam di mana hanya boleh dicapai oleh belalainya yang

panjang. Gambar foto 5 & 6 menunjukkan seekor lebah yang sedang

mengumpulkan madu bunga.


Ada juga beberapa jenis bunga yang mempunyai tanda-tanda khas pada ranggi

bunga yang menghala ke arah kilang madu. Ini dinamakan pemandu madu. Kadang-

kadang ranggi diubahsuai sebagai permukaan mendarat bagi serangga yang

melawatinya, contohnya bunga kacang hantu. Begitu jugalah hubungannya dengan

serangga. Oleh kerana serangga mempunyai ukuran lidah atau belalai yang berlainan,

maka ia hanya boleh mendebungakan bunga-bunga yang kilang manisan atau kilang

madu yang sesuai dengan lidahnya sahaja.

Pada umumnya bunga yang didebungakan oleh serangga ini mempunyai

debunga yang sedikit, berdinding tebal, melekit dan berduri. Ini bertujuan memudahkan

debunga tadi melekat pada bulu dan kaki serangga yang berbulu itu. Di samping itu,

bunga juga mempunyai stigma yang melekit supaya debunga yang jatuh di atasnya

akan melekat kuat, di samping mempunyai stil ( benang-sari) dan stamen yang kuat

dan tegak
Contoh-contoh bunga pendebungaan serangga

1) Kacang hantu

Kacang hantu mempunyai bunga lengkap tetapi tidak sebentuk ( Rajah 4.3).

Salut bunganya bercantum di bahagian pangkal dan terdiri daripada lima kelopak

berwarna hijau. Simis terdiri daripada lima ranggi dengan dua ranggi depan bercantum

membentuk satu ranggi sehingga kelihatan bunga itu mempunyai empat ranggi. Ranggi

yang di belakang lebih besar dan ia dinamakan ranggi panji.

Pada permukaan dalam ranggi panji terdapat garis-garis gelap, dinamakan

pandu madu yang menuju ke kilang madu. Dua ranggi di bahagian sisi dinamakan
sayap dan dua ranggi yang bercantum di bahagian depan yang menyerupai perahu

dinamakan lunas.

Di bahagian dalam lunas ini terdapat alat-alat pembiak, androsium dan ginosium.

Androsium terdiri daripada sepuluh stamen di mana filamennya bercantum membentuk

satu salur dan bahagian atasnya membengkok ke atas. Stamen yang bertentangan

dengan kelopak dinamakan stamen kelopak dan stamen ini mempunyai anter yang

berbentuk panjang dan besar sewaktu muda; dan stamen yang bertentangan dengan

ranggi dinamakan stamen ranggi dan mempunyai anter bentuk bulat ( Rajah 4.4).
Ginosium pula terdiri daripada satu karpel dengan susunan ovul tepi. Stil

( benangsarinya) kuat dan melengkung ke atas hampir bersudut tepat dengan ovari.

Bahagian stigmanya dipenuhi bulu. Lunas ini mengelilingi stil ( benangsari) dan anter

sehingga menyerupai suatu salur yang kecil dan berlubang di atasnya ( Rajah 4.5).

Kacang ini adalah contoh bunga dulu jantan dan didebunga-kan oleh lebah.

Madu dikeluarkan di dalam takung di pangkal salur stamen. Takung ini tersorok ke

dalam lunas. Jadi serangga yang mempunyai lidah yang panjang dan berat seperti

lebah -sahaja yang dapat menekan ke dalam ranggi sayap untuk membuka lunas.

Ranggi panji pada bunga yang matang adalah untuk menarik perhatian lebah.

Apabila ranggi matang, stamen kelopak juga turut matang dan melepaskan biji-

biji debunga ke dalam salur di bahagian atas lunas. Sewaktu bunga mengembang,

bekalan debunga cukup banyak di dalam lunas dan pada masa ini bunga mula menarik

perhatian lebah. Apabila seekor lebah hinggap pada ranggi sayap, ia akan menekannya

ke bawah dan ranggi sayap menekan pula lunas. Pada saat itu juga filamen stamen

ranggi memanjang, lebih panjang dari ranggi kelopak yang sudah layu. Anter pada

stamen ranggi ini kecil dan mengandungi sedikit debunga dan stamen ini juga
menolong menolak keluar lunas debunga yang dikeluarkan oleh stamen kelopak.

Apabila lebah menekan lunas, debunga yang ditekan keluar pada lubang di atas lunas

melekat pada bahagian bawah jadan lebah. Apabila lunas ditekan lagi, kelihatan stigma

keluar dari lubang itu; tetapi oleh kerana ia belum lagi matang, maka tidak dapat

didebungakan.

Apabila lebah meninggalkan bunga tadi, lunas akan>kembali semula kepada

kedudukan asalnya dan menutupi stigma. Jika lebah tadi melawati bunga lain yang

lebih tua di mana stigmanya telah matang, debunga akan dipindahkan kepada stigma

sewaktu stigma itu bergeser dengan bahagian bawah badan lebah itu.

Sekiranya pendebungaan kacuk ini tidak dapat berlaku, bunga ini masih

mempunyai peluang baik untuk terjadinya pendebungaan sendiri memandangkan

kedudukan stigma dan anter yang terlalu rapat dengan syarat kedua-duanya matang

pada waktu yang sama.

Salvia

Bunga ini mempunyai simis tidak sebentuk dan terdiri daripada dua bahagian;

bibir atas yang terjadi dari taupan dua ranggi yang menutupi alat-alat pembiak. Bibir

bawah pula terjadi dari taupan tiga ranggi dan menjadi tempat hinggap bagi lebah-

lebah. Bunga salvia ini ialah bunga dulu jantan dan didebungakan oleh lebah ( Rajah

4.6).
Bunga ini mempunyai bentuk khas, iaitu hanya dua stamen ( Rajah 4.7). Tiap-

tiap stamen mempunyai filamen yang pendek yang bercantum kepada anter melalui

binaan yang panjang dan melengkung dinamakan penghubung. Penghubung

mengunjur ke belakang dan di bahagian sisinya terdapat tuas dengan percantum-an

dengan filamen itu membentuk sanggatuas (Rajah 4.8).


Apabila seekor lebah hinggap di atas bibir bawah, ia terus menuju kepada madu

yang teletak di pangkal salur simis. Sewaktu itu ia menolak tuas dan menyebabkan

anter yang mempunyai biji-biji debunga yang telah matang dan subur bergeser pada

belakang lebah itu. Apabila lebah keluar dari bunga, stamen akan kembali semula

kepada kedudukan asalnya di bawah bibir atas.

Oleh kerana salvia adalah contoh bunga dulu jantan, jadinya biji-biji debunga

lebih dahulu matang dari stigma. Tetapi apabila bunga itu telah tua, stil

( benangsarinya) memanjang supaya stigma menjulur keluar. Pada peringkat ini apabila

bunga itu dilawati oleh lebah, stigma akan menyentuh belakang lebah. Jika lebah itu

membawa biji-biji debunga, ia akan berpindah ke stigma bunga itu pula.

Bunga matahari

Sekali imbas, bunga matahari kelihatan seperti sekuntum bunga yang besar

pada hujung batangnya. Tetapi apabila dilihat dari dekat, bunga tadi kelihatan terdiri

dari beberapa bunga kecil ( Rajah 4.9). Kumpulan bunga-bunga ini dinamakan jambak

bunga. Jika ia tersusun dengan cara yang khusus dinamakan kapitulum. Kapitulum

dikelilingi oleh lingkaran pengasuh bunga yang berwarna hijau ( Rajah 4.10).

Bunga matahari terdiri daripada dua jenis bunga, bunga sari dan bunga kandung.

Simis tiap-tiap bunga kandung terdiri daripada lima ranggi yang bercantum membentuk

satu salur. Simis bercantum dengan ovari yang terdiri daripada dua karpel dan

mengandungi satu ovul. Stil ( benangsari) pula berupa filamen yang panjang dan

mempunyai hujung yang bercabang menjulur di atas simis membentuk permukaan

stigma.
Androsium pula terdiri daripada lima stamen yang melekat pada simis dan

bercantum dengan anter membentuk salur keliling stil ( benangsari). Salut bunga

sangat kecil.

Bunga sari tidak mempunyai stamen dan simisnya berbentuk seperti selepang.

Bunga di mana terdapat bunga sari dan bunga kandung ini dinamakan bunga

'komposit'. Bunga seperti ini adalah bunga dulu jantan.


Apabila anter matang, ia akan membelah sepanjang bahagian dalam supaya

debunga bertabur ke dalam salur yang terjadi dari cantuman anter. Stil ( benangsari)

adalah pendek pada mulanya terletak di bawah kumpulan debunga dalam salur anter

dengan stigma berlipat rapat supaya permukaannya tidak menerima debunga [Rajah

4.11 (a) ].

Stil ( benangsari) akan memanjang dan hujungnya menolak debunga keluar

salur anter, supaya debunga terdedah di hadapan stigma [Rajah 4.11 (b)]. Hujung stil

(benangsari) yang bercabang itu terbuka bagi mendedahkan stigma [Rajah 4.11 (c)].

Serangga yang singgah di atas kapitulum semasa mencari madu, akan

memindahkan debunga dari satu bunga kandung kepada stigma bunga kandung yang

lain. Dengan cara ini mengelakkan pendebungaan sendiri. Tetapi kadang-kadang boleh

juga terjadi pendebungaan sendiri, kerana apabila bunga kandung tua, stigma

bergelung ke belakang dan akan melekatkan debunga-debunga yang masih berada

pada stil ( benangsari) itu [Rajah 4.11 (d)].


Pendebungaan oleh angin

Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh angin

Bunga yang didebungakan oleh angin ini mempunyai ciri-ciri yang khusus.

(i) Biasanya ia berkembang sebelum daun keluar. Hal ini berlaku supaya daun

tidak melindungi anter atau stigma daripada angin.

(ii) Bunganya kecil, pudar dan tidak jelas.

(iii) Sari bunganya berwarna hijau, kecil atau tidak ada sama sekali.

(iv) Bunganya tidak mempunyai bau.

(v) Bunganya mempunyai filamen yang panjang supaya anter tidak dilindungi

oleh bahagian-bahagian lain bunga.

(vi) Stil ( benangsarinya) pula kecil tetapi panjang, supaya mudah stigma

menangkap debunga yang ditiup angin.

(vii) Stigmanya pula besar, berbulu dan melekit, gunanya untuk menambah luas

permukaan bagi menangkap biji-biji debunga.

(viii) Bunga akan menghasilkan biji-biji debunga yang sangat banyak, berserbuk,

licin dan ringan. Ini akan memudah-kan ia diterbangkan oleh angin ke jarak yang

jauh. Setengah-setengah debunga mempunyai pundi-pundi udara yang

membantu pergerakannya.

Contoh bunga yang didebungakan oleh angin

Rumput guinea

Rumput ini banyak ditanam di daerah Tropika sebagai makanan ternakan.

Bunganya tidak mempunyai simis yang berwarna terang dan tidak menghasilkan
bau atau madu. Jambak bunga terdiri daripada dahan-dahan yang halus dan panjang

( Rajah 4.12). Bunga berada berpasangan dan setiap pasangan berada dalam satu

pengasuh bunga membentuk sesagaran ( Rajah 4.13).

Di bahagian bawah sesagaran terdapat kedua-dua bunga yang terdiri daripada

tiga stamen berwarna kekuning-kuningan. Bunga atas mempunyai tiga stamen, dan

satu ovari dengan dua stigma yang berbulu dan berwarna ungu kemerahan. Tiap-tiap

satu bunga terdapat dua binaan halus dinamakan lodikul yang menggantikan sarisalut.

Dua pengasuh bunga bahagian atas tersusun rapat membentuk binaan selaput yang

tegak dan pucat. Pengasuh bahagian bawah berwarna hijau seperti daun.

Bunga guinea ini termasuk bunga dulu jantan, jadi stamennya masak dahulu

sehari atau dua hari sebelum stigma masak. Stamen tumbuh dalam pengasuh

pelindung sehingga waktu menggugurkan debunganya. Pengasuh debunga terbuka

dan filamen memanjang dengan cepat supaya anter terjulur keluar. Filamen

menyerupai benang halus yang terjulur keluar dan digoncang oleh angin yang lemah.

Anter pecah dan debunga diterbangkan oleh angin. Setengah daripada debunga tadi
akan jatuh di atas stigma yang berbulu pada bunga yang lebih tua. Pendebungaan

sendiri selalu juga terjadi pada tumbuhan rumput ini.

Pendebungaan oleh air

Bagi tumbuhan yang hidup di dalam atau di permukaan air besar kemungkinan

air turut membantu dalam hal pendebungaan-nya.

Ciri-ciri bunga yang didebunga oleh air

(i) Biasanya bunganya boleh terapung dalam air

(ii) Tidak berwarna

(iii) Tidak mempunyai bau atau madu


(iv) Ukurannya kecil serta tidak begitu jelas

(v) Debunganya boleh terapung di permukaan air

Bunga ini akan melepaskan biji-biji debunga ke dalam air dan air akan membawa

debunga-debunga tadi ke stigma bunga tumbuhan yang sama atau tumbuhan yang

lain. Contoh tumbuhan yang didebungakan dengan cara ini ialah hidrila dan bunga

naias.

Pendebungan oleh haiwan

Setengah haiwan seperti siput, kelelawar, burung dan tupai banyak membantu

pendebungaan. Misalnya tupai membantu pendebungaan pisang, durian dan kekabu,

dan begitu juga dengan haiwan-haiwan lain seperti burung. Burung mempunyai paruh

yang panjang dan sempit. Debunga akan melekat kepada paruh burung tadi sewaktu ia

membenamkan paruhnya ke dalam kilang madu bunga. Debunga ini kemudiannya

dipindahkan ke bunga lain, ( Gambarfoto 9 & 10).


Kelelawar adalah haiwan yang keluar pada waktu malam. Jadi ia hanya

membantu mendebungakan bunga-bunga yang berkem-bang pada waktu malam

sahaja. Contohnya pisang, durian dan petula, ( Gambar toto 11 & 12).
Ciri-ciri bunga yang didebungakan oleh haiwan

(1) Mempunyai debunga yang melekit dan kadang-kadang mempunyai

cangkuk.

(2) Mempunyai kilang madu yang terletak ke dalam.

(3) Sebahagian bunga mekar.pada waktu malam.

Pendebungaan beradas

Manusia tidak kurang pentingnya dalam membantu pelaksa-naan

pendebungaan. Dalam proses pendebungaan beradas, manusia yang memindahkan

debunga-debunga suatu tumbuhan kepada tumbuhan lain. Ini kerap dilakukan di kebun

buah-buahan atau ladang kelapa sawit bagi memperolehi hasil yang lebih baik.

Sewaktu bunga betina mengembang dan matang, debunganya dari bunga jantan

disapukan ke stigma bunga betina oleh petani-petani. Dengan ini mereka telah

membantu melaksanakan pendebungaan kacuk dengan cara memindahkan debunga-

debunga dari bunga jantan yang mempunyai sifat-sifat khas yang terpiiih kepada bunga

betina pokok yang lain. Kaedah ini sekarang banyak diamalkan oleh petani-petani

kerana dengan ini dapatlah mereka memilih ciri-ciri khas pada tumbuhan yang mereka

kehendaki, misalnya untuk mendapatkan buah yang lebih baik kualitinya.


PERSENYAWAAN DAN PERTUMBUHAN

Struktur debunga

Kandul debunga menghasilkan biji-biji debunga dalam kuantiti yang banyak dan

selalunya disebarkan sama ada oleh angin, serangga, air atau haiwan.

Debunga ini terdiri daripada sitoplasma dan dua lapisan dinding; lapisan dalam yang

lebih nipis dinamakan 'inline' dan lapisan luar yang lebih tebal dinamakan 'exine' (Rajah

5.1). Lapisan exine ini berfungsi melindungi bahagian dalam debunga. Exine

mengandungi satu atau lebih liang di permukaannya dinamakan liang percambahan.

Di dalam sitoplasmanya terdapat dua nukleus; nukleus salur debunga dan

nukleus generatif. Sewaktu debunga jatuh ke atas st'gma, akan muncul salur debunga

melalui liang percambahan ini. Salur debunga ini membawa bersama-sama nukleus

generatif dan nukleus salur debunga. Peringkat pertumbuhannya adalah ditunjukkan

seperti pada Rajah 5.2 di bawah.


Nukleus generatif seterusnya akan terbahagi dua dan kedua sel ini dinamakan

sel garnet jantan. Nukleus salur debunga merupakan penunjuk jalan kepada nukleus

garnet jantan sewaktu pergerakan-nya ke ovari. Nukleus salur debunga ini seterusnya

akan melebur.

Struktur ovul

Setiap ovul berbentuk bujur telur dan dilekatkan kepada plasenta atau tembuni

oleh suatu struktur yang dinamakan funika (Rajah 5.3). Tempat pertemuan tangkai

funika dengan ovul dinamakan hilium. Ovul ini terdiri daripada beberapa bahagian;
integumen, kalaza dan nuselus. Integumen merupakan dua lapisan struktur yang

membendung nuselus. Beberapa jenis tumbuhan mempunyai satu lapisan integumen

dan beberapa jenis tumbuhan parasit seperti Santalum dan dedalu tidak mempunyai

integumen sama sekali. Di bahagian bawah ovul terdapat Hang yang kecil dinamakan

mikrofil yang merupakan tempat penembusan salur debunga sewaktu akan terjadi

persenyawaan. Di dalam nuselus ini terdapat kandul embrio.

Dalam tiap-tiap sel kandul embrio yang masih muda terdapat satu sel yang

khusus dinamakan sel induk. Saiz sel induk ini makin bertambah besar dan mengalami

dua kali pembelahan menjadi empat megaspora yang tersusun tegak. Tiga sel yang

terdapat di bahagian atasnya akan mengalami peleburan dan yang meneruskan

fungsinya adalah satu sel yang masih ada [Rajah 5.3 (d)]. NMkleus sel ini seterusnya

akan terbahagi menjadi dua nukleus yang bergerak ke arah kutub yang berlainan

[Rajah 5.3 (e)]. Tiap-tiap nukleus ini mengalami pembelahan lagi sekali memben-tuk

empat nukleus, dan keempat-empat nukleus ini seterusnya akan terbahagi menjadi

lapan nukleus [Rajah 5.3 (g)]. Dengan ini tiap-tiap kandul embrio mempunyai lapan

nukleus yang mana terdapat empat nukleus di tiap-tiap kutub. Kandul embrio ini

seterusnya akan bertambah besar ukurannya.

Perkembangan yang berikutnya kita dapati setiap nukleus dari masing-masing

kutub akan bergerak ke bahagian tengah dan kedua polar nukleus ini akan melebur

membentuk nukleus definitif. Tiga nukleus yang terkumpul di kutub yang berhampiran

dengan kalaza dinamakan sel antipodal dan biasanya dikelilingi oleh selaput yang nipis.

Nukleus antipodal ini belum diketahui fungsinya dengan pasti. Di kutub yang

berhampiran dengan mikrofil pula terdapat tiga nukleus yang juga terkumpul; salah satu
daripadanya terdapat sel pembiak betina dinamakan sel telur atau ovum atau oospora

dan dua nukleus yang di bawahnya dinamakan sinergid. Sel sinergid ini berfungsi

sebagai penunjuk jalan atau pengarah pergerakan salur debunga ke ovum atau sel telur

sewaktu akan terjadi persenyawaan. Selepas itu mereka akan melebur. Sel telur adalah

sel yang akan menerima nukleus generatif dari sel debunga yang dibawa oleh salur

debunga. Nukleus definitif pula sebagai bakal pembentuk endosperma selepas terjadi

persenyawaan.
Percambahan biji debunga dan persenyawaan

Stigma suatu jenis bunga hanya boleh menerima debunga dari jenis yang sama

sahaja. Stigma akan mengeluarkan cecair bergula dan debunga meresap cecair tadi

sehingga menjadi kembang. Salur debunga kemudian tumbuh daripada 'intine' biji

debunga sepanjang stil (benangsari) ke arah rahim. Salur debunga ini mengeluarkan

enzim untuk melarutkan tisu-tisu stil (benangsari) (Rajah 5.4).

Dalam salur debunga terdapat dua jenis nukleus; nukleus salur debunga di

depan dan dua nukleus sel garnet jantan terletak jauh di belakang.

Sewaktu salur debunga menembusi mikrofil, sel garnet jantan pertama

memasuki kandul embrio dan kemudian melebur bersama oospora atau ovum

membentuk zigot. Proses peleburan dua nukleus dari sel garnet jantan dan sel garnet

betina dinamakan persenyawaan. Sel garnet jantan yang kedua akan melebur bersama

dengan nukleus definitif dan seterusnya membentuk endosperma atau yolka.

Zigot seterusnya akan membelah menjadi embrio. Ovul yang telah

disenyawakan akan menjadi biji benih dan ovari akan menjadi buah. Binding ovari pula

menjadi buah, sementara tangkai bunga menjadi tangkai buah.


Pertumbuhan embrio

Setelah terjadi persenyawaan, sel telur atau ovum membentuk zigot dan

kemudian diikuti dengan pembentukan selulos yang mengelilinginya. Sel zigot ini

seterusnya membahagi secara mitosis membentuk dua sel; satu sel embrio dan satu

lagi sel suspensor (Rajah 5.5).

Sel suspensor membelah dan seterusnya membentuk organ-organ penyerapan

seperti tunas akar biji. Sel embrio pula tumbuh membesar dan mengalami tiga kali

pembahagian sel secara mitosis membentuk lapan sel; empat sel berada di tengah-
tengah di atas sel suspensor dan empat sel lagi mengelilinginya (Rajah 5.5(d). Sel-sel

ini selanjutnya akan membahagi beberapa kali membentuk jasad embrio yang dikelilingi

oleh satu lapisan sel. Jasad embrio ini akan tumbuh membentuk semua bahagian di

dalam embrio kecuali bakal akar. Dari jasad ini akan terbentuk tunas pucuk ulung dan

dua kotiledon dari sel-sel di bahagian atasnya dan sel-sel di bahagian bawah pula akan

membentuk akar ulung dan hipokotil.

Pada tumbuh-tumbuhan dikotiledon, di dalam embrio terdapat dua kotiledon di

kedua sisi dengan tunas ulung di bahagian hujungnya. Pada tumbuhan monokotiledon

pula, hanya terdapat satu kotiledon sahaja dan terdapat tunas ulung di pangkalnya

(Rajah 5.6).

Endosperma yang terjadi hasil dari peleburan nukleus definitif dengan sel garnet

jantan yang ke-2 merupakan bahagian yang kaya dengan makanan. Bahagian ini

merupakan pembekal makanan kepada embrio yang berada di dalam rahim. Embrio

mendapat makanan dari endosperma sehingga embrio tadi tumbuh dan mampu

membina makanan sendiri secara fotosintesis apabila terbentuk daun pertama.


Bagi buah yang telali sempurna mengalami pembelahan sel, embrio ini akan

dikelilingi oleh tiga lapisan kulit luar yang dinamakan perikarp yang terbentuk dari

dinding ovari. P'erikarp ini terdiri daripada endokarp (bahagian dalam), -mesokarp

(bahagian tengah) dan epikarp (dinding luar) (Rajah 5.7). Bagi buah tertentu, terdapat

pengumpulan gula di bahagian mesokarp yang menyebabkan buah terasa manis

contohnya buah mangga, limau, tembikai dan betik. Begitu juga bagi buah-buah yang

banyak mengandungi lemak dan minyak seperti buah zaiton. Lemak dan minyak ini

terkumpul di kulit luar epikarp dan mesokarp. Bahagian mesokarp ini mempunyai kadar
air yang lebih tinggi dibandingkan dengan bahagian lain, contohnya buah labu dan

tembikai.

Setengah-setengah tumbuhan mempunyai buah muda yang berwarna hijau,

gunanya untuk _melindungi dari penglihatan haiwan di samping turut membina dalam

proses fotosintesis. Apabila buah tersebut telah matang atau masak, pigmen-pigmen

warna akan menggantikan klorofil yang terdapat di kulit luar. Pigmen-pigmen ini sama

ada karotin atau antosianin. Karotin memperlihatkan warna kuning hingga ke warna

merah jingga atau merah bata. Antosianin pula memperlihatkan warna merah jambu

hingga ke warna ungu tua. Warna yang diperlihatkan ini pada umumnya memberi

maklumat kepada haiwan-haiwan tertentu bahawa buah tersebut telah matang.

Endokarp merupakan bahagian yang paling dalam yang berfungsi menjaga

biji-biji benih yang terdapat di dalamnya.

Anda mungkin juga menyukai