Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN EXPLORACE
SEMPENA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK
SMK DATO USMAN AWANG, JOHOR BAHRU

1.0

PENGENALAN
Pertandingan explorace ini merupakan salah satu proses pengajaran dan pembelajaran

secara berkelompok yang dapat di jalankan di luar kelas. Ini kerana teknik bermain sambil
belajar merupakan aktiviti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.
Dengan mengamalkan konsep belajar sambil bermain ianya dapat membantu murid-murid untuk
mengembang dan mengaplikasikan pengetahuan pengalaman yang diperolehi semasa di dalam
kelas.
Di samping itu, pertandingan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan
pengalaman berharga kepada guru pelatih untuk mengendalikan pertandingan dengan daya
usaha dan kerjasama yang baik. Pengurusan dan pentadbiran pertandingan telah diberi tunjuk
ajar dan bimbingan oleh guru pembimbing yang memberikan pendedahan secara praktikal yang
berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui pertandingan ini juga, guru pembimbing berpeluang
menilai sejauh mana keberkesanan pelatih dapat menguasai kemahiran dengan mentadbir dan
menyelaras sesuatu program.

2.0

RASIONAL
Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam menyediakan para

murid yang benar-benar proaktif dalam pendidikan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan
murid-murid yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, aktiviti explorace ini
dilihat mampu menjana jiwa murid yang proaktif dan bersedia untuk menghadapi sesuatu
cabaran dan menyelesaikan masalah.
Berdasarkan kepada keperluan inilah, kami berusaha menyediakan satu aktiviti
explorace yang diharap dapat merealisasikan kemantapan intelek dan jasmani seterusnya
melahirkan murid-murid yang berketrampilan, sihat dan unggul.
3.0

OBJEKTIF
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

4.0

Dapat mengembangkan tahap kecergasan intelek dan dan fizikal murid-murid.


Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman murid-murid.
Membantu mengurangkan tekanan emosi murid-murid belajar di dalam kelas.
Meningkatkan tahap komunikasi dan sosial di kalangan murid-murid.
Membantu membentuk peribadi unggul murid-murid.

BUTIRAN PROJEK
4.1

Nama Projek

: Pertandingan Explorace

4.2

Penganjur

: Panitia Sains dan Matematik

4.3

Tarikh

: 17 April 2013

4.4

Tempat

: Sekitae kawasan SMK Dato Usman Awang

4.5

Penyertaan

: Terbuka (Tingkatan 1 hingga 5)

5.0

KUMPULAN SASARAN

Aktiviti ini mensasarkan kepada semua murid-murid Tingkatan 1,2,3,4 dan 5 yang
berminat.
6.0

TENTATIF PROGRAM

TARIKH

: 17 APRIL 2013

TEMPAT

: SEKITAR KAWASAN SEKOLAH, SMK DATO USMAN AWANG, JOHOR

01.10 petang

: Murid- murid berkumpul di tapak perhimpunan

01.30 petang

: Taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan

01.45 petang

: Pertandingan bermula :

Checkpoin
t
1
2
3
4
5
6
7
8

7.0

Nama Aktiviti Sains/ Matematik

Tempat

Identify Leaves
Metal and Non Metal
Mathematical Thinking
Critical Thinking
Water in the bottle
Matchstick Challenge
Relax Station
Egg Drop Challenge

Taman Herba Sains


Sekitar sekolah
Pondok sekitar kantin
Pentas, Dataran Kejat
Dataran sebelah kantin
Foyer Blok B
Foyer Blok C
Foyer Blok D

03.30 petang

: Pertandingan berakhir dan pengumpulan

04.00 petang

: Pembersihan tempat

04.15 petang

: Majlis bersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN
a)
i.

Hadiah Peserta
Pertandingan Explorace (Trofi dan Sijil)
a Johan x 3

: RM 15.00

Naib Johan x 3

: RM 15.00

Tempat Ketiga x 3

: RM 15.00
3

JUMLAH KESELURUHAN
8.0

: RM 45.00

PERALATAN DAN KEMUDAHAN

Senarai peralatan yang diperlukan untuk program adalah seperti berikut:


BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6
7
9.0

SENARAI ITEM
Kertas Surat Khabar
Telur
Straw
Botol mineral 500 ml
Pita selofan
Sampul surat
Beg plastik

KUANTITI
8 naskah
12 biji
15 batang x 12 = 130 batang
12 botol
12 gelung
8 x 12 = 96 keping
12 helai

SENARAI NAMA JAWATANKUASA


Pengerusi:
Pn Woo Sow Pheng
(Pengetua)
Timbalan Pengerusi :
Pn Hjh Madiah Binti Jaafar
(Guru Penolong Kanan 1)
Naib Pengerusi :
Pn Teoh Wooi Hung
(GKMP Sains dan Matematik)
Penyelaras Program:
Pn Norlita Binti Ab Rani
Ahli Jawatankuasa:
Pn Nur Faizah Binti Zainal Abiden
Cik Raja Shahrina Binti Raja Abdul Rashid
Ahli Kelab Sains dan Matematik

10.0

PENUTUP

Diharapkan agar program ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid-murid SMK
Dato Usman Awang di samping memperolehi maklumat serta pengalaman yang diperolehi
melalui program ini. Semoga harapan kita untuk melahirkan murid-murid yang berketrampilan
dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Disediakan oleh,

(Nur Faizah Zainal Abiden )


4

Anda mungkin juga menyukai