Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM

SRITI AT-TAQWA LUMUT

KERTAS KERJA

PROGRAM SEMBELIHAN AYAM MENGIKUT SYARAK

TARIKH
23 JANUARI 2024 ( SELASA )

TEMPAT
DEWAN SEKOLAH
PADANG SEBELAH BANGUNAN 2

ANJURAN
SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM
SRITI AT-TAQWA LUMUT

TEMA
“ HALALAN THOYYIBAN ADALAH SATU KEFARDHUAN ”
1.0 PENDAHULUAN:

Mencari sumber makanan yang halal lagi thoyyiban adalah satu kewajipan ke atas umat Islam. Allah
SWT telah berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 168 mafhumNYA:

“ wahai sekelian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik ( thoyyiban), dan
jangan kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang
terang lagi nyata ”

Sabda Nabi SAW:

“ Mencari yang halal itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam ” – Riwayat Imam ad-Dailami ( Hadis
no. 5270 )

Program ini diadakan bertujuan untuk melatih dan memberi kefahaman secara terperinci kepada
semua murid tentang cara-cara sembelihan ayam secara teori dan simulasi yang betul serta sah
mengikut hukum syarak. Program ini berpeluang menambah ilmu pengetahuan dengan mengajukan
soalan-soalan berkaitan pengurusan binatang sembelihan selain dari ayam dan lain-lain hal yang
berkaitan.

2.0 MISI

Memberi pendedahan awal dan menyeluruh kepada murid berkaitan cara sembelihan yang menepati
hukum syarak. Selain itu, ianya dapat melahirkan umat Islam yang cakna terhadap soal halal dan
haram sesuatu makanan meliputi cara memilih bahan, memproses, menyediakan dan memasaknya
dengan betul.
3.0 OBJEKTIF

Objektif “Kursus Penyembelihan Ayam Mengikut Hukum Syarak” adalah :


3.1. Menambah ilmu pengetahuan kepada individu murid tentang ilmu Fekah.
3.2. Melaksanakan salah satu daripada program keagamaan seperti yang dirancangkan.
3.3. Memantapkan tahap kefahaman murid terhadap konsep
pengurusan sembelihan sebagai satu tuntutan fardu kifayah.
3.4. Memberi pendedahan secara teori dan simulasi secara langsung kepada murid
3.5. Menarik minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam.

4.0 TEMA

“ HALALAN THOYYIBAN ADALAH SATU KEFARDHUAN ”

5.0 ANJURAN

Sekolah Rendah Integrasi Teras IslamSriti At-Taqwa Lumut

6.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 23 Januari 2024 ( Selasa )


Masa : 7.30 pagi – 12.30 tengahari

7.0 TEMPAT

Dewan Sekolah & Padang Sebelah Bangunan 2


8.0 SASARAN

8.1 Semua Murid Tahun 1-4 ( Teori )


8.2 Semua Murid Tahun 6 ( 35 orang )

9.0 STRUKTUR ORGANISASI


___________________________________________________________________________

Penasihat Ustaz Mustofa Alakhyar Bin Ramly


Pengarah Ustazah Nuraini Binti Ahmad
Ustazah Siti Hadijah Binti Yunus@Hassan
Ustazah Nadiah Najah Binti Jumali
Setiausaha Ustazah Farah Hanim Binti Zulkanai
Bendahari Ustazah Farah Hanim Binti Zulkanai
Pengerusi Majlis Ustaz Muhammad Syamim Bin Abdul Hamid
Peralatan & Persiapan Ustaz Muhammad Fakhirul Islam Bin Mohd Akhbar
Tempat Ustazah Nur Diyana Mohd Khairi
Kebersihan & Keselamatan Ustaz Ahmad Farhan Bin Zulkifle
Ustazah Masturah Binti Samsuddin
Fotografi Ustaz Asyraf Bin Zainal Abidin
Pengisian Ustazah Fatin Nabilah Husna Binti Zainol Abidin

10.0 TENTATIF PROGRAM

______________________________________________________________________

MASA PERKARA TINDAKAN

7.30-8.00 Hafazan - Tahap 1 Guru Matapelajaran


Solat Dhuha -Tahap 2
8.00 – 9.30 Slot 1 Semua Murid
- Tatacara Sembelihan Menurut Syarak Guru & Staf
- Sesi Soal Jawab

9.30 -10.00 Rehat Tahap 1 Guru Matapelajaran


10.00 – 10.30 Rehat Tahap 2
10.30 – 12.30 Slot 2 Guru Matapelajaran Tahun 6 &
- Amali / Praktikal Sembelihan Ayam Murid Tahun 6
- Proses Pembersihan Ayam

**** Aktiviti dalam kelas bagi murid tahun 1-4 pada pukul 10.00- 12.30. Dipantau oleh guru
matapelajaran****
11.0 BELANJAWAN

___________________________________________________________________________

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH

1 Ayam 5 ekor RM100

12.0 PENUTUP

___________________________________________________________________________

Diharapkan semoga program ini dapat memberi suatu impak yang besar kepada pembangunan modal
insan sesuai dengan tuntutan Islam kepada umatnya agar sentiasa menuntut ilmu. Ianya juga
diharapkan dapat dilaksanakan dengan lancar dan jayanya serta memberi manfaat dan pengisian yang
baik kepada murid Tahun 6 khususnya. Di samping itu, ianya sedikit sebanyak diharapkan mampu
melahirkan generasi yang celik ilmu tentang sembelihan menurut syarak dan dapat menyumbang
serta melibatkan diri dalam masyarakat apabila diperlukan.

Disediakan oleh,

……………………………

(Ustazah Nuraini Binti Ahmad)


Pengarah Program,
Sriti At-Taqwa Lumut.

Disahkan Oleh,

.........................................................

(Ustaz Mustofa Alakhyar Bin Ramly)


Guru Besar,
Sriti At-Taqwa Lumut.

Anda mungkin juga menyukai