Anda di halaman 1dari 1

TUTORIAL: MPU 3122 (8.9.

2020)
NAMA: NUR IZZAH FARHANA BINTI GAZALI (RBT3)

Bagaimanakah kita hendak mewujudkan semangat kekitaan kepada murid sekolah


rendah? (150pp)
JAWAPAN:
Semangat kekitaan bertujuan memelihara keharmonian dan perpaduan kaum. Bagi
memupuk semangat kekitaan dalam kalangan murid sekolah rendah, sebagai
seorang guru, kita boleh, mengadakan pertandingan kelas tercantik pada setiap
minggu dan kelas paling patriotik sepanjang bulan kemerdekaan. Hadiah dan piala
pusingan akan diberikan pada setiap minggu bagi menghargai usaha murid-murid
dan memberi semangat untuk murid mengekalkan kebersihan kelas mereka setiap
hari.
Melalui pertandingan ini, akan timbul rasa tanggungjawab dan daya saing yang
tinggi dalam diri setiap murid untuk menjaga nama baik kelas masing-masing. Bagi
memenangi pertandingan ini, murid-murid sudah pasti akan bekerjasama berusaha
menghias kelas tersendiri mengikut kreativiti supaya kelas mereka mendapat Top 3
pada setiap minggu.
Secara tidak sedar, semangat kekitaan dapat diwujudkan dalam kalangan ahli kelas
tanpa mengira bangsa kerana murid dapat belajar nilai saling membantu dan
bekerjasama sepanjang proses menghias kelas ini. Silaturahim dan perpaduan
dalam kalangan murid yang berbilang kaum, agama, dan budaya di dalam kelas
juga dapat diwujudkan menerusi aktiviti menghias kelas pada setiap minggu.

Anda mungkin juga menyukai