Anda di halaman 1dari 1

Teknik mengajar karangan untuk murid GALUS.

Teknik 1
Edar contoh karangan lengkap kepada murid. Guru baca bersama murid.
Murid menyalin perenggan demi perenggan. Semak ejaan/tanda bacaan.
Edar karangan yang sama - dalam bentuk isi tempat kosong sebagai latihan.
Teknik 2
Beri gambar tunggal/bersiri. Bina ayat berdasarkan gambar. Berikan kosa
kata yang dominan dengan gambar. Murid mula mengarang. Semak
karangan dan kesan tanda baca dan ejaan.
Teknik 3
Edar karangan lengkap. Cari perkataan sukar, catat di papan hitam.
Guru/murid - sebut/baca/ulang/terangkan makna perkataan tersebut. Guru
menyebut - murid mengeja. Perbetulkan ejaan. Ambil isi karangan dalam
perenggan 1 sahaja. Tuliskan di papan hitam. Bina ayat daripada isi
karangan. Beri penekanan kepada pemerengganan dan tanda baca.
Teknik 4
Salin contoh karangan. Mengambil imlak. Latihan mengarang/banyak salah
buat semula. Baca contoh-contoh karangan. Tampal contoh karangan dalam
bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai