Anda di halaman 1dari 1

1. Bagai dakwat dengan kertas = sangat akrab 2. Bagai diiris dengan sembilu = pedih sekali 3.

Bagai mencencang air = melakukan kerja yang tidak berfaedah 4. Bagai pelita kehabisan minyak = berwajah muram kerana kedukacitaan

5. Seperti air di dalam kolam = orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya. 6. Seperti cacing kepanasan = Selalu gelisah 7. Seperti mentimun dengan durian = orang yang lemah melawan orang yang kuat 8. Seperti rumput di tepi jalan = hidup dalam kemiskinan 9. Seperti rusa masuk kampung = tercengang-cengang kehairanan. 10.Seperti telinga lintah = tajam pendengaran 1. Bagai aur dengan tebing ~ hidup bekerjasama dan bermuafakat. 2. Bagai ayam mabuk tahi ~ tidak berdaya disebabkan sakit atau kurang darah. 3. Bagai badak berendam ~ gemuk dan malas bergerak. 4. Bagai Belanda minta tanah ~ meminta lebih banyak daripada yang diberi. 5. Bagai beliung dengan asahan ~ tidak pernah berpisah. 6. Bagai bersuluh di tengah hari ~ perkara yang sudah terang tetapi dijelaskan lagi. 7. Bagai beting dipalu ombak ~ tidak tenteram kerana selalu diganggu. 8. Bagai isi dengan kuku ~ perhubungan yang sangat rapat. 9. Bagai kambing dihalau ke air ~ malas dan enggan buat kerja walaupun disuruh. 10. Bagai mengepal pasir kering ~ menyatu padukan orang berlainan fikiran @ pendirian. Anda mungkin juga meminati:

Anda mungkin juga menyukai