Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH

SURAU D’PALMA
1 MUHARAM 1445H
*BACAAN YASIN, DOA AKHIR & AWAL TAHUN
*PENYAMPAIAN SIJIL & CENDERAHATI AJK SURAU SESI 2022-2023
* PENYAMPAIAN KECEMERLANGAN ANAK WARGA PALMA SPM 2022
*CERAMAH PERDANA USTAZ SHAMSUL DEBAT (17 MUHARAM 1445 / 04 OGOS 2023)
TEMA MAAL HIJRAH : “MANHAJ RABBANI, UMMAH BERKUALITI”

1.0 PENGENALAN
Maal Hijrah merupakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Peristiwa ini disambut
pada setiap tahun apabila tiba bulan Muharam dengan pelbagai program bagi mengingati semula peristiwa
agung ini disamping mengambil pengajaran daripadanya.
Justeru itu, adalah amat penting majlis ini diadakan di kariah PPAM Palma & juga sekitarnya bagi
mendedahkan dan membuka minda kariah betapa pentingnya hijrah pada umat islam.

2.0 RASIONAL PROGRAM


Program ini merupakan salah satu syiar Islam yang wajar diraikan oleh umat islam. Majoriti
golongan muda masa ini tidak mengetahui dan tidak mengambil berat tentang sejarah yang amat penting
berkaitan dengan sirah junjungan besar Nabi Muhammad saw. Justeru itu Jawatankuasa Surau D’Palma
tidak ketinggalan untuk menganjurkan program ceramah perdana sempena Maal Hijrah.

3.0 MATLAMAT
Program ini diadakan adalah bertujuan menghayati kisah hijrah junjungan besar Nabi Muhammad
SAW dan para sahabat dikalangan kariah PPAM Palma.

4.0 OBJEKTIF:
(a) Mendedahkan kepada kariah peristiwa yang membawa kepada penghijrahan.
(b) Mendedahkan dan membuka minda betapa perlunya hijrah dan kebaikan dari peristiwa hijrah.
(c) Mengubah tanggapan bukan Islam terhadap umat Islam.
(d) Mengenang kembali peristiwa hijrah di zaman Rasullah.

5.0 TARIKH
Selasa 18 Julai 2023 Doa Akhir & Awal Tahun, Bacaan Yasin & Tahlil
Penyampaian Kecemerlangan Anak Warga Palma SPM 2022
Penyampaian Sijil & Cenderahati AJK Surau Sesi 2022-2023

Jumaat 04 Ogos 2023 Ceramah Perdana Ustaz Shamsul Debat

6.0 KUMPULAN SASARAN


Kariah PPAM Palma, PPAM Melinjau, PRIMA Presint 11, Ahli Kariah Sekitarnya

7.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran A

1
8.0 AHLI JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Hj. Abdurahman bin Abdullah
Tim. Pengerusi : Us. Muhammad Hafizzul Haziq bin Ramli
Penyelaras Program : En. Mohd Hermi bin Mohd Zaki
Pen. Penyelaras Program : En. Mohd Khairul Fahami bin Musa
Setiausaha : En. Mohamad Termizi bin Limun
Penolong Setiausaha : Hj. Wan Othman bin Wan Mat Ali
Bendahari : Pn. Noor Hayati binti Dahari
Penolong Bendahari : Hjh Zaini binti Bahron Mohamed

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM MAAL HIJRAH

Biro Dakwah & Pengimarahan : Hjh Norizan binti Nordin


Biro Hal Ehwal Belia : En. Mohd Azlan bin Ali
Biro Hal Ehwal Wanita : Pn. Zurialinda binti Abdul Jaba
Biro Penyelenggaraan & Pembangunan : En. Shafereenoor bin Halmi
Biro Kebersihan & Kecerian : En. Mohd Azim bin Ahmad
Biro Kebajikan : Pn. Che Khairul Bariah binti Che Hat
Biro Ekonomi : En. Mohamad Yusof bin Baydowi
Biro Media & Penerangan : En. Mohd Farid bin Umar
Biro Tugas Khas Hal Ehwal Belia (L) : En. Mohd Hermi bin Mohd Zaki
: En. Mohd Khairul Fahami bin Musa
Biro Tugas Khas Hal Ehwal Belia (P) : Pn. Nor Mazura binti Ab Rahman
: Pn. Hasliza binti Abu Hassan
Pemeriksa Kira-Kira 1 : En. Mohd Khairul Azmi bin Pumijan
Pemeriksa Kira-Kira 2 : En. Ahmad Azuri bin Ahmad Tajuddin

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Pengerusi
1. Meluluskan program dan anggaran perbelanjaan iaitu pengeluaran duit saguhati bagi penceramah
jemputan dan jamuan.

Bendahari
1. Menyediakan sejumlah peruntukan kepada dua (2) Program Maal Hijrah.
2. Menyediakan peruntukan untuk makanan & minuman pada kadar yang berpatutan.

Penyelaras Program/ Pen. Penyelaras Program


1. Menyelaraskan program mengikut masa dan tarikh yang telah dirancangkan.
2. Memastikan kelengkapan peralatan berfungsi dengan baik agar program berjalan lancar.

Biro-Biro Lain
1. Membuat poster & banner program, Live Facebook Surau (Ceramah Perdana) (Biro Media &
Penerangan)
2. Membuat hebahan program di semua Group WhatsApp kariah PPAM Palma (Biro Hal Ehwal Wanita &
Belia)
3. Melantik Jurufoto, MC Program di kalangan AJK Surau D’Palma.(Biro Ekonomi)
4. Menempah makanan untuk jamuan serta menyediakan air minuman (Biro Kebajikan)
5. Memastikan tempat ruangan makanan disediakan di ruangan Muslimin & Muslimat.(Biro
Penyelenggaraan & Pembangunan)
6. Memastikan petak parking bagi kenderaan penceramah & menyambut tetamu [Pemeriksa Kira-Kira 1 &
Biro Tugas Khas hal Ehwal Belia (P)]
7. Memastikan selepas majlis surau berada dalam keadaan kemas seperti sediakala (Biro Kebersihan &
Kecerian)
8. Membantu tugas-tugas lain yang berkaitan (Semua AJK)

2
ANGGARAN PERBELANJAAN
*Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun, Yasin & Tahlil
*Penyampaian Sijil & Cenderahati Ajk Surau Sesi 2022-2023
*Penyampaian Kecemerlangan Anak Warga Palma SPM 2022

BIL. PERKARA KOS (RM)

1. Saguhati AJK Surau D’Palma - RM50.00 + Sijil Penghargaan 1,200.00


24 x RM50.00

2. *Saguhati Kecemerlangan SPM 1,000.00


5A ke atas RM100.00
4A ke bawah RM50.00

3. Jamuan Makan (Nasi Lemak) @ 150 x RM3.50 525.00


Minuman (disediakan Oleh AJK)

4. Poster 0.00

JUMLAH PROGRAM 1 (RM) 2,725.00

*Ceramah Perdana Ustaz Shamsul Debat (17 Muharam 1445 / 04 Ogos 2023)

BIL PERKARA KOS (RM)


.

1. Saguhati Penceramah 2,000.00

2. Jamuan Makan/ Minum (Nasi Arab) 1,360.00


170 Pax x RM8.00
(Dome VIP) 30 x RM14.00 420.00
50 (Nasi Lemak) 50 x RM2.00 100.00

3. Banner x 2 200.00
Poster

JUMLAH PROGRAM 2 (RM) 4,080.00

JUMLAH KESELURUHAN (RM) 6,805.00


*
*Anggaran sahaja & hebahan pada semua group Whatapps oleh PIC yang berkenaan

3
Disediakan oleh :-
En. Mohd Hermi bin Mohd Zaki __________________
Penyelaras Program
En. Mohd Khairul Fahami bin Musa __________________
Pen. Penyelaras Program

Setuju/ Tidak Setuju


Ulasan:

Us. Muhammad Hafizzul Haziq Bin Ramli


Timbalan Pengerusi Surau
Lulus/ Tidak Lulus
Ulasan:

Hj. Abdurahman bin Abdullah


Pengerusi Surau

4
Lampiran A

*Bacaan Doa Akhir & Awal Tahun, Yasin & Tahlil


*Penyampaian Sijil & Cenderahati AJK Surau Sesi 2022-2023
*Penyampaian Kecemerlangan Anak Warga Palma SPM 2022

Atucara Program Sambutan Maal Hijrah Bagi Tahun 1445H/2023M Surau D’Palma

Tempat : Surau D’Palma


Tarikh : 18 Julai 2023
Masa : 6.30 Petang Hingga Selesai

18 Julai 2023 6.30 Petang Kehadiran AJK & Jemaah Kariah


6.45 Petang Bacaan Doa Akhir Tahun
7.30 Malam Azan Maghrib & Solat Berjemaah
8.00 Malam Bacaan Doa Awal Tahun, Bacaan Yassin & Tahlil
Dipimpin oleh Imam 1@2
Ucapan Ringkas Pengerusi Surau D’Palma
(Tn. Haji Abdulrahman bin Abdullah)
Penyampaian Kecemerlangan Anak Warga PPAM Palma (SPM)
8.45 Malam Penyampaian Sijil & Cenderahati Kepada AJK Sesi 2022 - 2023
9.15 Malam Azan Isyak & Solat Berjemaah
Jamuan Makan & Bersurai

*Ceramah Perdana Ustaz Shamsul Debat (17 Muharam 1445 / 04 Ogos 2023)

Atucara Program Sambutan Maal Hijrah Bagi Tahun 1445H/2023M Surau D’Palma

Tempat : Surau D’Palma


Tarikh : 04 Ogos 2023
Masa : 7.00 Malam Hingga Selesai

04 Ogos 2023 07.00 Malam Kehadiran AJK, Tetamu & Jemaah Kariah
07.30 Malam Azan Maghrib & Solat Berjemaah
08.15 Malam Ceramah Perdana Dari Ustaz Jemputan
(Ustaz Shamsul Debat)
9.15 Malam Azan Isyak & Solat Berjemaah
9.30 Malam Jamuan Makan & Bersurai

Anda mungkin juga menyukai