Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) KHENG CHEE

Persiaran Indera, Pusat Bandar Puchong,


47100 Puchong, Selangor.
Tel: 03 - 58790712 Fax: 03-58790713
Email: bbc8422@btpnsel.edu.my

KERTAS KERJA
PROGRAM JOM SIHAT

SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

DISEDIAKAN OLEH:

FOO LI LIAN
PENYELARAS SUKAN DAN PERMAINAN
SJK (C) KHENG CHEE
47100 PUCHONG, SELANGOR.

ANJURAN: JAWATANKUASA KOKURIKULUM SEKOLAH

KERTAS CADANGAN
NAMA PROGRAM / AKTIVITI

KARNIVAL SUKAN DAN PERMAINAN


SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Guru besar,
SJKC Kheng Chee,
Persiaran Indera,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

PROGRAM JOM SIHAT SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

1. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Aspek jasmani adalah salah satu komponen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang
demikian Program Jom Sihat SJKC Kheng Chee ini merupakan satu usaha untuk menyokong usaha
meningkatakan gaya keishatan murid melalui Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan.
Perlaksanaan program ini juga merangkumi nilai-nilai semangat kesukanan, kepimpinan dan kerjasama
antara semua murid.

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan
yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi terbabit kepada golongan
yang disasarkan iaitu pelajar dan warga sekolah. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin
kepada amlan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya
kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.

Para pelajar menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat
menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat di luar sekolah dan seterusnya dapat
mengubah amalan dan cara hidup ke arah yang lebih sihat. Amalan ini perlu dipupuk
sejak di bangku sekolah lagi.

2. MATLAMAT PROGRAM

Memastikan pelajar sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari
segi fizikal. mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di
sekolah. Mata bercahaya lahir dari minda yang cerdas,
3. OBJEKTIF PROGRAM
i. Meningkatkan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi terlibat bagi
ii. meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada
iii. murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap kesihatan.
iv. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jati
v. diri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani
vi. sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial
seperti merokok dan peyalahgunaan dadah.
vii. Melibatkan dan mewujudkan permuafakatan antara pelbagai agensi dengan
masyarakat sekolah bagi mencapai matlamat bersama.
viii. Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada
para pelajar dan komuniti setempat.
ix. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar
walau di mana mereka berada.
x. Memastikan para pelajar dapat belajar dalam keadaan sihat dan ceria ketika di
Sekolah
xi. Membimbing para pelajar ke arah cintakan kehidupan yang bebas dari anasiranasir buruk
seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat merokok.

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

4.1. Nama : Karnival Sukan dan Permainan Sesi Persekolahan 2022/2023


4.2. Tarikh : Bulan Julai dan November Sesi Persekolahan 2022/2023
4.3. Masa : 7.00 pagi hingga 7.30 petang
4.4. Tempat : Padang Sekolah, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, Raung
Legar Kantin
4.5. Sasaran : Semua murid Tahun 4 hingga 6
4.6. Anjuran : Unit- unit Sukan dan Permainan

5. JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi Pn. Koh Lee Lee (Guru Besar )


Timbalan Pengerusi En Ang Kong Yew (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi I En. Sow Wei Peng (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II Pn Choi Lai Mooi (GPK HEM)
Setiausaha Pn. Thian Tene Tene (Penyelaras Unit Beruniform)
Bendahari Pn. Ku Yu Yan (Setiausaha Kokurikulum)
Badminton Pn Chin Yean Do, Cik Hii Jia Wen, Pn Tan Ting Xiu
Ping Pong Pn Najihah, Pn Woon Yee Ching
Bola Jaring Pn Pua Yoke Hing, Pn Kong Chiew Keng, Pn Yong Chiu Yi
Bola Keranjang Pn Chan Pui Lai, En Liew Jee Siong, En Tan Yong Khang
Bola Baling Pn ,E. Huay Ching, En Lee Joon Yuan
Bola Tampar Pn Fong Teng Heng, En Wilson Choo
6. IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Sumber kewangan – Sumber kewangan KPM di bawah


Bantuan Tambahan Kokurikulum Sekolah RM6430.20
Bantuan Kokurikulum Sekolah RM290.00

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci

Bil Perkara Sumber Kuantiti Jumlah (RM)

1 Alat Mengukur Ketinggian 40 keping 1200.00


Bantuan
Kokurikulum
2 Foam Yoga Mat 8mm 10 keping 1050.00
Tambahan
3 Pelapik Sekolah 1 set 180.00

4 Bangku Naik Turun 6 set 2650.20


Alat Pengukur Jangkauan
5 3 set 1350.00
Melunjur
Bantuan
6 Black Mounting Board Kokurikulum 50 keping 290.00
Sekolah
Jumlah 6720.20

7. JADUAL PELAKSANAAN

Bulan Catatan
Julai Murid Tahap 2 mengikut
giliran kelas untuk ke
gelanggang menjalankan
Program Jom Sihat
November Murid Tahap 2 mengikut
giliran kelas untuk ke
gelanggang menjalankan
Program Jom Sihat

8. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)


9. PENUTUP

Adalah dengan ini amatlah diharapkan supaya kertas cadangan bagi Program ini mencapai
objektif dan memanfaatkan murid-murid yang disasarkan. Diharap dengan secara tidak lansung
akan mencapai misi sekolah iaitu melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk
membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi Negara.

Sekian.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………. ……………………

(FOO LI LIAN) (ANG KONG YEW)


Penyelaras Sukan dan Permainan Penolong Kanan KoKurikulum
SJKC Kheng Chee SJKC Kheng Chee
Tarikh: 30-11-2022 Tarikh: 30-11-2022
KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM JOM SIHAT SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Atau

Tidak meluluskan Kertas Cadangan


PROGRAM JOM SIHAT SESI PERSEKOLAHAN 2022/2023

Ulasan:

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

______________
(KOH LEE LEE)
Guru Besar
SJKC Kheng Chee

Anda mungkin juga menyukai