Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SETIA

JALAN AKIK, TAMAN SETIA


53100 GOMBAK
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
KURSUS PENYEMBELIHAN HALAL

TARIKH:
27 FEBRUARI 2023

MASA:
7.40 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT:
DEWAN MUTIARA BAKTI
SK TAMAN SETIA

DISEDIAKAN OLEH:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA ARAB
SK TAMAN SETIA
1.0 PENDAHULUAN

Mencari sumber yang halal adalah menjadi satu kefardhuan kepada setiap Muslim. Sumber
yang halal termasuklah ubat-ubatan, suplemen tambahan, sayuran serta haiwan yang
dimakan dagingnya. Proses sebegini daripada awal hingga akhir sepatutnya diketahui
secara lebih terperinci oleh setiap individu Muslim sebelum mengambil makanan tersebut
sebagai pengisi tubuh badan. Semoga apa yang dimakan itu halal dan seterusnya
melahirkan peribadi Muslim yang terbaik dari segi akhlak, jasmani dan rohani.

2.0 RASIONAL

Kursus ini diadakan disebabkan factor pendesak kepada keperluan mengetahui susur galur
proses penyembelihan halal yang disyariatkan dalam Islam. Penghayatan kepada setiap
sudut dan intipati pensyariatan ini supaya dapat memberi kesan kepada jiwa murid terhadap
kewajipan untuk mencari sumber makanan yang halal lagi bersih.

Kursus ini sepatutnya berupaya memartabatkan syariat Islam yang mana ajarannya lebih
baik dan terpuji berbanding agama lain.

3.0 OBJEKTIF

1. Menambah pengetahuan murid mengenai jenis-jenis haiwan yang boleh disembelih


dalam Islam dan syarat-syaratnya.
2. Memberi pendedahan kepada murid tentang perkara-perkara sunat, wajib dan makruh
ketika proses penyembelihan berlaku.
3. Menekankan kepada murid tentang adab-adab semasa proses penyembelihan dan
seterusnya penekanan ehsan semasa menyembelih haiwan tersebut.

4.0 SASARAN

Semua Murid Tahun Enam Lelaki dan Perempuan

5.0 TARIKH

Kursus ini akan dijalankan pada hari Jumaat, 27 Februari 2023.


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : Tuan Haji Nurmayadi bin Othman


(Guru Besar SK Taman Setia)

Pengerusi : Puan Ninayati Sabari


(GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi : En. Sarifuddin (GPK Hal Ehwal Murid)


Pn Shalwana (GPK Ko-Kurikulum)

Penyelaras : Puan Roslina bt Ismail

Setiausaha : En. Mohd Fadzil bin Mohd Bakri

Ahli Jawatankuasa:

1- Pengacara : Pn. Roslina bt Ismail

2- Penceramah : En. Mohd Fadzil bin Mohd Bakri


En. Mohd Anwar Ab Rahman

3- Disiplin Murid : Pn. Suzila bt Saad @ Adam

4- Siaraya / Teknikal : En. Che Mazlan bin Che Kob


7.0 TENTATIF PROGRAM

7.40 pagi Murid berkumpul di dalam Dewan Mutiara


Bakti SKTS

8.00 pagi Ucapan Pengacara


- Ustazah Roslina

Ceramah dan Penerangan Teori


Penyembelihan Halal dalam Islam.
- Ustaz Mohd Fadzil

9.00 pagi Amali Penyembelihan Halal.


- Ustaz Mohd Fadzil
- Ustaz Mohd Anwar

Proses Ayam.

11.00 pagi Jamuan

12.00 tengahari Bersurai


8.0 PENUTUP

Semoga usaha murni untuk mempelajari proses penyembelihan halal mendapat


keredhaan Allah S.W.T. kerana sesungguhnya mencari yang halal itu menjadi satu
kefardhuan keatas setiap individu Muslim. Semoga tidak tumbuh satu pun sumber yang
haram dalam tubuh badan kita. Seterusnya, marilah kita sama-sama berpegang teguh dan
beriltizam untuk menjadi umat Nabi Muhammad yang mendapat keredhaanNya di dunia
dan akhirat.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_________________________________ ______________________
(MOHD FADZIL BIN MOHD BAKRI) (PN ROSLINA BT ISMAIL)
Setiausaha, Ketua Panitia Pendidikan Islam,
Kursus Sembelihan Halal 2023 SK Taman Setia.

Disahkan oleh,

______________________________
(PUAN NINAYATI BT SABARI)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
SK Taman Setia

Anda mungkin juga menyukai