Anda di halaman 1dari 7

BMM1024

Budaya Masyarakat Melayu


November 27, 2018

1.0 Pendahuluan

Budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu adalah amalan hidup yang meliputi
perkembangan sahsiah, budi, akal, daya, semangat, usaha, nilai serta tindakan daripada
aspek lahiriah dan juga batiniah. Amalan ini telah meresap masuk ke dalam kehidupan
masyarakat Melayu dan telah menjadi tatacara kehidupan seharian. Dari situ, budaya ini
telah menjadi identiti bangsa Melayu yang tersendiri.

2.0 Konsep Budaya Melayu

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963), perkataan budaya berasal daripada
cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu, iaitu 'budhi' dan 'daya’. Perkataan 'budhi' yang
dipinjam daripada bahasa Sanskrit bererti kecergasan fikiran dan akal. Perkataan 'daya' pula
ialah perkataan melayu Polinesia yang bermakna kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh.
Jika dicantumkan kedua-dua perkataan tersebut, budaya membawa maksud tenaga fikiran,
usaha rohani atau kuasa menggerakkan jiwa.

Istilah budaya dalam bahasa Inggeris ialah ‘culture’ yang berasal daripada perkataan
bahasa Latin yang berbunyi ‘colere’. Ia bermaksud kehidupan manusia yang sentiasa
memelihara dan mengerjakan pelbagai tindakan yang boleh menghasilkan tindakan budaya
(Suwardi Endraswara, 2006:4). Menurut John.J.Macionis (1987: 62) pula, budaya dilihat
sebagai kepercayaan, nilai-nilai, tingkah laku dan objek kebendaan yang dikongsi bersama
oleh sekumpulan penduduk yang tertentu. Sesungguhnya, “budaya” dapat diringkaskan
sebagai satu amalan hidup yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat yang diwarisi oleh
nenek moyang sama ada dari segi politik, ekonomi mahupun sosial. Orang Melayu kaya
dengan budaya bangsa yang mulia dan agung.

3.0 Konsep Masyarakat Melayu


Masyarakat adalah suatu kelompok manusia yang hidup dan bekerjasama
sehingga mereka dapat mengorientasikan dirinya dan berfikir mengenai dirinya sebagai
kesatuan sosial yang mempunyai batas-batas tertentu (Koentjaraningrat 1970). Sebagai
makhluk sosial, manusia tidak dapat hidup bersendirian kerana hidup bermasyarakat
merupakan fitrah semula jadi manusia. Oleh itu, manusia perlu berinteraksi dengan
anggota-anggota masyarakat yang lain di sekelilingnya. (Mustafa Haji Daud, 1990:11)

Masyarakat Melayu bermaksud sekelompok orang Melayu yang membentuk


sebuah sistem interaksi sosial. Maknanya wujud amalan berkerjasama dan hidup bersama
dalam kalangan orang Melayu menyebabkan timbulnya sesebuah masyarakat yang hidup
bersama dan mengamalkan budaya hidup yang sama dalam kehidupan seharian.

4.0 Bidang Kebudayaan Melayu

Menurut Taib Osman (1988) kebudayaan adalah cara hidup, Cara mengatur hidup
satu-satu kelompok manusia. Lebih penting daripada perbuatan hari-hari (seperti cara
makan, cara beribadah, cara menegur seseorang dan ciri-ciri lain), iaitu tanggapan alam
sekitar atau world-view, dan nilai-nilai sosial atau etos kerana kedua-dua ciri inilah yang
mewarnakan sesuatu budaya dan menjadi pendorong bagi tindakan manusia.

Masyarakat Melayu sangat menekankan amalan yang mulia dalam kehidupan


terutamnya pada bidang politik, ekonomi dan sosial.

4.1 Kebudayaan Melayu Dari Sudut Politik

Menurut Almond dan Verba (1990:178), budaya dari sudut politik merupakan sikap
orientasi yang khas dari warga Negara terhadap sistem politik.

Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan
pentadbiran negara. Kita dapat lihat kepelbagaian politik di negara kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan negara ini
mempunyai banyak parti politik yang dipimpin mengikut kepelbagai kaum. Walaupun
begitu, hal ini masih dapat dikawal kerana masyarakat Malaysia mempunyai semangat
patriotisme, hormat menghormati, dan menghargai antara satu sama lain. Namun begitu,
Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan dan pentadbiran demokrasi kerana
pengaruh penjajah sebelum ini.

4.2 Kebudayaan Melayu Dari Sudut Sosial.

Bangsa Melayu sangat mementingkan agama dan kepercayaan. Semua orang


Melayu beragama Islam. Walaupun begitu, masih terdapat unsur agama Hindu dapat
dilihat dalam sistem kepercayaan bangsa Melayu. Hal ini kerana Islam masih tidak dapat
h k l h k t b t K k t M l
menghapuskan seluruh unsur kepercayan tersebut. Kepercayaan masyarakat Melayu
pada peringkat awal adalah animisme. Dalam kepercayaan ini mereka menggangap
benda-benda di sekeliling mempunyai semangat dan kuasa ghaib. Sehubungan dengan
itu, wujudlah pemujaan atau pemyembahan terhadap batu-batu, pokok-pokok, sungai-

sungai dan fenomena alam yang lain. Kuasa ghaib itu ditafsirkan sebagai hantu,
jembelang atau jin yang menjadi penunggu objek tersebut (Haron Daud, 1989: 26).

Seterusnya, masyarakat Melayu mempunyai adat istiadat tersendiri. Menurut


Norazit Selat (1993), adat merupakan satu bentuk tingkah laku dan cara manusia berfikir.
Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain (1985) pula menjelaskan bahawa adat sebenarnya
adalah sebahagian daripada kebudayaan Melayu. Terdapat banyak campuran unsur
tempatan dan pengaruh luar seperti pengaruh Hindu, Islam Dan Barat dalam adat istiadat
Melayu sekarang. Unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam adalah
dibenarkan dalam Malaysia dengan melalui “principle of co-existence”.

Selain itu, masyarakat Melayu mempunyai budaya kesenian yang indah. Menurut
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), seni didefinisikan sebagai karya sajak, lukisan,
muzik, dan sebagainya yang dicipta dengan bakat, hasil daripada sesuatu ciptaan.
Manakala kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni, keindahan dan
kehalusan.

Antara kesenian Melayu ialah seni persembahan seperti tarian, nyanyian,


persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda kepang
serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan, tenunan,
anyaman dan sebagainya. Permainan tradisional seperti gasing, wau, congkak, juga
termasuk dalam kategori seni persembahan. Kesenian Melayu yang wujud menyebabkan
masyarakat Melayu mempunyai identiti tersendiri.

4.3 Kebudayaan Melayu Dari Sudut Ekonomi.

Ekonomi merupakan satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang cara
manusia menggunakan sumber ekonomi yang terhad iaitu tanah, buruh, modal dan
usahawan bagi memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.

Dalam Malaysia, terdapat dua sistem ekonomi yang wujud di Malaysia iaitu sistem
ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Sistem ekonomi Islam mula diperkenalkan
secara menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad
(BIMB). Sekarang, sistem ekonomi yang berteraskan Islam mula mendapat perhatian
masyarakat, produk-produk kewangan seperti takaful, al-Wadiah, Mudharabah dan ar-
Rahnu telah diperkenalkan.

Budaya Melayu dari sudut ekonomi dapat dilihat daripada aktiviti yang dijalankan
oleh masyarakat Melayu di Negara ini. Orang Melayu yang tinggal di desa kebanyakan
akan menjalankan aktiviti pertanian seperti tananam padi, kelapa, kelapa sawit dan
tanaman campuran serta menangkap ikan. Bagi orang Melayu yang tinggal di bandar pula
kebanyakan bekerja dalam sektor perindustrian, perdagangan, pengangkutan dan
sebagainya.

Tegasnya, penguasaan ekonomi oleh masyarakat Melayu secara keseluruhannya


masih kurang berbanding dengan penguasaan ekonomi oleh masyarakat bukan Melayu.
Walaupun begitu, juga terdapat ramai orang Melayu telah berjaya dalam bidang
perniagaan dan menjadi ahli korporat.

5.0 Kesimpulan

Memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat Melayu mempunyai budaya


yang amat berharga. Budaya ini perlulah diamalkan oleh generasi muda agar budaya ini
dapat diwarisi secara berterusan kepada generasi yang akan datang dan terus
berkembang dengan tidak terhentinya.
RUJUKAN

Gabriel A. Almond dan Sidney Verba. (1990). Budaya Pollitik, Tingkah Laku Politik Dan
Demokrasi Di Lima Negara. Jakarta: Bumi Aksara.

Haron Daud, (1989) Sejarah Melayu Satu Kajian Daripada Aspek Pensejarahan
Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

John. J .Macionis (1987: 62). “Sociology”. New Jersey: Prentice Hall.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Koentjaraningrat (1970). Manusia Dan Kebudayaan Di Indonesia. Anem Kosong Anem:


Dambatan.

Mustafa Haji Daud, (1990). Pengantar Masyarakat Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.

Nik Safiah Haji Abdul Karim (1963). Kajian Kebudayaan Melayu. Kota Bahru: Pustaka
Dian.

Norazit Selat. (1993). Asas-asas antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain. (1985). Konsep Melayu: Adat, budaya dan bahasa.
Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara.

Suwardi Endraswara (2006:4). Metode. Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan: Ideologi,


Epistemologi, dan Aplikasi, Yogykarta: Pustaka Widyatama.

Taib Osman (1988). Kebudayaan Melayu Dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
GRAY NTLEE

VISIT PROFILE

Archive

Report Abuse
Enter your comment...

Popular posts from this blog

Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan


November 27, 2018

1.0Pengaruh Islam Dalam Karya Kesusasteraan Melayu


Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), “kesusasteraan” bermaksud hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan yang…

READ MORE

Powered by Blogger

Theme images by Veronica Olson

NTLEE

Followers
追蹤者 (0)

追蹤

Anda mungkin juga menyukai