Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA SEMINAR PEMBENTANGAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

ANJURAN : PISMP SAINS SOSIAL AMBILAN JANUARI 2010 DENGAN KERJASAMA : JABATAN SAINS SOSIAL IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH DAN HARI: 24 APRIL 2013 (RABU)

TEMPAT: TEMPAT : DEWAN IDRIS AL MARBAWI

1.0

TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak yang berkenaan bagi:

1.1

Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan untuk menjalankan Seminar Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan PISMP Sains Sosial Ambilan Januari 2010.

1.2

Memohon pertimbangan, sokongan dan kelulusan untuk mendapatkan kebenaran dan memohon peruntukan serta menggunakan segala kemudahan IPG Kampus Pendidikan Islam (sepertimana yang dibenarkan) agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan berkesan.

2.0

PENGENALAN

Kajian Tindakan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) merupakan subjek major untuk setiap Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh Malaysia. Kajian Tindakan PISMP adalah satu subjek yang memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mendalami dan memahami bidang kajian dalam pendidikan. Sebagai seorang guru, kajian tindakan merupakan satu alternatif untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran seterusnya mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan ke atas pembelajaran murid di sekolah. Seminar Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan ini merupakan medium untuk para pelajar berkongsi dapatan kajian masing-masing yang dijalankan sepanjang menjalani latihan praktikum di sekolah masing-masing. Dapatan kajian yang dikumpul boleh dijadikan sebagai panduan kepada para pelajar yang lain apabila bergelar guru sebenar kelak dalam memantapkan profesionalisme keguruan di mata dunia.

3.0

MATLAMAT

Melahirkan guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya tahan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

4.0

OBJEKTIF 1. Memenuhi sukatan pelajaran untuk subjek Kajian Tindakan 1. 2. Berkongsi dapatan dan maklumat hasil daripada kajian yang dijalankan. 3. Membentangkan kertas cadangan kajian untuk tujuan penilaian dan penambahbaikan. 4. Melahirkan bakal guru yang sentiasa berusaha membuat penambahbaikan dalam P&P melalui kajian yang dijalankan. 5. Meningkatkan mutu dan pengetahuan pelajar mengenai kajian tindakan. 6. Menambahkan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai kajian tindakan

5.0

MAKLUMAT PROGRAM Tarikh/Hari Masa Tempat : 24 April 2013 (Rabu) : 8.00 pagi hingga 5.00 petang : Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Selangor

6.0

SASARAN DAN PENYERTAAN Pelatih dari unit PISMP Sains Sosial Ambilan Januari 2010 (Senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 1)

7.0

JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK

Penaung

Tuan Hj. Osman b. Hussain Pengarah IPG Kampus Pendidikan Islam

Penasihat

En. Arba Bin Kassim Ketua Jabatan Sains Sosial, IPG Kampus Pendidikan Islam

Penyelaras

Puan Warti Binti Kimi Penyelaras Kajian Tindakan IPG Kampus Pendidikan Islam

Pengarah Program Syuhada Binti Mohd Tajuddin PISMP 7.05 (Sains Sosial)

Setiausaha

Siti Nabila Binti Ismail PISMP 7.05 (Sains Sosial)

Naib Setiausaha

Khairun Nisak Binti Samsudin PISMP 7.05 (Sains Sosial)

JAWATANKUASA PELAKSANA

JAWATANKUASA PROTOKOL & SAMBUTAN a) b) c) d) Muhammad Azli Bin Mustapa Nor Atina Binti Mohd Nasir Isma Hazwani Binti Ismail Nik Hazwani Binti Nik Mat

JAWATANKUASA PERSIAPAN TEMPAT & PERALATAN a) b) c) d) Muhammad Hafiy Farhan Bin Hassim Muhammad Hadi Bin Mazalam Nor Julia Binti Shafie Wan Nor Amira Binti Wan Darus

JAWATANKUASA SIJIL & CENDERAMATA a) b) c) d) Muhammad Nazirul Zaqwan Bin Md. Azman Nurmaisyarah Binti Mohd Tahir Sharifah Nurhayati Binti Syed Agil Zainureen Binti Abd. Samad

JAWATANKUASA SERANTA & FOTOGRAFI a) b) c) Muhammad Akmal Bin Ahmad Mohammad Idzwan Farees Bin Mohd Mohi Nur Izzati Binti Mat Zin

JAWATANKUASA PUBLISITI a) b) c) d) Muhammad Najib Bin Mohd Jamil Nur Hafizah Binti Abdul Hamid Nurul Atikah Binti Kamaludin Annisa Ulhusna Binti Hamden

MAKANAN a) b) c) d) Mohamad Fakrul Amin Bin Mamat Wan Nazreen Bin Osman Noor Farah Izzati Binti Aris Yuhanis Binti Osman

8.0

SENARAI TUGAS DAN PERANAN AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA TERTINGGI PERANAN Pengarah Program TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Menyelaraskan segala gerak kerja dan arahan yang dikeluarkan Memastikan setiap gerak kerja dan aktiviti yang dilakukan mendapat penglibatan dari semua ahli Membuat mesyuarat ahli jawatankuasa sekiranya perlu untuk membincangkan segala keputusan Bertindak mengawal perjalanan program Mengeluarkan arahan untuk menentukan perjalanan program. Mempunyai mandat penuh dalam pengelolaan program.

Setiausaha

Membuat laporan Menyelaraskan surat-surat yang dikeluarkan sepanjang program Memastikan setiap ahli terlibat dalam aktiviti program Membuat perancangan aktiviti-aktiviti tertentu (memastikan setiap unit beroperasi dengan lancar) Mengenalpasti AJK unit untuk tujuan senarai semak

Timbalan Setiausaha

Membantu setiausaha melaksanakan tugas-tugasnya. Menghubungi pihak atau individu tertentu yang berkaitan

AHLI JAWATANKUASA KECIL PERANAN AJK Peralatan dan Persiapan Tempat AJK Makanan TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB Memastikan peralatan yang diperlukan mencukupi Membuat tempahan barang, dewan dan lain-lain Termasuk barang yang diperlukan pada mana-mana aktiviti

Menguruskan segala hal mengenai makanan peserta, pensyarah, VIP dan semua yang terlibat dalam program

AJK Seranta dan Fotografi

Mengambil gambar-gambar penting semasa program berlangsung Menyediakan tayangan slide semasa sesi pembentangan Memastikan semua hal-hal berkaitan audio berfungsi dengan baik

AJK Protokol dan Sambutan

Menentukan perjalanan program teratur Memastikan majlis rasmi terkawal Mengesahkan penyertaan Sebaran am Bertindak sebagai urusetia program

AJK Sijil dan Cenderamata

Menyediakan sijil dan cenderamata kepada pelajar, pensyarah dan VIP Mengedarkan sijil-sijil kepada semua yang terlibat

AJK Publisiti

Membuat pamphlet, bunting dan kertas edaran berkaitan hebahan program

9.0

TENTATIF SEMINAR

TARIKH : 24 APRIL 2013 (RABU)

MASA 7.30 pagi 8.00 pagi

AKTIVITI

CATATAN

Pendaftaran peserta seminar Ketibaan dan pendaftaran pensyarah

Semua

8.00 pagi 10.00 pagi

Slot 1 : Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

9 orang pembentang

10.00 pagi 10.30 pagi

Rehat dan minum pagi

Semua

10.30 pagi 12.30 tengahari

Slot 2 : Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

9 orang pembentang

12.30 tengahari 2.30 petang

Rehat, Makan Tengahari, Solat

Semua

2.30 petang 4.30 petang

Slot 3 : Pembentangan Kertas Cadangan Kajian Tindakan

8 orang pembentang

4.30 petang 5.00 petang

Bersurai

Semua

10.0 ANGGARAN BELANJAWAN

BIL.

ITEM

KUANTITI

HARGA SEUNIT (RM )

JUMLAH

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Minum Pagi Makan Tengahari Air mineral Fail Poket Sijil Penyertaan Sijil Penghargaan Pen Biru Kertas A4 Putih Kertas A4 Warna Pita Pelekat (Salotip) Gam Cenderahati

45 orang 45 orang 4 karton 50 keping 30 keping 20 keping 50 batang 2 rim 1 rim 2 gelung 1 botol besar 1 buah JUMLAH

RM 3 x 45 RM 4 X 45 Stor Stor Stor Stor Stor Stor Stor Stor Stor Stor

RM 135.00 RM 180.00 -

RM 315.00

11.0

PENUTUP

Dengan ini, doa dan harapan agar program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada guru pelatih. Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala kerjasama yang dihulurkan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.............. (SITI NABILA BINTI ISMAIL) Setiausaha, Program Seminar Kajian Tindakan 1

............................................................. (SYUHADA BINTI MOHD TAJUDDIN) Pengarah Program Program Seminar Kajian Tindakan 1

Disokong oleh,

Diluluskan oleh,

............................................. (PUAN WARTI BINTI KIMI) Penyelaras Kajian Tindakan IPG Kampus Pendidikan Islam

............................................. (ENCIK ARBA BIN KASSIM) Ketua Jabatan Sains Sosial IPG Kampus Pendidikan Islam

Anda mungkin juga menyukai