Anda di halaman 1dari 5

Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket 2012

1.0 Pengenalan
Teknologi pelancaran roket merupakan terjemahan penggunaan dan aplikasi bidang sains
angkasa kepada masyarakat. Pelancaran sesuatu objek seperti kapal angkasa melibatkan
pemahaman hukum-hukum alam yang menjelaskan pergerakkan objek itu. Sehingga hari
ini, hukum-hukum ini masih menjadi asas dan pegangan kepada setiap program pelancaran
roket. Konsep dan teori inilah yang digunakan dalam Pertandingan Teknologi Pelancaran
Roket (PTPR).
Dalam pertandingan ini, para pelajar dikehendaki mencipta roket air yang sempurna
dengan berasaskan botol minuman berkarbonat 1.5 liter dan kombinasi tekanan air dan
udara sahaja agar ia dapat memininumkan daya geseran dengan gaya kreativiti yang
tinggi. Seterusnya roket air itu akan dilancarkan ke udara dengan menggunakan alat
pelancar roket air. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan
diadaptasi terlebih dahulu oleh pelajar sebelum menghasilkan roket air.Pertandingan ini
terbuka kepada semua pelajar SMK Dato Usman Awang .

1.1 Objektif
Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket diadakan bertujuan untuk mencapai objektifobjektif seperti berikut: Menanam minat, meningkatkan kefahaman, kemahiran dan pengetahuan komuniti pelajar
dalam bidang sains dan teknologi angkasa.
Membudayakan pelajar dengan pemikiran kreatif dan inovatif.
Memberi landasan untuk mengaplikasikan teori dan konsep yang dipelajari dengan satu
aktiviti teknikal yang boleh membantu meningkatkan fahaman mereka; dan
Menjadikan bidang sains angkasa sesuatu yang mencabar dan menyeronokkan.

1.2 Penganjur Origanisasi


Penganjur dan urusetia penyeliaan program Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket
Peringkat SMK Dato Usman Awang:Penganjur
: Jabatan Sains dan Matematik, SMK Dato Usman Awang

2.0 Plan Perlaksanaan


2.1 Struktur Program
Pertandingan peringkat sekolah berlangsung di padang SMK Dato Usman Awang. Golongan
sasaran terdiri daripada semua pelajar SMK Dato Usman Awang yang berminat.
Pertandingan terbahagi kepada dua (2) kategori penting seperti di bawah. Bagi setiap
kategori pertandingan, setiap pasukan dikehendaki membina model roket masing-masing
dalam Sesi Pembinaan Roket Air (Water Rocket Making Session).
Kategori 1- Sasaran Terbaik (Best Target)
Setiap pasukan akan diberi dua (2) kali percubaan sahaja untuk melancarkan roket air
masing-masing ke sasaran. Jarak dari kedudukan di mana roket air mencecah
permukaan Bumi ke Bulls Eye akan diukur. Hanya sasaran terbaik akan diambilkira
matanya bagi menentukan pasukan yang layak dianugerahkan Kategori Sasaran
terbaik.

Kategori 2 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)


1

Setiap pasukan akan diberi dua (2) kali percubaan sahaja untuk melancarkan roket air
masing-masing ke udara sehingga payung terjun terbuka dengan jayanya. Masa akan
mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya jatuh ke atas permukaan
Bumi. Hanya payung terjun yang dapat terbang lama di udara akan diambilkira
matanya bagi menentukan pasukan yang layak dianugerahkan Kategori Payung Terjun
Terbaik.

LAMPIRAN A
PERATURAN UMUM DAN SYARAT-SYARAT
PERTANDINGAN TEKNOLOGI PELANCARAN ROKET 2012
PERINGKAT SEKOLAH
A. PERATURAN UMUM
1.

Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMK Dato Usman Awang.

2.

Setiap pasukan terdiri daripada dua (2) orang pelajar sahaja.

3. Yuran penyertaan ialah RM1.00 bagi setiap individu. Maka serahan yuran
penyertaan bagi satu kumpulan ialah RM2.00
4.

Pertandingan ini terbahagi kepada dua(2) kategori seperti berikut:


Kateogri 1 - Sasaran Terbaik (Best Target);
Kategori 2 - Payung Terjun Terbaik (Best Parachute); dan

5.

Model roket perlu siap bina sebelum pertandingan.

6.

Setiap pasukan perlu kreatif dalam rekaan kon muncung dan sirip roket air dengan hanya
menggunakan bahan yang berasaskan plastik dan bahan lembut sahaja.

7.

Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara
sahaja.

8.

Semua model roket air akan dilancarkan dengan menggunakan pelancar yang disediakan
oleh pihak penganjur sahaja.

9.

Semua model roket air yang dibina adalah hak milik pihak penganjur.

10. Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa
tanpa notis awal.
11. Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan.

B. SYARAT-SYARAT
Kateogri 1 - Sasaran Terbaik (Best Target)
1.

Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air dan mengena sasaran untuk
memperolehi markah maksimum.

2.

Jarak sasaran, x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100m. Bagaimanapun, panel hakim
pada hari pertandingan berhak menentukan jarak baru di antara 50m dan 100m.

3.

Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh di sasaran, setiap pasukan perlu
menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut
roket.

4.

Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.
2

5.

Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.

6. Jarak roket air yang jatuh dalam zon-zon sasaran akan diambil dan markah akan
ditentukan berdasarkan jarak terdekat roket air dari sasaran (bulls-eye).
7. Sekiranya roket air berpecah kepada dua (2) bahagian selepas pelancaran, percubaan
tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan) dan hanya satu (1) percubaan
lagi dibenarkan.
8.

Gambarajah berikut menunjukkan rekabentuk tapak pelancaran, zon-zon sasaran dan


markah bagi setiap zon:
7m
9m

50 m -100
m

II

V
III IV

Tapak
Pelancar

5m
3m
1m

Petunjuk:
Zon I :
100
mata
Zon
: 80 mata
II

Zon
III
Zon
IV

:
60
mata
:
40
mata

Zon
V

:
20
mata

Kategori 2

- Payung Terjun Terbaik (Best Parachute)


1.

Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang dilengkapi payung terjun
dan catatan masa roket di udara akan diambil.

2.

Payung terjun mestilah diletakkan di bahagian atas komponen utama roket air. Sila rujuk
Perkara D Komponen Utama Roket Air.

3.

Komponen utama roket air harus jatuh bersama payung terjun ke permukaan Bumi.

4.

Setiap pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol dan
tekanan udara.

5.

Semua roket air hanya dilancarkan pada tekanan tidak melebihi 60 psi.

6.

Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat dua (2) kali pelancaran sahaja.
3

7.

Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:

i.

Jatuh ke permukaan Bumi; atau

ii.

Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan atau pagar; atau

iii.

Hilang dari pemerhatian para hakim; atau

iv.

Terbang di udara selama 15 minit*.

C. SENARAI KEPERLUAN
1.

Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan elemen utama pembinaan sebuah
model roket air.

2. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan bilangan botol plastik kosong minuman


berkarbonat 1.5 liter yang mencukupi.
3.

Berikut disenaraikan bahan dan peralatan tambahan yang boleh digunakan dalam
pembinaan roket.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
xvi.

Pensil
Marker pen
Pembaris
Gunting
Pen-knife
Plastisin
Surat khabar
Gelang getah
Benang
Pita pelekat dan Masking Tape
Kertas putih (A4) dan Kertas graf (A4)
Plastik sampah (jenis nipis)
Kertas plastik tebal
Mounting Board
Kertas balut buku tebal
One hole punch

D.KOMPONEN UTAMA ROKET AIR

Anda mungkin juga menyukai