Anda di halaman 1dari 8

PERTANDINGAN AEROANGKASA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013 1.

0 Peraturan Umum

1.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua sekolah menengah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk sekolah menengah agama bantuan kerajaan. 1.2. Hanya DUA (2) pasukan terbaik sahaja yang terpilih dalam pertandingan peringkat daerah layak menyertai pertandingan peringkat negeri. 1.3. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang murid berumur antara 12 tahun hingga 16 tahun pada atau sebelum 31 Disember 2013 iaitu dari tingkatan 1 hingga 4 ( Perubahan ) dan seorang guru pembimbing 1.4. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori seperti berikut: i) Kategori 1 : Payung Terjun (Parachute) ii) Kategori 2 : Sasaran (Target) 1.5. Kedua-dua peserta perlu hadir pada setiap pertandingan. Pertukaran peserta tidak dibenarkan. 1.6. Semua peserta diperlukan membawa Kad Pengenalan pada kedua-dua pertandingan untuk pengesahan semasa pendaftaran. 1.7. Semua peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan berkasut semasa hari percubaan dan hari pertandingan. 1.8. Percubaan pasukan akan dibatalkan sekiranya pasukan itu masih tidak hadir apabila sampai ke gilirannya selepas 5 minit. 1.9. Setiap pasukan perlu membina sekurang-kurangnya dua buah roket botol plastik bersaiz 1.5 liter sahaja. 1.10. Struktur asal badan roket boleh diubah suai, tetapi hanya menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.(Semua jenis logam, batu, paip PVC atau bahan keras adalah tidak dibenarkan). 1.11. Pastikan struktur roket yang dipasang tidak akan menjadi halangan semasa pemasangan pada pelancar roket. (Sila rujuk lampiran komponen roket air) 1.12. Semua roket akan diletakkan di tempat yang ditetapkan dan diperiksa oleh Hakim sebelum pertandingan bermula. 1.13. Semua tenaga yang dibekalkan pada roket adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja. 1.14. Semua roket akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang dibekalkan oleh penganjur sahaja. Alatan lain yang dibawa oleh sekolah masing-masing adalah tidak dibenarkan. 1.15. Sekiranya terdapat jumlah markah yang sama bagi dua pasukan pada akhir pertandingan, maka markah sasaran akan diambilkira untuk menentukan pemenang keseluruhan. 1.16. Sekiranya salah satu pertandingan dibatalkan kerana masalah cuaca atau teknikal, maka keputusan pertandingan yang satu lagi akan diambilkira. 1.17. Sekiranya kedua-dua pertandingan pada hari itu dibatalkan, maka markah Kriteria Rekabentuk Roket , dan Soal Jawab (5 minit) akan diadakan untuk menentukan kemenangan. 1.18. Keputusan Hakim adalah muktamad. 1.19. Pihak urusetia tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru. 1.20. Pihak penganjur berhak meminda sebarang syarat dan kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan serta objektif pertandingan

2.

Syarat-syarat

2.1. Bahagian A : Payung Terjun Terbaik 2.1.1. Peserta perlu melancarkan roket yang diperbuat daripada botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter. 2.1.2. Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk lampiran komponen utama roket air) 2.1.3. Tuliskan nama sekolah pada setiap roket yang dipertandingkan. 2.1.4. Setiap pasukan akan menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, sudut pelancaran dan tekanan udara. 2.1.5. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 Psi. 2.1.6. Tempoh pemasangan dan persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit. 2.1.7. Catatan masa di udara akan diambil bermula daripada semasa roket dilancarkan sehingga i) struktur utama roket terkena permukaan bumi, atau ii) apabila roket terkena objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar, atau iii) hilang dari pemerhatian para hakim, atau iv) berada di udara melebihi 15 minit. 2.1.8. Sekiranya roket bepecah kepada dua bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal. 2.1.9. Sekiranya payung terjun gagal terbuka, percubaan tersebut dianggap gagal.

2.2. Bahagian B : Sasaran Terbaik 2.2.1. Peserta perlu melancarkan roket yang diperbuat daripada botol plastik berkarbonat 1.5 liter. 2.2.2. Tuliskan nama sekolah pada setiap roket yang dipertandingkan. 2.2.3. Jarak sasaran, iaitu jarak dari sasaran (bendera) dengan tapak pelancar, akan ditetapkan semasa hari pertandingan iaitu pada 8.00 pagi, 12 Jun 2013, sebelum bermula pertandingan Sasaran Terbaik oleh Panel Hakim melalui undian. Jarak tersebut adalah di antara 50 m hingga 100 m. 2.2.4. Setiap pasukan akan menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, sudut pelancaran dan tekanan udara.. 2.2.5. Semua roket akan dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 Psi.. 2.2.6. Tempoh pemasangan dan persediaan untuk pelancaran roket air adalah tidak melebihi 5 minit. 2.2.7. Setiap pasukan dikehendaki melancarkan sendiri model roket air yang akan jatuh di sasaran yang ditetapkan. 2.2.8. Sasaran ditandakan oleh sebatang tiang bendera setinggi 1 meter. Jarak roket air yang jatuh dalam zon sasaran akan dinilai dan markah akan ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran. 2.2.9. Markah penuh akan diberi jika roket terkena pusat sasaran atau tiang bendera. 2.2.10. Roket air yang jatuh di luar zon sasaran adalah dianggap gagal. 2.2.11. Sekiranya roket bepecah kepada dua bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal.

PERTANDINGAN AEROANGKASA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013

Kategori Payung Terjun (Parachute)


tmax = masa terbaik dari dua tavg PARACHUTE 1 PARACHUTE 2

NO. PASUKAN

tmax
KEDUDUKAN MATA 1

t1 1.
2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

t2

t3

t4

tavg

t1

t2

t3

t4

tavg

(1)

NO. PASUKAN

PARACHUTE 1

PARACHUTE 2

tmax
KEDUDUKAN MATA 1

t1 11.
12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

t2

t3

t4

tavg

t1

t2

t3

T4

tavg

Disahkan oleh, Ketua Hakim ( ) (2) PERTANDINGAN AEROANGKASA

SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013

Kategori Sasaran (Target)


SASARAN 1 SASARAN 2 S2

NO. PASUKAN
S1 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

dmax = jarak terbaik daripada S1 dan S2

KEDUDUKAN

MATA 2

(1)
SASARAN 1 SASARAN 2 dmax = jarak terbaik daripada

NO. PASUKAN
11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20.

S1 dan S2 S1 S2

KEDUDUKAN

MATA 2

Disahkan oleh, Ketua Hakim ( )

(2) PERTANDINGAN AEROANGKASA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH BATANG PADANG 2013

(MARKAH KESELURUHAN)

Payung Terjun NO 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 DAERAH NAMA SEKOLAH (MATA 1) 40 33 27 22 18 15 13 12 11 10 9 8 7 6 5 4 3 2 1 0

Sasaran (MATA 2) JUMLAH MATA KEDUDUKAN

Disahkan oleh, Ketua Hakim ( )

Anda mungkin juga menyukai