Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM TAHSIN SOLAT 2019 IMTIYAZ 1

1.0 PENDAHULUAN
Program ini diadakan bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid
melalui penjagaan amalan solat fardhu dan sunat. Seandainya tingkahlaku murid
berjaya dibentuk, sekaligus gejala dan salah laku disiplin murid-murid Islam
dapat dikurangkan hingga ke peringkat sifar. Sejajar dengan firman Allah dalam
surah al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud; ‟....dan dirikanlah solat,
sesungguhnya solat mencegah daripada melakukan perbuatan keji dan
mungkar”.

2.0 NAMA PROGRAM


TAHSIN SOLAT IMTIYAZ 1

3.0 MAKLUMAT PROGRAM


3.1 OBJEKTIF
3.1.1 Mendedahkan teori dan amali tentang solat kepada pelajar.
3.1.2 Memastikan pelajar tingkatan 1 dapat menunaikan solat
dengan syumul.
3.1.3 Memantapkan tahap kefahaman pelajar terhadap konsep
solat sebagai satu tuntutan fardhu ain.

3.2 TEMPAT
Masjid SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.
3.3 TARIKH
25 – 26 Januari 2019 (Jumaat - Sabtu)

3.4 TEMA
“Solat Pemangkin Kecemerlangan Murid”
3.5 PESERTA
Semua pelajar tingkatan 1

3.6 PENGANJUR
Panitia Al-Syariah dan BADAR
4.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Lampiran A

5.0 SENARAI TUGAS AJK PELAKSANA


Lampiran B

6.0 ATURCARA PROGRAM


Lampiran C

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran D

8.0 PENUTUP
Kursus ini merupakan pengalaman berharga untuk para pelajar kerana ia
merupakan satu amali yang sangat praktikal dan penting sebagai persediaan
kepada mereka. Di samping itu,diharapkan program ini akan mampu memberi
ilmu yang dapat dimanfaat sepanjang hayat oleh pelajar tingkatan 1. Semoga
program ini mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemakkan oleh,

(NUR AFIZAH BT DOLLAH) (BALINDA BT HUSAINI )


Penyelaras, Ketua Bidang Ad-din
Program Tahsin Solat 2019 SMK Agama Tun Ahmad Zaidi

Disahkan oleh,

(SITI ZULAIHA BT IBRAHIM)


Pengetua,
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi
Lampiran A

SENARAI AHLI JAWATANKUASA


PROGRAM TAHSIN SOLAT 2019
________________________________________________________________

MAJLIS TERTINGGI

Pengetua : Ustazah Siti Zulaiha binti Ibrahim


Penolong Kanan : Ustazah Hajah Zainab binti Hussein
Penolong Kanan HEM : Encik Mohamad Fauzol bin Baharon
Pen. Kanan Ko-Kurikulum : Encik Eh Fat Eh Sau
Penyelaras : Ustazah Nur Afizah binti Dollah
Setiausaha : Ustazah Surfina binti Sidik

AHLI-AHLI JAWATANKUASA

Unit Pengisian
Barisan BADAR sekolah
Ustaz Shukur Nizam bin Abdul Kadir
Ustaz Hasibullah bin Roslan
Ustaz Wan Aizat bin Wan Mohd Sobri
Ustaz Muhamad Badrul Hisyam bin Ismail
Ustaz Mohd Fathul Izdihar bin Abdul Zaman
Ustaz Ahmad Hafizudin bin Othman

Unit Persiapan dan Pendaftaran


Ustaz Wan Aizat bin Wan Mohd Sobri
Barisan BADAR sekolah

Unit Jamuan
Ustazah Surfina binti Sidik

Unit Cenderahati, Sijil dan Dokumentasi


Ustazah Nur Afizah binti Dollah
Lampiran B
SENARAI BIDANG TUGAS AJK PELAKSANA
PROGRAM TAHSIN SOLAT 2019
________________________________________________________________
Penyelaras
 Membentuk struktur organisasi Program
 Mempengerusikan setiap mesyuarat
 Memastikan penyelarasan dan kelancaran program

Timbalan Pengarah
 Membantu pengarah dalam semua gerak kerja merancang, mengarah
dan mengawal perjalanan Program
 Mengendalikan mesyuarat semasa ketiadaan pengarah
 Memastikan setiap unit menjalankan tugasan yang diberikan

Setiausaha/Bendahari
 Menyediakan minit mesyuarat dan dokumentasi laporan program
 Mencatat minit mesyuarat dan mengendali urusan surat-menyurat
 Memastikan kehadiran setiap unit pelaksana program.
 Mengeluarkan surat untuk pemakluman ibubapa peserta
 Menyediakan belanjawan program
 Mengawal keluar masuk wang sepanjang program
 Menyediakan laporan kewangan

Unit Pengisian/ Teknikal


 Menentukan tajuk ceramah dan setiap pengisian program adalah
bersesuaian dengan objektif dan misi program
 Menyediakan dan menghubungi penceramah dan membuat follow-up dari
semasa ke semasa
 Menentukan pengerusi majlis slot berkaitan dan melantik moderator
program
 Menguruskan dan menyediakan segala peralatan yang diperlukan
sepanjang program seperti PA sistem.
 Memastikan segala peralatan yang digunakan sepanjang program
berfungsi dengan baik.
 Mengejutkan para peserta untuk bangun qiamualail pada pukul 4.30 pagi

Unit Jamuan dan Makanan


 Menyediakan menu makanan dan minuman yang bersesuaian untuk
program untuk minum malam dan minum pagi
 Membeli dan menempah makanan dan minuman untuk program
 Memastikan makanan dan minuman sampai tepat pada masanya.

Unit Cenderahati, sijil dan dokumentasi


 Menyediakan cenderahati kepada fasilitator
 Menyediakan sijil untuk fasilitator dan AJK pelaksana
 Mengambil gambar program untuk dokumentasi.
Lampiran C

TENTATIF PROGRAM
PROGRAM TAHSIN SOLAT 2019
________________________________________________________________

Tarikh : 25 – 26 Januari 2019


Tempat : Masjid At-Taqwa SMK Agama Tun Ahmad Zaidi

Jk pelaksana Masa Perjalanan Program Penyelaras

25 Januari 2019 6.30 petang – • Pendaftaran peserta program Ustaz Ahmad H


(Jumaat) 11.00 • Solat Magrib berjemaah Ustaz Hasibulla
Slot 1 : malam • Tazkirah Magrib – BADAR Ustazah Nur Af
Teori & Amali Solat • Solat Isya’ berjemaah Ustazah Surfin
• Slot 1 : Teori & Amali Solat Ustazah Sadatu
Sunan Solat Barisan BADAR
Sujud Sahwi
Sujud Tilawah
Masbuk
26 Januari 2019 3.30 – 5.30 • Bangun Malam Ustaz Fathul Iz
(Sabtu) pagi • Selawat & berzikir Ustaz Wan Aiza
Slot 2 : Qiamualail • Solat sunat Tahajud Barisan BADAR
• Solat witir
• Solat subuh berjemaah
Slot 3 : Tazkirah 6.00 – 6.45 Tajuk boleh berkaitan dengan adab Ustaz Mohama
Subuh pagi pelajar. Hisyam
Lampiran D
ANGGARAN BELANJAWAN
PROGRAM TAHSIN SOLAT 2019
________________________________________________________________
PENDAPATAN

Imtiyaz 1(Duit Kecemerlangan) RM 1381.00

PERBELANJAAN

PERKARA BIL HARGA SEUNIT JUMLAH(RM)


1. Cenderahati Fasilitator 21 RM 10.00 RM 210.00

2. Jamuan peserta & AJK

Minum malam 195 RM 3.00 RM 585.00

Minum pagi 195 RM 2.00 RM 390.00

3. Hamper

Tempat pertama 1 RM 50.00

Tempat kedua 1 RM 45.00

Tempat ketiga 1 RM 35.00 RM 130.00

4. Plug Tokoh Saiz L 2 RM 33.00 RM 66.00


Jumlah sebenar RM 1381.00

Puan Nur Afizah binti Dollah


Ketua Panitia Al-Syariah
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi,
93050 Kuching Sarawak.

Kepada :
Persatuan Ibubapa & Guru,
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi,
93050 Kuching Sarawak.

Tuan,
MEMOHON SUMBANGAN PROGRAM TAHSIN SOLAT IMTIYAZ 1

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku Ketua Panitia Al-Syariah ingin
memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk program Tahsin Solat Imtiyaz
1.

2. Untuk makluman pihak tuan, program ini bagi meningkatkan kecemerlangan


sahsiah murid melalui penjagaan amalan solat fardhu dan sunat terutamanya
kepada murid tingkatan 1. Tambahan pula, program ini juga menggunakan
silibus al-Syariah tingkatan 1 sebagai rujukan untuk program ini.

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon dana PIBG sebanyak RM 1381.00


untuk menjayakan program tersebut. Bersama ini disertakan kertas kerja
program untuk rujukan tuan. Besarlah harapan saya agar permohonan ini
diluluskan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.


Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

………………………………………………
(NUR AFIZAH BINTI DOLLAH)
Ketua Panitia Al-Syariah
SMK Agama Tun Ahmad Zaidi.

Anda mungkin juga menyukai