Anda di halaman 1dari 2

Cara cara menanam padi

Padi ditanam dengan menggunakan biji benih .Oleh itu pemilihan biji benih yang bermutu tinggi adalah penting untuk memastikan hasil yang banyak apabila mencapai tahap matang kelak. Lazimnya pemilihan padi dibuat selepas menuai padi.Hanya biji padi yang bersaiz besar ,panjang dan mempunyai biji yang banyak di satu-satu tangkai sahaja dipilih. Operasi menyemai dilakukan diperkenalkan di negara ini ialah penyemaian dilakukan terus di kawasan penanaman atau disebut tabur terus. Cara ini tidak memerlukan operasi mengubah dan dengan itu masalah penggunaan tenaga kerja yang banyak tidak timbul.Bagaimanapun cara ini tidak akan berkesan jika kawalan sistem pengairan tidak dilakukan. Proses membajak menggunakan jentera pembajak atau traktor .Terdapat dua jenis traktor yang digunakan bagi kerja-kerja membajak. Traktor-traktor ini dikenali sebagi traktor dua roda dan traktor empat roda. Kedua-dua traktor ini berfungsi untuk menggemburkan tanah sawah. Anak benih akan diubah dari tapak semaian ke sawah ketika anak benih mengeluarkan daun kelima atau keenam. Kerja ini masih memerlukan tenaga buruh dan masa yang panjang untuk mengubah anak-anak benih ke kawasan sawah.Jarak menanam anak benih bergantung kepada pesawah. Anak benih yang cepat matang akan ditanam lebih rapat dibandingkan dengan anak benih yang lambat tempoh matang.

Proses

penyelengaraan ini melibatkan

pelbagai aktiviti seperti membaja,

merumput, dan membersihkan sawah.

Proses ini akan dilakukan sepanjang

pertumbuhan padi. Oleh itu, sejak awal penanaman, padi akan terus dijaga supaya tidak dihinggapi penyakit atau menjadi semak.

Pemilihan biji benih

Penyemaian biji benih Pemilihan tapak perladangan Pengalihan tanaman


Proses penyelenggaraan

Anda mungkin juga menyukai