Anda di halaman 1dari 3

PROSEDUR PENGADILAN PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET

ANTARA SMT/V ZON MELAKA-NEGERI SEMBILAN TAHUN 2013

1. Bahagikan peserta kepada 2 kumpulan.


a. Kumpulan A melancarkan roket target dahulu.
b. Kumpulan B melancarkan roket parachute dahulu.
2. Benarkan peserta melancarkan roket sebanyak dua kali bagi setiap kategori
(mengikut giliran).
3. Bagi roket target :
a. Sebelum pelancaran, pastikan tekanan udara yang dimasukkan ke
dalam roket tidak melebihi 60 psi
b. Selepas pelancaran, jarak (distance) ke kedudukan target
hendaklah diukur dan direkodkan dalam borang pemarkahan.
c. Gunakan jarak terdekat antara dua ukuran sebagai data best
distance.
d. Isikan markah target dalam borang pemarkahan untuk menentukan
pemenang kategori target. (Sila semak borang pemarkahan).
4. Bagi roket parachute,
a. Sebelum pelancaran, berikan masa maksimum 5 minit untuk peserta
menyediakan roket di tapak pelancaran.
b. Pastikan tekanan udara yang dimasukkan ke dalam roket adalah 60
psi
c. Benarkan peserta melancarkan roket setelah kiraan 1,2 dan 3
d. Ukur masa roket di udara bermula dari pelancaran (setelah
kiraan 1,2 dan 3) sehingga roket:
i. mencecah bumi.
ii. bersentuhan dengan objek lain (pokok, bumbung
bangunan, dsb)
iii. hilang dari pandangan
e. Rekodkan masa di udara ke dalam borang pemarkahan.
f. Gunakan masa yang paling lama di udara sebagai data best
time.
g. Isikan markah parachute dalam borang pemarkahan untuk
menentukan pemenang kategori parachute. (Sila semak borang
pemarkahan).
5. Jumlahkan markah target dengan markah parachute (target +
parachute) untuk menentukan pemenang keseluruhan pertandingan
teknologi pelancaran roket.
6. Hakim menurunkan tandatangan di mana-mana ruang bawah borang
pemarkahan untuk mengesahkan markah dan keputusan pertandingan.

PROSEDUR PENGADILAN PERTANDINGAN SOLAR CAR DAN SOLAR BOAT


RACE
ANTARA SMT/V ZON MELAKA-NEGERI SEMBILAN TAHUN 2013

1. Labelkan model kereta dan bot peserta dengan nombor (C1, C2, C3, C11).
2. Benarkan peserta bertanding sebanyak dua kali bagi setiap peringkat
kecuali peringkat akhir.
3. Peringkat saringan :
a. 4 model akan bertanding serentak.
b. Pastikan setiap model berada di belakang garisan permulaan
sebelum perlumbaan bermula.
c. Pastikan bahagian solar panel setiap model ditutup dengan
kadbod sebelum bermula.
d. Pastikan peserta tidak menyentuh mana-mana bahagian model
sebelum perlumbaan bermula.
e. Lepaskan model untuk berlumba setelah kiraan 1, 2, 3
f. Peserta yang gagal untuk meletakkan model di belakang
garisan permulaan, gagal untuk menutup solar panel dengan
kadbod atau menyentuh mana-mana bahagian model setelah
perlumbaan bermula, perlulah dibatalkan penyertaannya
dalam perlumbaan tersebut sahaja.
g. Ukur dan rekodkan masa untuk model menamatkan
perlumbaan ke dalam borang pemarkahan.
h. Perlumbaan dikira telah tamat setelah bahagian paling hadapan
model menyentuh garisan penamat.
i. Sekiranya terdapat model yang tidak dapat menamatkan
perlumbaan dalam masa 2 minit, maka masa yang dicatatkan bagi
model tersebut adalah masa maksimum pertandingan iaitu 2 minit.
j. Masa terbaik antara dua perlumbaan digunakan sebagai data
best time dalam borang pemarkahan.
k. Hanya 8 model dengan masa terbaik layak ke peringkat seterusnya.
4. Peringkat Separuh akhir :
a. 4 model akan bertanding serentak.
b. Pastikan setiap model berada di belakang garisan permulaan
sebelum perlumbaan bermula.
c. Pastikan bahagian solar panel setiap model ditutup dengan
kadbod sebelum bermula.
d. Pastikan peserta tidak menyentuh mana-mana bahagian model
sebelum perlumbaan bermula.
e. Lepaskan model untuk berlumba setelah kiraan 1, 2, 3

f.

Peserta yang gagal untuk meletakkan model di belakang


garisan permulaan, gagal untuk menutup solar panel dengan
kadbod atau menyentuh mana-mana bahagian model setelah
perlumbaan bermula, perlulah dibatalkan penyertaannya
dalam perlumbaan tersebut sahaja.
g. Ukur dan rekodkan masa untuk model menamatkan
perlumbaan ke dalam borang pemarkahan.
h. Perlumbaan dikira telah tamat setelah bahagian paling hadapan
model menyentuh garisan penamat.
i. Sekiranya terdapat model yang tidak dapat menamatkan
perlumbaan dalam masa 2 minit, maka masa yang dicatatkan bagi
model tersebut adalah masa maksimum pertandingan iaitu 2 minit.
j. Masa terbaik antara dua perlumbaan digunakan sebagai data
best time dalam borang pemarkahan.
k. Hanya 4 model dengan masa terbaik layak ke peringkat akhir.
5. Peringkat akhir :
a. Peserta hanya berlumba sekali sahaja bagi peringkat ini.
b. 4 model akan bertanding serentak.
c. Pastikan setiap model berada di belakang garisan permulaan
sebelum perlumbaan bermula.
d. Pastikan bahagian solar panel setiap model ditutup dengan
kadbod sebelum bermula.
e. Pastikan peserta tidak menyentuh mana-mana bahagian model
sebelum perlumbaan bermula.
f. Lepaskan model untuk berlumba setelah kiraan 1, 2, 3
g. Peserta yang gagal untuk meletakkan model di belakang
garisan permulaan, gagal untuk menutup solar panel dengan
kadbod atau menyentuh mana-mana bahagian model setelah
perlumbaan bermula, perlulah dibatalkan penyertaannya
dalam perlumbaan.
h. Ukur dan rekodkan masa untuk model menamatkan perlumbaan ke
dalam borang pemarkahan.
i. Perlumbaan dikira telah tamat setelah bahagian paling hadapan model
menyentuh garisan penamat.
j. Sekiranya terdapat model yang tidak dapat menamatkan
perlumbaan dalam masa 2 minit, maka masa yang dicatatkan bagi
model tersebut adalah masa maksimum pertandingan iaitu 2 minit.
6. Hakim menurunkan tandatangan di mana-mana ruang bawah borang
pemarkahan untuk mengesahkan markah dan keputusan pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai