Anda di halaman 1dari 3

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR SEMPENA

JERANTUT JAYA YOUNG STEMist CARNIVAL 2023


ANJURAN PANITIA SAINS SK JERANTUT JAYA

1.0 PENGENALAN
1.1 Pertandingan melibatkan 1 kategori sahaja iaitu Sasaran (target)
1.2 Penyertaan adalah terbuka kepada sekolah-sekolah negeri pahang yang
dijemput

2.0 KELAYAKAN DAN SYARAT PERTANDINGAN


2.1 Pertandingan adalah secara berpasukan.
2.2 Setiap pasukan terdiri daripada 3 peserta iaitu:
2.2.1 Pelepas – bertanggungjawab melepaskan roket dari pelancar.
2.2.2 Penyukat – bertanggungjawab mengisi air dan menentukan sukatan air
untuk roket.
2.2.3 Pemandu Arah – bertanggungjawab menentukan arah sasaran roket.
2.3 Penyertaan ahli pasukan hendaklah dari sekolah yang sama.

3.0 KAEDAH PERTANDINGAN


3.1 Peserta dinasihatkan memakai pakaian yang bersesuaian dengan
pertandingan.
3.2 Semua bahan binaan roket air adalah dari bahan yang telah dinyatakan sahaja.
(rujuk lampiran)
3.3 Pembinaan roket hendaklah dilakukan di sekolah terlebih dahulu bersama guru
masing-masing.
3.4 Bahan pembaikan roket yang rosak adalah dari pasukan/sekolah sendiri.
3.5 Pihak penganjur akan menyediakan pelancar roket asas. (rujuk lampiran
untuk spesifikasi dan contoh)
3.6 Penganjur akan menyediakan bekalan air untuk roket
3.7 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk pada perubahan
semasa tanpa notis awal.

4.0 PELANCARAN ROKET SASARAN


4.1 Setiap pasukan dikehendaki melancarkan model roket air yang akan jatuh pada
sasaran yang ditetapkan oleh teknikal pertandingan.
4.2 Untuk memastikan roket air yang dilancarkan jatuh pada sasaran, setiap
pasukan perlu menentukan sendiri parameter seperti paras air botol, tekanan
udara dan sudut roket.
4.3 Tekanan udara adalah ditentukan oleh pasukan bertanding itu sendiri.
4.4 Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat tiga (3) kali pelancaran sahaja. Tempoh
pemasangan (setup), persediaan dan pelancaran roket air adalah senggang masa
antara giliran pelancaran pasukan.
4.5 Kedudukan roket semasa mendarat akan dinilai apabila roket berhenti
bergerak
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR SEMPENA
JERANTUT JAYA YOUNG STEMist CARNIVAL 2023
ANJURAN PANITIA SAINS SK JERANTUT JAYA

4.6 Roket air yang jatuh diluar zon sasaran adalah dianggap GAGAL.
4.7 Markah antara 3 kali pelancaran akan dijumlahkan sebagai markah akhir
4.8 Sekiranya roket air mengalami kerosakan, Peserta perlu memperbaiki roket
tersebut. Tidak dibenarkan menggunakan roket lain.

Gambarajah berikut menunjukkan cadangan plan tapak pelancaran dan zon sasaran.

5.0 SPESIFIKASI ROKET AIR


5.1 Model roket air dibina menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.0L – 1.5 L
5.2 Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan
udara sahaja.

SILA RUJUK LAMPIRAN UNTUK CONTOH PELANCAR, ROKET AIR, ZON SASARAN DAN BORANG
PEMARKAHAN
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN ROKET AIR SEMPENA
JERANTUT JAYA YOUNG STEMist CARNIVAL 2023
ANJURAN PANITIA SAINS SK JERANTUT JAYA

Lampiran

Bahan-bahan yang dibenarkan untuk membina model roket air.

Bil Bahan
01 Botol minuman berkarbonat 1.0 L atau 1.25 L atau 1.5 L (badan roket)
02 Clear binding cover A4 ( membentuk kon –muncung roket)
03 Plastisin (Pemberat / mekanisma CoG –Center of Gravity)- jika berkenaan
04 Straw board / Corrugated board/foam/plastik ( membentuk sirip roket)
05 Cellulose tape
06 Binding tape
07 Masking tape
08 Double-sided tape
09 Kertas warna
10 Kertas putih
11 Gam (sebarang jenis gam boleh digunakan)
12 Bahan kitar semula yang sesuai
13 PLA/ABS dari pen 3D dan Printer 3D

Nota: Penggunaan bahan yang tidak mengikut ketetapan diatas boleh dibatalkan penyertaan mengikut
budi bicara tenikal pertandingan.

Contoh gambarajah model roket air.

Anda mungkin juga menyukai