Anda di halaman 1dari 1

Ciri-ciri falsafah aliran romantisme.

Falsafah aliran romantisme mempunyai ciri-ciri dan sifat-sifat tertentu. Antara ciri aliran
romantisme ialah aliran ini beranggapan kronologi dan metodologi pemikiran aliran ini mempunyai
keinginan yang tidak terhingga. Hal ini melibatkan aliran romantisme mempunyai keinginan yang
tinggi dalam mencari sesuatu melebihi logik akal manusia dan sentiasa berada dalam keadaan
beremosi. Seterusnya, golongan dan aliran romantisme ini juga mempunyai sudut pandangan dengan
melihat alam semulajadi sebagai sesuatu yang hidup. Mereka dapat menilai alam semulajadi sebagai
kehidupan apabila golongan ini mentaakul bahawa mereka dapat melihat dunia dalam sebutir pasir
dan syurga dalam sekuntum bunga di hutan. Disamping itu, golongan ini juga beranggapan bahawa
mereka akan membiarkan peristiwa yang berlaku dalam peristiwa drama mereka berlegar dalam masa
dan ruang yang lebih besar dan luas. Perkara ini juga berkait rapat dengan peribadi sesuatu lakonan
manusia seperti tanggapan golongan ini mengaplikasikan watak wira yang selalunya merupakan
pemberontak dan penjenayah yang boleh menentang peradaban sosial. Walhal, aliran romantisme ini
juga berpandapat bahawa golongan mereka sangat menekankan aspek kebebasan individu yang
mereka tidak cenderung kepada pembatasan dalam aspek sosial dan pemerintahan yang tidak adil.
Aliran ini juga boleh melahirkan gagasan atau idea-idea yang indah tanpa mengandungi cacat cela dan
kekurangan. Sebagai contoh pendapat mereka, jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan
dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, golongan ini menggambarkannya sehingga mampu
menitiskan air mata. Tambahan pula, falsafah ini juga mengandungi aspek yang berteraskan sensitiviti
atapun sensori yang bersifat sentimental. Hal ini kerana aliran ini mampu menonjolkan sifat dan
perasaan dengan mengetengahkan pemikiran rasional. Sifat perasaan yang emosional yang
dinyatakan menghasilkan karya-karya dan pemikiran sastera beraliran tidak berpijak dibumi yang
nyata dan tidak terlalu mementingkan aspek kebenaran. Tidak ketinggalan dalam perbahasan aliran
romantisme ini juga mengandungi seni sastera yang berbentuk produk hati dan rasa. Ianya juga hanya
melibatkan intuisi dan perasaan rahsia alam dan fenomena. Akhir sekali, ia juga mengandungi sudut
pandangan yang bersifat “omnicient point of view” iaitu pengarang serba tahu dan mereka juga
terlibat sama dengan cara memberi simpati atau initipati kepada kehidupan manusia dan
fenomenanya.

Anda mungkin juga menyukai