Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT

SEKILAU
25200 KUANTAN, PAHANG

PERSATUAN BULAN SABIT MERAH MALAYSIA


Arahan Kawad :

1. Arahan “Kedudukan Sedia”


 Kedudukan sedia ialah berdiri kedua-dua tumit dirapatkan, hujung kaki dibuka sedikit manakala kedua-
dua paha dirapatkan.
 Genggaman tangan hendaklah dirapatkan disisi seluar. Semasa kedudukan sedia, ahli PBSM tidak
dibenarkan bergerak-gerak, bercakap-cakap dan sebagainya.
 Arahan besedia – Ketua memberi arahan “Baris Sedia”

2. Arahan “Senang Diri”


 Keadaan dada dan kepala pada kedudukan “senang diri sama dengan kedudukan “sedia”.
 Ahli PBSM mengangkat kaki ke paras lutut dan menghentakkannya ke bawah sambil membuka sedikit
kaki.
 Serentak dengan itu kedua-dua tangan disilangkan ke belakang ke paras pinggang dengan tangan kanan
di atas tangan kiri dan berdiam diri.
 Arahan senang diri – arahan berbunyi “Senang Diri”

3. Arahan “Rehatkan Diri”


 Kedudukan kaki, dada dan kepala ahli PBSM sama dengan kedudukan “senang diri”
 Tangan kanan berada di atas tangan kiri dan berada dibahagian pinggang dan pastikan siku tidak
bersentuh tubuh
 Arahan rehatkan diri – arahan ketua “Rehatkan Diri”

4. Arahan “Ke Kanan Lurus”


 Hukuman ke kanan lurus diberikan bertujuan membetulkan kedudukan supaya semua ahli PBSM yang
berada dalam barisannya lurus.
 Ahli PBSM, kecuali penanda (orang yang dihujung sekali) mengangkat tangan kanan menyentuh bahu
kiri rakannya yang kedua.
 Setiap ahli kumpulan akan memusingkan muka ke kanan supaya barisan menjadi lurus.
 Arahan ke kanan lurus – arahan “Ke Kanan Lurus”

5. Arahan “Pandang Depan”


 Pandang depan diberikan setelah arahan “ke kanan lurus” barisan telah lurus dan setiap ahli telah
mendiamkan diri.
 Apabila pemimpin memberi arahan “pandang depan” semua ahli hendaklah menjatuhkan tangan ke sisi
seluar dengan serentak dan kepala ditoleh ke hadapan seperti keadaan sedia .
 Arahan “pandang depan” – arahan “Pandang Depan”

6. Arahan “Keluar Baris”


 Ahli-ahli dalam keadaan sedia hendaklah berpusing ke kanan dan mengangkat kaki kiri ke paras lutut
lalu menghentakkan rapat ke kanan. Selepas itu, terus melangkah tiga langkah ke hadapan dan keluar
dari barisan.

No BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI PBSMM


1. Baris / Skuad.

2 Baris .Sedia.

3 KeKanan .Lurus.

4 Pandang. Depan .

5 Buka Barisan .Gerak .

6 Tutup Barisan. Gerak.

7 Bergerak ke kanan Bertiga-tiga , Kekanan Pusing.

8 Skuad akan menghadap ke Hadapan , Ke kiri Pusing.

9 Bergerak ke kiri Bertiga-tiga , Kekiri Pusing.

10 Bergerak ke kanan Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

11 Bergerak ke kiri Bertiga tiga , ke belakang Pusing .

12 Skuad akan Menghadap keHadapan , Ke kanan Pusing.

13 Skuad akan Menghadap ke belakang , ke belakang Pusing.

14 Bergerak kekanan bertiga-tiga , ke kanan pusing .

15 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kiri pusing.

16 Bergerak ke kiri bertiga-tiga , ke kiri pusing .

17 Skuad akan menghadap ke belakang , ke kanan pusing.

18 Skuad akan menghadap ke hadapan , ke belakang pusing.

19 langkah , kekanan gerak .

20 langkah , ke kiri gerak .

21 langkah , ke hadapan gerak .

22 langkah , ke belakang gerak .

23 Dari kiri , cepat jalan .

24 Tukar langkah semasa berjalan tukar langkah. 3x

25 Tukar langkah ,dengan langkah berlagak tukar langkah . 3x

26 Bergerak kekanan/kiri bertiga-tiga , kebelakang pusing.


Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang pusing.

27 Dari kiri / kanan , kanan belok .

28 Dari kiri / kanan , kiri belok.

29 Bergerak kekanan / kiri bertiga-tiga , kekanan / kiri pusing.

30 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.

31 Hormat , ke hadapan hormat.

32 Hormat selaku terima sijil , hormat kehadapan hormat.

33 Hormat , kekanan hormat.

34 Hormat , kekiri hormat.

35 Tukar langkah perlahan , perlahan jalan .

36 Tukar langkah masa jalan perlahan , tukar langkah . 3x

37 Bergerak kekanan/kiri , kebelakang pusing.


Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kebelakang... pusing.

38 Dari kiri / kanan , kanan belok.

39 Dari kiri / kanan , kiri belok.

40 Bergerak kekanan / kiri kekanan / kiri pusing.

41 Skuad akan menghadap kehadapan / belakang , kekanan / kiri pusing.

42 Tukar langkah cepat , cepat jalan .

43 Skuad henti .

44 Hentakkaki

45 Skuad henti .

46 Skuad akan mara menghadap , untuk diperhati semula dari tengah


Cepat jalan .(14-1-2)

47 Hormat , hormat kehadapan hormat .(2-1-2-1)


Gerak Kerja Yang Komprehensif Dan Komited Bakal Melahirkan Satu Kejayaan
Yang Unggul
ARAHAN :

1. BARIS… HENTAK KAKI… kiri kanan, kiri kanan (10 – 15 kali)


2. BARIS… BERHENTI… chek, satu dua

3. BARIS… DARI KIRI CEPAT JALAN… kiri kanan, kiri kanan


4. BARIS… BERHENTI… chek, satu dua
5. BARIS… KE KANAN PUSING satu dua tiga satu
6. BARIS… KE KANAN LURUS up, satu dua tiga satu
7. BARIS… PANDANG DEPAN up
8. BARIS… SENANG DIRI satu dua tiga satu
9. BARIS… REHATKAN DIRI… up…

10. SELAMAT PAGI TUAN.


KAMI DARIPADA KUMPULAN………….
SERAMAI 15 ORANG AHLI
SIAP SEDIA MENERIMA ARAHAN TUAN
………………………………………………..
………………………………………………..
TERIMA KASIH TUAN

11. BARIS… up
12. BARIS… JAGA SEDIA satu dua tiga satu

13. BARIS AKAN MENGADAP KE KANAN… KE KANAN PUSING


14. BARIS AKAN MENGADAP KE BELAKANG… KE KANAN PUSING
15. BARIS AKAN MENGADAP KE KIRI… KE KANAN PUSING
16. BARIS AKAN MENGADAP KE HADAPAN… KE KANAN PUSING
17. BARIS AKAN MENGADAP KE BELAKANG… KE KANAN PUSING
18. BARIS AKAN MENGADAP KE HADAPAN… KE KANAN PUSING

19. BARIS…KELUAR BARIS…(pusing kanan, jalan)… kiri kanan, kiri kanan

hakim

Berhenti

Bergerak

Mula

Anda mungkin juga menyukai