Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN KUALA JENDERIS

21700 KUALA BERANG,TERENGGANU DARUL IMAN

MINIT MESYUARAT PANITIA TASAWUR ISLAM KALI KE 4 / 2014

Tarikh : 11.11 2014


Hari : Selasa
Tempat : Ruang Rehat Bilik Guru SMK Jenderis

Kehadiran : 1. Ustaz Abdul Aziz bin Saikh Ma’atok


2. Ustazah Ramlah binti Ali
3. Ustazah Noor Rose Manita bt Abdul Malek
4. Ustazah Rosita binti Haji Abd Rashid

1.0 Agenda 1 : Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Qur’an al Fatihah dan
mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
1.2 Pengerusi menarik perhatian ahli panitia berfikir tentang Pelan Pembangunan
Pendidikan yang masih berada di awang-awangan dengan slogan yang begitu hebat
dicanangkan tetapi realiti yang berlaku di alam pendidikan amat menakutkan, di
mana senario guru,murid dan kepimpinan menunjukkan masalah yang akhirnya
tahap pendidikan kita lebih teruk daripada Vietnam.
1.3 Pengerusi mengajak ahli panitia merenung situasi yang berlaku di alam pendidikan
yang begitu bercelaru teatpi kita sebagai guru agama hanya mendiamkan diri
sehinggga pihak lain yang membela dan berjuang untuk mengangkat kembali
kecemerlangan pendidikan kita.
1.4 Pengerusi mengajak ahli panitia berfikir tentang bentuk soalan yang dapat
memenuhi standard pendidikan Islam supaya kita dapat membina kembali
kegemilangan tamadun yang terkenal dengan kehebatan ilmu pengetahuan sehingga
lahir sebuah perpustakaan Baitul Hikmah hasil daripada hebatnya sistem pendidikan
pada zaman kerajaan Abbasiyah bukan menjadi bangsa yang dipengaruhi oleh
pemikiran orientalis.Oleh itu hala tuju dan cara kita bertindak ke arah alam yang
kekal abadi.

2.0 Agenda 2 : Pengesahan Minit

2.1 Minit mesyuarat lepas telah disahkan oleh ustazah Ramlah bt Ali dan disokong oleh
Ustazah Noor Rose Manita bt Abdul Malek.

3.0 Agenda 3 : Perkara Berbangkit

3.1 Tiada
4.0 Analisa Peperiksaan Percubaan SPM

Tin Bil Calon At A A- Bt B Ct C D E G L


g
Daf Am T Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %
H
12. 25- 0 25. 0 0 12. 0 0. 100
5B 8 8 0 0 0 1 2 0 2 0 0 1 0 0 8
50 00 .00 00 50 00

JUM 8 8 0 0 0 1 12. 2 25- 0 0 2 25. 0 0 0 0 1 12. 0 0 0 0. 8 100


50 00 .00 00 50 00

GPMP 3.25
GPS 7.09

5.0 Post Mortem Percubaan SPM

Lampiran

6.0 Perancangan Kurikulum Dan Pelaksanaan

Lampiran

7.0 Hal-hal Lain

7.1 Ustazah Rosita mengharapkan post mortem yang dihantar bukan setakat untuk
dibukukan tetapi diambil tindakan oleh pentadbir untuk melahirkan pelajar yang
dahagakan ilmu.
7.2 Ustazah Ramlah mengharapkan ketua panitia dapat mengemaskini fail panitia dari
semasa ke semasa.
7.3 Ustazah Rosita meminta ahli panitia merenung balik buku teks yang ada sekarang
bersesuaian atau tidak dengan dunia alaf baru, soalannya menjurus kepada HOTS
dan KBAT.
7.4 Ustaz Abdul Aziz mengingatkan ahli panitia supaya ambil cakna dengan solat para
pelajar kerana masalah disiplin berpunca daripada sikap culas untuk solat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.................................. .......................................

(ROSITA BT HAJI ABD RASHID) (ABDUL AZIZ BIN SHAIKH MA'ATOK)


Setiausaha Panitia Pendidikan Islam Ketua Panitia Tasawur Islam

Anda mungkin juga menyukai