Anda di halaman 1dari 3

Mungkin anda merasakan Program Prauniversiti Tingkatan 6 (STPM) kurang relevan lagi pada masa kini.

Namun tahukah anda bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan dalam program Prauniversiti Tingkatan 6 di sekolahsekolah yang bersesuai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal anda membuat pilihan sama ada untuk menerima tawaran atau tidak. KELEBIHAN PROGRAM PRA-UNIVERSITI TINGKATAN 6 Antara kelebihan Program Prauniversiti Tingkatan 6 adalah seperti berikut: Sijil yang diiktiraf

Pelajar lepasan SPM tidak yakin dengan pengajian di Tingkatan Enam dan berasa khuatir jika sijil STPM tidak laku untuk digunakan. Sebenarnya kenyataan ini adalah tidak bernas kerana STPM telah diiktiraf oleh IPT tempatan. Realitinya banyak universiti di peringkat antarabangsa, terutamanya universiti di negaranegara Komanwel dan juga Amerika Syarikat serta Ireland menyamakan STPM dengan A-Level. Hal ini telah mengetepikan prejudis terhadap pengiktirafan sijil STPM. Dapat mengelakkan kejutan budaya ketika di IPT

Proses pembelajaran di Program Prauniversiti Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai self-centered learning. Melalui proses ini, pelajar didedahkan dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Apatah lagi setelah Tingkatan 6 diperkenalkan dengan sistem modular.

Sistem pentaksiran secara modular

Sistem pentaksiran STPM secara modular akan dilaksanakan mulai sesi persekolahan tingkaran enam bawah pada tahun 2012. Dalam sistem modular ini, penilaian terhadap pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap semester (ada tiga semester semuanya). Selain peperiksaan akhir berpusat pada setiap hujung semester, pelajar akan dinilai juga melalui kerja kursus yang dijalankan sepanjang pengajian. Dalam sistem ini beban bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang dan mereka mempunyai peluang yang lebih besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai pada setiap penggal adalah pada skala kecil. Antara program paling pantas ke peringkat Ijazah

Program Prauniversiti Tingkatan Enam hanya dijalankan selama setahun setengah (termasuk cuti persekolahan) yang meliputi 2 peringkat iaitu setengah tahun yang pertama dikenali sebagai Tingkatan Enam Bawah dan tahun kedua dikenali sebagai Tingkatan Enam Atas. Setelah itu, pelajar yang berkelayakan boleh menyambung pembelajaran terus ke peringkat ijazah. Berbanding program Diploma yang menuntut pelajar melengkapkan 5 semester (3 tahun) sebelum ke peringkat ijazah.

KELEBIHAN MENYERTAI PROGRAM PRAUNIVERSITI TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TUANKU JAAFAR (STTJ) Antara kelebihan menyertai program Prauniversiti Tingkatan 6 di STTJ adalah seperti berikut: Menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang memerlukan. Kemudahan asrama pelajar Program Prauniversiti di STTJ agak berbeza dari kemudahan asrama murid dalam aliran perdana (tingkatan 4 dan 5). Perbezaan ini antaranya adalah dari segi: Bilik yang berasingan dari murid aliran perdana. Pengecualian menghadiri kelas Prep. Kemudahan outing mengikut keperluan pelajar. Berstatus pembantu warden. Kemudahan parkir di dalam kawasan sekolah. Bagi pelajar Program Prauniversiti yang menggunakan kenderaan sendiri untuk hadir ke sekolah, kemudahan parkir di dalam kawasan sekolah disediakan bagi menjamin keselamatan kenderaan pelajar. Kelonggaran syarat dalam penggunaan kemudahan peralatan ICT. Memandangkan penggunaan ICT dalam proses pembelajaran di program Prauniversiti adalah tinggi, maka pelajar dibenarkan untuk membawa dan menggunakan komputer riba sendiri di STTJ. Disamping itu pelajar juga boleh mengakses makmal komputer pada bila-bila masa sewaktu sesi persekolahan. Bilik kuliah yang dilengkapi penghawa dingin. Bilik kuliah bagi program Prauniversiti di STTJ dilengkapi dengan alat penghawa dingin bagi menyediakan proses pembelajaran yang kondusif untuk pelajar. Disamping itu bilik kuliah tersebut adalah berasingan dari murid aliran perdana Waktu pembelajaran dan rehat yang berbeza. Bagi mengelakkan suasana yang kurang selesa kepada pelajar program Prauniversiti di STTJ, waktu pembelajaran dan rehat pelajar adalah berbeza dari murid di aliran perdana.

Tenaga pengajar yang berpengalaman luas. Program Prauniversiti di STTJ mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman luas dalam teknik-teknik pembelajaran di IPT samada dalam atau luar negara. Oleh itu, tenaga-tenaga pengajar ini dapat memberi bimbingan sepenuhnya kepada pelajar bagi menyesuaikan diri di IPT kelak. STTJ merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Sebagai sebuah sekolah kluster kecemerlangan, STTJ mampu menyediakan program-program kokurikulum yang bertaraf kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar program Prauniversiti di STTJ juga berpeluang melibatkan diri dengan program-program ini bagi menjamin pencapaian yang tinggi dalam pemarkahan kokurikulum, yang mana merupakan salah satu kriteria penting untuk kemasukan ke IPT.

BAGAIMANA DAPAT SAYA MENYERTAI PROGRAM PRAUNIVERSITI DI STTJ? Jawapannya: 1.

Anda mungkin juga menyukai