Anda di halaman 1dari 3

“Sifat Kebaikan dan Keburukan Individu”

Umum mengetahui bahawa manusia yang dilahirkan mempunyai pembawaan sifat sama ada baik
mahupun buruk sejak lahir lagi. Persekitaran dan pengaruh memainkan peranan penting dalam
membentuk natijah dan karenah individu sama ada beretika, bermoral atau sebaliknya. Berkaitan
dengan maklumat mengenai sifat individu, saya ingin mengetengahkan isu mengenai seorang bintang
dan artis tempatan yang lebih dikenali sebagai Mona Fandey. Seorang pelakon dan juga penyanyi
tahun 80an. Penyanyi ini juga turut dikenali dengan popularitinya kerana disebabkan budi pekerti
Mona Fandey. Namun begitu, Mona Fendy membuat keputusan untuk meninggalkan popularitinya
dan ingin fokus kepada perubatan tradisional. Hal ini telah mewujudkan beberapa isu berbangkit
mengenai Mona Fandey dimana beliau dikatakan mengamalkan ilmu hitam dalam perubatan
tradisional. Perkara ini telah menjadi buah mulut kepada masyarakat pada masa itu. Disebabkan Mona
Fandey lebih dikenali dengan budi pekertinya yang luhur. Isu ini juga terlintas dibenak fikiran ketika
saya membacanya di bebenang laman pautan twitter yang menceritakan mengenai sejarah silam
Mona Fandey yang juga dikenali sebagai Pembunuh suatu ketika dahulu.

Melalui isu diatas, perkara ini dapat dikaitkan dengan sifat dan sikap manusia yang semestinya
bergantung kepada persekitaran terutama sekali kepada siapa seseorang itu bergaul. Setiap manusia
yang dilahirkan, wujud pembawaan iaitu pembawaan kepada sifat baik dan buruk. Setiap manusia ada
sifat baik dan buruk. Sifat-sifat ini juga bersifat mutlak dan pasif jika tidak ada pengaruh atau tekanan
terhadap sifat individu. Selain itu, pembawaan untuk sifat baik dan buruk individu ini juga
dikategorikan sebagai sifat dinamik iaitu mampu berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Ianya
juga dikatakan bersifat tetap iaitu sifat dan perwatakan seseorang individu sama ada baik ataupun
buruk. Sifat dan perwatakan seseorang individu dapat dibentuk dan diukir ketika dari lahir melalui
pendidikan tarbiah diri atau pengaruh pendidikan dari luar seperti ibubapa , keluarga dan rakan-rakan.
Seseorang yang bersifat baik akan sentiasa memberikan impak postif melalui tindakannya sedangkan
seseorang yang bersifat buruk mungkin mempunyai perwatakan yang melibatkan tindakan yang
negatif. Bahkan perkara yang signifikan ialah pengalaman yang memainkan peranan penting dalam
membentuk perwatakan individu yang sepatutnya dididik sejak kecil lagi melalui suasana yang baik.
Malah jika seseorang itu mempunyai perwatakan buruk bukanlah disebabkan kesalahan atau
pembawaan dari lahir dan bukan salah diri individu. Bahkan ianya juga merupakan faktor persekitaran
yang mempengaruhi dan membentuk perwatakan diri seseorang.
Menurut cabang falsafah dari segi perspektif islam, sifat baik merupakan madah penting untuk
mendapatkan kebahagiaan. Hal ini kerana matlamat utama dan penuh kehidupan manusia adalah
memandu individu lain untuk menjadi baik bagi mencapai kebahagiaan. Selain itu, sifat buruk iaitu
manusia itu sendiri menanggung dan menderita dengan pelbagai masalah. Perbuatan dan amalan juga
dapat dikategorikan melalui perbuatan batiniah ( inward) dan lahiriah (outward self) menurut (
Muhammad Abdul Quasem 1975; 64:71). Bahkan sifat keburukan sebetulnya bukanlah khayalan
tetapi ianya wujud dalam alam nyata. Keburukan berbeza daripada kebaikan kerana ianya sifat yang
dibenci oleh manusia seperti diskriminasi, tamak dan sebagainya ( Aristotle 80; 1-27). Perkaitan yang
wujud dan boleh dikaitkan melalui isu Mona Fandey ialah sifat kebaikan dan keburukan yang ada
padanya dipengaruhi oleh individu lain atau persekitaran. Isu tersebut menunjukkan kisah kehidupan
Mona Fandey yang terlibat dalam kes pembunuhan seorang ahli politik pada tahun 1993 bersama
suami dan pembantunya. Menurut kenyataan akhbar, Mona dikatakan telah membunuh seorang ahli
politik untuk mendapatkan wang. Hal ini bagi saya harus dijadikan sempadan baik dan buruk dalam
kehidupan seseorang individu dalam menentukan perkara yang baik dan buruk.

Penyelesaian masalah bagi isu ini adalah setiap individu mempunyai pilihan sama ada ingin
melaksanakan kebaikan mahupun keburukan. Setiap manusia juga mampu untuk membezakan
perkara yang baik dan buruk. Oleh itu, setiap individu hendaklah mengetahui setiap perkara yang
menunjukkan nilai etika dan moral yang baik serta mengambil iktibar dan sempadan terhadap perkara
yang buruk. Perkara ini amat penting kerana setiap tindakan dan tingkah laku manusia terikat dengan
etika dan moral. Perbezaan diantara etika dan moral ialah etika menetapkan pelbagai sikap dan
perilaku yang ideal yang seharusnya dimiliki dan diterapkan oleh manusia ataupun perkara yang
sepatutnya dilakukan oleh manusia dan tindakan yang bernilai dalam kehidupan manusia. Moral
dapat didefinisikan sebagai satu istilah yang digunakan untuk menentukan batas-batas pada sifat
berlainan sama ada meliputi kehendak, pendapat atau perbuatan yang layak untuk dikerjakan sama
ada buruk, baik atau sebaliknya. Moralis islam juga ( Miskawayan 1966; 71-91) turut menyatakan jika
seseorang melaksanakan sesuatu secara beretika, maka natijahnya juga akan wujud sesuatu yang
bermoral untuk individu tersebut dan sebaliknya.
Rujukan dan Lampiran

https://www.researchgate.net/publication/290599129_Falsafah_Akhlak

http://ocw.utm.my/file.php/144/AKHLAK_MORAL_DAN_ETIKA.pdf

https://en.wikipedia.org/wiki/Mona_Fandey

Berikutan merupakan lampiran mengenai Mona Fandey;

Anda mungkin juga menyukai