Anda di halaman 1dari 6

Buli, itulah isu yang sentiasa kita dengar sama ada dari berita ataupun surat khabar.

Gejala buli
boleh didefinisikan sebagai masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina,
mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap
pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di
sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi.
Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak
seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli
ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar
sekolah dan institut pengajian tinggi awam semakin. Contohnya dalam kajian yang pernah
penulis lakukan ke atas 2,600 orang pelajar dari 26 sekolah menengah dari dua buah negeri,
didapati mereka yang melaporkan terlibat dengan kegiatan membuli (fizikal dan psikologi)
adalah tinggi. Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para
ibu bapa. Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad
setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras
gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009.Menurut Profesor Olweus
dari Bergen University, Norway iaitu pelopor dalam kajian buli di dunia, sekiranya kes buli
berlaku dalam lingkungan 10-15 peratus ia dianggap serius.
Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya gejala buli ini bah kata pepatah melayu
Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang. Antaranya ialah pengaruh rakan sebaya.
Terdapat pembuli yang mengikut jejak rakan mereka supaya mereka tidak berasa tersisih dan
merasakan diri mereka masih tergolong dalam kumpulan itu walaupun mereka tidak ingin
mencederakan orang lain dengan membuli. Ini adalah kerana mereka takut mereka akan
disisihkan sekiranya mereka tidak mengikut perlakuan rakan mereka.

Selain itu, terdapat juga pembuli yang pernah menjadi mangsa buli. Ini adalah kerana
mereka masih tidak dapat melepaskan diri daripada trauma terdahulu yang menyebabkan
mereka menjadi pembuli. Mereka cuba melepaskan ketakutan dan keseksaan yang dialami
terdahulu kepada mangsa mereka. Akan tetapi, pada masa yang sama mereka juga akan
terkenang masa lampau mereka yang menyakitkan. Ini akan menyebabkan mereka berasa
lebih menderita. Keadaan inilah yang menyebabkan mereka menjadi lebih agresif dan
seterusnya menyebabkan mangsa buli mereka mengalami kecederaan yang lebih serius.


Keinginan untuk mendapat perhatian orang juga merupakan salah satu faktor penyebab
berlakunya kejadian buli. Mereka ingin melakukan sesuatu yang dapat menarik perhatian orang
lain terutamanya ibu bapa mereka yang selalu sibuk bekerja. Mereka kurang mendapat kasih
sayang daripada keluarga dan ini akan menyebabkan mereka berasa kesunyian dan ingin
mendapat kasih sayang daripada rakan-rakan dan guru mereka. Akan tetapi, mereka tidak
mengetahui cara yang betul untuk meluahkan perasaan mereka. Selain itu, terdapat pembuli
yang menghadapi masalah dalam keluarga mereka seperti pergaduhan ibu bapa dan
perceraian ibu bapa yang akan menyebabkan mereka berasa tertekan dan tidak mengetahui
cara yang betul untuk meluahkannya. Ini adalah kerana mereka takut sekiranya kelemahan dan
masalah yang mereka hadapi diketahui orang lain akan menjatuhkan maruah dan ego mereka
terutamanya terhadap lelaki.
Selain itu, pengaruh daripada media massa yang berunsurkan keganasan juga mendorong
perbuatan buli. Orang ramai akan terdedah dengan unsur yang negatif ini dan ada di antara
mereka yang mengikut perlakuan tersebut. Ini akan meningkatkan gejala buli di sekolah.
















Kemahiran
KKE
Kompentensi
Personal

Kompentensi
Sosial

Antara Kemahiran Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) yang diperlukan oleh guru dalam
mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif ialah dari aspek Kompetensi Personal iaitu
Kesedaran Kendiri yang ada ialah Kesedaran Emosi. Kesedaran Emosi ialah keupayaan untuk
mengenal pasti emosi yang dialami dan sebabnya. Dengan adanya kesedaran emosi guru akan
sedar akan kaitan dan pemikiran murid, perlakuan dan pertuturan murid. Selain itu, guru sedar
bagaimana emosinya mempengaruhi prestasi.
Selain itu, dari segi Pengerusan Kendiri ialah Kebolehsuaian. Kebolehsuaian ialah individu
yang luwes dalam menangani perubahan. Dengan adanya kebolehsuaian guru dapat
menangani pelbagai perubahan murid di kelas, dapat menyesuaian respons yang murid hadapi
dan luwes dalam persepsi terhdadap peristiwa-peristiwa yang berlaku terhadap murid di kelas.
Dengan adanya kesedaran kendiri dan pengerusan kendiri guru akan dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif tanpa sebarang halangan dan cabaran yang dihadapi di
dalam kelas dan akan ketahui cara penyelesaiannya.
Disamping itu, dari aspek kompetensi sosial iaitu kesedaran sosial yang ada ialah Empati.
Empati ialah memahami klien kita dan rakan sejawat serta mengesan emosi dan memahami
pendangan atau perspektif orang lain dan tunjukkan minat atau mengambil berat masalah
mereka. Sebagai seorang guru perlu peka kepada emosi murid dan bersedia mendengar isi hati
murid jika menghadapi masalah di dalam kelas. Guru juga harus prihatin dan faham perspektif
pandangan murid serta faham persaan dan keperluan murid dan sedia membantu murid jika
hadapi sebarang masalah di kelas.
Dari segi aspek kemahiran sosial ialah Membina Perhubungan juga dapat mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif. Membina Perhubungan ialah memupuk perhubungan,
rasa hormat, berkongsi tujuan yang sama dan berhasil dalam interaksi sosial hariannya.
Sebagai seorang guru perlu menyemai dan mengekalkan jaringan hubungan yang luas dan
tidak formal terhadap murid supaya guru dan pelajar dapat mengeratkan lagi perhubungannya.
Selain itu, guru perlu memupuk hubungan yang saling berfaedah dan mesra serta mengekalkan
hubungan setiakawan dengan murid. Dengannya adanya cara ini, murid secara tidak langsung
akan rapat dengan guru dan akan mendengari guru yang cakap dan pembelajaran yang
kondusif akan wujud.
Dengan adanya kemahiran Kompetensi Personal dan kompetensi Sosial, guru akan mengajar
dalam suasana yang kondusif tanpa dirisauri dengan pergaduhan murid, masalah murid dan
akan menyelesaikan maslah dengan meggunakan Kemahiran KKE yang ada.
Antara tahap kompetensi kecerdasan emosi yang terdapat dalam cerpen Segunung Impian
Ayah oleh Permata Nilam ialah pertama Kesedaran ketepatan Kendiri. Mereka berasa
bersyukur walaupun keluarga miskin dan istilah kehendak yang perlu dipenuhi tidak akan wujud
dalam pemikiran mereka kerana mereka peka dengan kesedaran ketepatan kendiri yang
mengajar kami mengetahui kekuatan dan batasan seseorang. Contoh ayat syukur juga dalam
situasi kedaifan sebigini tidak wujud istilah kehendak yang perlu dipenuhi. Adik-adikku seakan
faham dengan kemiskinan yang membelenggu hidup kami. Selain itu, ayat ini juga mempunyai
kesedaran emosi,penghormatan kendiri, kesejahteraan. Walaupun miskin, mereka hidup
dalam suasana yang bahagia, tidak bergaduh semata-mata kewangan dan sedar tentang
kemampuan keluarga.
Kedua ialah Ketekunan. Ia dapat dilihat pada Along. Along menuniakan janji terhadap ayah
bahawa akan pastikan semua anak ayah akan berjaya.walaupun keluarganya miskin, mereka
tidak menghalang mereka untuk berlumba-lumba menimba ilmu dan pelajaran mereka sentiasa
mendapat keprihatian ayah yang tidak pernah susut dan dan akhirnya mereka semua berjaya
dan impian ayah dan impian meraka tercapai. Ayu berjaya melanjutkan pelajaran di USM
bersama suaminya belajar pengajian kejuruteraan. Lina pula berjaya dengan kerjayanya
sebagai doktor, manakala adiknya melanjutkan pelajaran di London. Harapan dan janji pada
ayah tidak sia-sia dan tercapai dengan ketekunan dan kerajinan mereka sehinnga cita-cita
tercapai.
Ketiga ialah Inisiatif. Bayaran yuran SPM Ayu akan akhir pada minggu depan, dan mereka
tahu keluarga tidak ada duit untuk membayar yurannya. Pada masa ini, lina mengambil inisiatif
untuk mengambil wang simpanan dalam tabung bagi ayu bayar yuran dan Along pula
mengambil inisiatif beritahu ayah bahawa dia akan menbuat kerja sambilan dengan tauke Hong
supaya dapat menampung yuran ayu sebab along tahu dengan kewangan ibu bapa tidak
mungkin mencukupi menbayar yuran SPM ayu. Tetapi pandangan mereka dibantah dengan
tegas oleh ayahnya kerana ayah tidak sanggup anaknya menanggung kesusahan dan sayang
terhadap anaknya.
Keempat ialah Optimisme. Walaupun ayah batuk tanpa berhenti, ayah tetap berkerja tanpa
rehat dan cuti seketika malah berusaha mencari wang untuk membayar yuran SPM Ayu akan
akan akhiri minggu depan. Ayah seorang yang optimis bahawa sakit bukan alasannya perlu
berehat dan percaya akan mencari wang yang secukupnya untuk bayar yuran SPM Ayu
walaupun Lina dan Along ingin meringankan beban ayah dengan lina mengambil sedikit wang
simpanan di tabung dan Along ingin berkerja sambilan dengan tauke Hong, tetapi dibantah
tegas oleh ayah.
Kelima ialah Kawalan Emosi Kendiri. Pembedahan dan kos perubatan mak perlu wang yang
banyak untuk digunakan dan Along dan Ayu pada masa itu tidak mengetahui cara
penyelesaiannya dan pada masa itu, Along mengambil keputusan untuk gadaikan tapak rumah
mereka tetapi cadangannya dibantah oleh ayu dengan sebab tapak tersebut merupakan satu-
satunya kenangan mereka dengan ayah. Pada masa tersebut, Ayu membuat keputusan
muktamab akan terima lamaran kerana cara ini merupakan cara yang terbaik untuk
merealisasikan impian ayah, impian mereka akan tercapai dengan pergorbanan Ayu. Kawalan
emosi pada ayu pada masa itu amat terburu-buru tanpa berfikirkan akibatnya, tetapi keputusan
yang ayu buat tidak mengecewakan kerana ayu sangat bahagia bersama suaminya sehingga
melahirkan dua anak dan sama-sama menamatkan pengajian kejuteraan di USM dengan
kecemerlangan.

Anda mungkin juga menyukai