Anda di halaman 1dari 11

1

Nama
Kelas

SK DESA JASMIN
71800 NILAI,
N.SEMBILAN

PENTAKSIRAN 1
BAHASA MELAYU
TAHUN 6
MASA : 1 JAM 15 MINIT

Bahagian A
(10 markah)

Soalan 1 dan 2
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Encik Raziq dan Puan Rihana membawa anak-anak mereka berkelah di


__________________ .

A Pasaraya Speed Mart

B Kedai Basikal Nilai

C Pantai Bagan Lalang

D Restoran Seri Mawar


2

2 Latifah ________________membantu ibunya memasak di dapur pagi hari minggu


supaya mereka sekeluarga dapat makan dengan cepat.

A hati batu

B cepat kaki

C lapang dada

D ringan tulang

Soalan 3

3 Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Guru Besar telah merasmikan Kempen Sekolah Selamat SK Taman Mawar yang akan berlangsung
selama sebulan.

A Perasmian Guru Besar SK Taman Mawar oleh Kempen Sekolah Selamat akan berlangsung

selama sebulan.

B Guru Besar merasmikan Kempen Sekolah Selamat selama sebulan yang akan diadakan di SK

Taman Mawar.

C SK Taman Mawar telah merasmikan Guru Besar Kempen Sekolah Selamat yang akan

Berlangsung selama sebulan.

D Kempen Sekolah Selamat SK Taman Mawar yang akan berlangsung selama sebulan telah
dirasmikan oleh Guru Besar.
Soalan 4 hingga 6

Baca petikan di bawah dengan teliti,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kebersihan penting dalam kehidupan. Sama ada kebersihan diri, tempat tinggal atau alam sekitar,
semuanya harus diberikan keutamaan. Kita perlu menjaga kebersihan rumah. Persekitaran yang bersih
akan menghindarkan kita daripada penyakit yang berbahaya seperti demam denggi dan taun.

Kawasan rumah yang sentiasa terjaga juga dapat mengelakkan kita daripada haiwan pembawa
penyakit seperti nyamuk Aedes, lalat, lipas dan tikus. Semua haiwan yang membawa kuman seperti
virus, bakteria dan parasit ini biasanya membiak di tempat-tempat yang kotor.

Kawasan rumah yang bersih akan mewujudkan suasana yang tenang dan selesa. Kawasan
rumah yang kotor pula akan berbau busuk dan pemandangannya juga tidak menarik. Untuk
melahirkan rakyat yang sihat, kebersihan haruslah bermula dari rumah.

4 Mengapakah kita harus mengutamakan kebersihan ?


A Menghilangkan kuman.
B Rakyat menjadi pembersih.
C Pemnadangan menjadi indah.
D. Mengelakkan penyakit berbahaya.

5 Pilih penyataan yang benar tentang petikan.


A Kita akan berasa tenang dan selesa jika berada di rumah yang bersih.
B Rakyat yang sihat akan sentiasa membersihkan kawasan rumah mereka.
C Demam denggi dan taun bukanlah penyakit yang berbahaya kepada kita.
D Tempat-tempat yang kotor amat disukai oleh semua penyakit berjangkit.

6 Berikut ialah haiwan pembawa penyakit berdasarkan petikan kecuali


A lalat
B lipas
C virus
D tikus
Soalan 7 hingga 10
Baca maklumat berdasarkan petikan dengan teliti.Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Bahan 1 Bahan 2
- Tanda-tanda awal tanah runtuh
Tanah runtuh ialah satu fenemona geobencana
- Rekahan pada cerun yang berlaku secara semula jadi atau akibat
aktiviti manusia. Kita perlu prihatin terhadap
- Berlaku gelongsoran tanah. tanda-tanda awal tanah runtuh bagi
mengelakkan kemusnahan yang dahsyat dan
- Tembok atau pokok condong. kehilangan nyawa. Selain rekahan pada cerun,
pokok dikawasan cerun yang mula condong
- Longkang rosak dan tersumbat. juga menjadi petanda banjir di Kawasan tinggi
akibat cerun tepu air, lembap dan lemah.
Strukur tanah yang lemah ini menyebabkan
berlakunya kejadian tanah runtuh.

7 Selain rekahan pada pada cerun, pokok di kawasan cerun yang mula condong juga menjadi
petanda awal.

A buah
B pokok
C jambak
D rumpun

8 Semua yang berikut ialah tanda awal tanah runtuh kecuali

A. Longkang dipenuhi sampah


B. Kedudukan tembok teranjak
C. Kelihatan cerun mula merekah
D. Mula berlaku pergerakan tanah
9 Perkataan awal dalam Bahan 1 dan Bahan 2 boleh digantikan dengan

A punca

B pertama

C terdahulu

D permulaan

10 Pilih penyataan yang tidak benar tentang Bahan 1 dan Bahan 2 di atas.

A Cerun tepu air adalah antara punca berlakunya tanah runtuh.


B Tanah runtuh menyebabkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.
C Hujan lebat menyebabkan tanah runtuh berlaku di kawasan rendah.
D Selain aktiviti manusia, tanah runtuh juga berlaku secara semula jadi.
Bahagian B
(10 markah)
Baca petikan di bawah ,kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hazeeq menyiapkan kerja sekolah dan membuat ulang kaji sendirian di rumah. Ibu dan ayahnya
masih belum pulang dari pejabat. Dia makan kuih-muih yang dibeli di gerai Mak cik Senah semasa
dalam perjalanan pulang dari sekolah tadi. Sedap benar karipap dan pisang goreng mak Cik Senah.
Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Tatkala mahu mandi, barulah Hazeeq menyedari bahawa
baki wang RM6.00 ada dalam poket seluar sekolahnya. Baki yang sepatutnya ialah RM 4.00 kerana
harga kuih-muih yang dibelinya tadi ialah RM 6.00. Dia memberikan RM 10.00 kepada Mak Cik
Senah.
Hazeeq membatalkan niatnya untuk mandi lalu bergegas ke gerai Mak Cik Senah. Gerainya tidak
jauh dari rumah Hazeeq. Dia menunggang basikalnya ke sana. Syukurlah Mak Cik Senah masih
belum pulang. Dia sedang berkemas-kemas untuk menutup gerai kerana jualannya sudah habis.
Hazeeq memulangkan RM2.00 kepada Mak Senah sambal memohon maaf kerana tidak mengira
baki wang tadi. Mak Cik Senah juga memohon maaf kerana cuai memberikan wang kepada Hazeeq
sehingga Hazeeq terpaksa datang semula ke gerainya untuk memulangkan baki wang itu.

1. (a) Hazeeq bersndirian di rumah kerana ibu dan ayahnya ______________________________.

(1 Markah)

(b) Mengapakah Mak Cik Senah memohon maaf kepada Hazeeq ?

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________
(2 Markah)

c) Gariskan kata berimbuhan apitan yang terdapat dalam ayat yang diberikan.
Hazeeq membatalkan niatnya untuk mandi lalu bergegas ke gerai Mak Cik Senah

(1
markah)

d) Pilih dan tandakan (/) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

Hazeeq memulangkan RM 2.00 kepada Mak Cik Senah sambil memohon maaf kerana
tidak mengira baki wang tadi.

Sambil memohon maaf kepada Hazeeq, Mak Cik Senah


memulangkan RM 2.00 kerana tidak mengira baki wang tadi.
Sambil memohon maaf kerana tidak mengira wang baki tadi,
Hazeeq memulangkan RM 2.00 kepada Mak Cik Senah.

(1 markah)

Baca dan fahami situasi di bawah.Kemudian ,berikan pendapat kamu berdasarkan situasi
tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah perkataan.

Bersempena dengan Kempen Keselamatan Jalan Raya, sekolah kamu mengadakan konvoi
berbasikal. Kamu teruja setelah mendapat keizinan daripada ibu bapa utk menyertai kovoi
bebasikal anjuran sekolah

2. Sebagai peserta, apakah persediaan kamu ?

_____________________________________________________________________________
_____________________________________________________________________________
( 5 markah )

Bahagian C
(10 markah)
Grafik di bawah menunjukkan suasana di majlis rumah terbuka.
Tuliskan pendapat kamu tentang faedah-faedah daripada aktiviti yang dijalankan.
Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan
(10 markah)
10

Bahagian D
(20 markah)
Teliti bahan grafik di bawah .Kemudian tulis sebuah karangan dalam bentuk berformat atau
tidak berformat.

Panjang karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.


12
Disediakan oleh : Disemak oleh: Disahkan oleh:

----------------------------- -------------------------------------
---------------------------------
Pn Rohayan Bt Itam Pn.Zulaili binti M.Zali En. Rohaimi Bin Ishak
Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Bahasa PK Pentadbiran
Tahun 6 Melayu

Anda mungkin juga menyukai