Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KONSEP

BRIDGE BUILDING COMPETITION SEKOLAH RENDAH


PERINGKAT DAERAH (KARNIVAL STEM)

1.0 PENGENALAN

1.1 Bridge Building Competition adalah pertandingan anjuran Majlis Guru Besar
SJKT Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama Sektor Pembelajaran Pejabat
Pendidikan Daerah Kuala Selangor. Pertandingan ini merupakan platform dalam
mengetengahkan serta mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan
kepada murid- murid sekolah rendah tentang ilmu reka bentuk, teori-teori dalam
kejuruteraan fizik (konsep asas pembinaan) dan memupuk minat murid dalam mata
pelajaran sains serta reka bentuk dan teknologi.

1.2 Bridge Building Competition juga bertujuan menggalakkan kreativiti serta


percambahan minda dalam menghasilkan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Kemahiran yang dapat dikembangkan melalui pertandingan ini
meliputi penyelesaian masalah, membuat penyelidikan, kreativiti, analisis kritis,
kerja berpasukan, komunikasi, dan literasi digital.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik darjah
dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

2.2 Untuk meningkatkan kemahiran praktikal murid dan mendorong kreativiti dalam
menghasilkan projek binaan.

2.3 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik konsep binaan
mengikut kaedah dan prosedur yang betul.

2.4 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains dan Rekabentuk & Teknologi
(RBT) berunsurkan STEM.

2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.6 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum


dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

2.7 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam


proses pembangunan projek.
3.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah rendah.

3.2 Pertandingan ini terbuka kepada murid tahun 4, 5 dan 6 atau


gabungan tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2023.

3.3 Satu pasukan yang terdiri daripada dua orang murid dan seorang (1)
guru mentor (pembimbing).

3.4 Ahli pasukan mestilah dari sekolah yang sama. Pertukaran ahli selepas
pendaftaran tidak dibenarkan.

4.0 Format Pertandingan

4.1 Peserta perlu membina satu jambatan dengan menggunakan bahan di Lampiran
B dan mengikut spesifikasi Lampiran A. (Contoh Reka Bentuk Jambatan)

4.2 Alat dan bahan perlu dibawa oleh peserta seperti yang disenaraikan dalam
Lampiran B.

4.3 Peserta diberi masa 2 jam untuk menyiapkan untuk membina model jambatan
mengikut spesifikasi yang dibenarkan.

4.4 Peserta akan menguji daya ketahanan jambatan tersebut dengan menggunakan
botol berisi air minuman (drinking water) 1.5 liter sebagai pemberat
sehingga jambatan runtuh. Peserta boleh merujuk prosedur pengujian
jambatan yang ditetapkan oleh pihak penganjur seperti di Lampiran C.

5.0 KRITERIA PENILAIAN

5.1 Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria berikut (fokus penilaian :


rujuk rubrik yang disediakan):

5.2 Rekabentuk Jambatan - 30 markah

5.2.1 Persembahan dan Pembentangan Projek ( Appearance Of Project) – 10


markah
5.2.2 Kerja Kumpulan ( Team Work ) – 10 markah
5.2.3 Kekemasan Bahan Projek ( Materials) - 10 markah

5.3 Ujian Daya Ketahanan Jambatan - 70 markah.


6.0 PROSES PENJURIAN

6.1 Semua urusan penilaian Bridge Building Competition akan


dilaksanakan oleh guru – guru yang terpilih.

6.2 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan


rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan
dilayan.

6.3 Pembentangan

6.3.1 Penerangan berkaitan bahan / peralatan serta


spesifikasi yang digunakan, kelebihan / kekuatan
jambatan dan perkara-perkara yang berkaitan projek
sahaja.

6.3.2 Peserta akan diberi masa tiga (3) minit untuk membuat
pembentangan tentang rekaan model jambatan yang
telah dihasilkan di hadapan hakim

6.4 Pengujian

6.4.1 Menguji ketahanan jambatan menggunakan BOTOL


BERISI AIR PENUH 1.5 liter sebagai pemberat.
Botol yang tidak memenuhi syarat 1.5 tidak
dibenarkan.

6.4.2 Pengujian akan dimulakan dengan dua botol air


yang berisi air. Bahagian atas botol mesti diikat
ketat dengan tali bagi mengelakkan ia terjatuh.
Tambahan pemberat 2 botol berisi air 1.5 liter
perlu ditambah selepas sepuluh (10) saat.

6.4.3 Masa pengujian akan diambil oleh hakim.


Peserta perlu menambahkan botol air selepas
Mendapat syarat daripada hakim. Ujian
dilakukan sehingga jambatan runtuh.

6.4.4 Pemenang ditentukan dengan bilangan pemberat


yang paling banyak ditampung oleh jambatan
Ujian Daya Ketahanan Jambatan (70%) serta
markah kategori Rekabentuk Jambatan (30%)
yang akan dicampur menjadi markah penuh 100.
7.0 PROSEDUR PENDAFTARAN DAN PENYERTAAN

7.1 Semua urusan pendaftaran dan penyertaan mesti dibuat


melalui borang pendaftaran secara dalam talian.

7.2 Semua butiran dalam borang pendaftaran dalam talian mesti


diisi dengan lengkap dan betul.

7.3 Pengelola berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang


tidak lengkap atau lewat.

8.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

BIL PERKARA CATATAN

1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian

2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian

3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian

4. Tempat ke-4 hingga seterusnya Sijil Penyertaan


LAMPIRAN A

1. Spesifikasi Pembinaan Jambatan

SPESIFIKASI PEMBINAAN JAMBATAN

1. Panjang : 40cm - 45cm Lebar : 5cm-12cm Tinggi : <40cm


2. Ruang tengah diatas jambatan dikosongkan 4 - 5 cm (lebar) dan 4 - 5 cm (tinggi) untuk
diletakkan ‘plate’ besi pengujian.
3. Tapak hanya selapis SAHAJA dan dikukuhkan hanya dengan tulang pengikat (support).
4. Batang aiskrim dibenarkan untuk dipotong atau dibelah mengikut kesesuaian binaan
peserta.
5. Setiap batang aiskrim tidak boleh dilekatkan lebih daripada 50% pada batang aiskrim
yang lain.

TIDAK DIBENARKAN Contoh 1 Pandangan sisi

Batang aiskrim dilekatkan lebih 50% Dilekatkan 100% dengan batang aiskrim
dengan batang aiskrim yang lain. yang lain.

TIDAK DIBENARKAN
7. Tapak base hendaklah disusun dengan maksimum 7 batang aiskrim dan 7 batang
aiskrim sahaja untuk tulang pengikat (support) seperti rajah 1.

RAJAH 1

2. Pandangan Sisi

1. Model jambatan yang dibina TIDAK DIBENARKAN mempunyai tiang di bahagian bawah
tapak.

2. Ruang tengah disepanjang model jambatan dikosongkan dan boleh dilalui oleh batang
paip berdiameter 4 atau 5cm seperti di rajah 2.

RAJAH 2
LAMPIRAN B

2. Bahan / Peralatan yang perlu dibawa

BIL PERALATAN

1 Gam perekat panas (Hot Glue)

2 Gunting

3 Pembaris

4 Pensel / pen

5 Marker pen

6 Playar pemotong

7 Kertas pasir

8 Pelapik pemotong (Cutting mat) - bersesuaian

9 Sarung tangan - bersesuaian

10 Kertas Manila / Kertas (kosong tanpa sebarang lakaran)

11 100 batang aiskrim yahg tidak berwarna berukuran 114 x 10 x 2 mm


LAMPIRAN C

3. Pengujian Jambatan : 2 botol air minuman 1.5 liter sebagai pemberat

Tinggi meja
1.5 meter

Anda mungkin juga menyukai