Anda di halaman 1dari 3

Simpulan Bahasa

Simpulan Bahasa

Maksudnya
1.

Kera sumbang

Tidak suka bercampur gaul dengan
orang lain.
2.

Ringan tulang

Rajin bekerja.
3.

Ringan tangan

Suka membantu atau menolong
orang lain.

4.


Besar hati


Bangga.

5.

Sebatang kara

Tiada sesiapa lagi selain diri sendiri.

6.


Tulang belakang


Punca kekuatan / orang penting yang
memainkan peranan penting dalam
sesuatu perkara.
7.

Lupa daratan

Tidak ingat asal usul

8.

Tenggelam punca

Bingung.

9.

Durian runtuh

Keuntungan yang tidak disangka-
sangka.


10.

Nyawa-nyawa ikan

Hampir-hampir mati.




Peribahasa
Peribahasa Maksudnya

1.


Sebagaimana acuan begitulah
kuihnya
Sifat seseorang anak biasanya
mengikut kelakuan bapanya
2.


Ukur baju di badan sendiri


Kalau hendak melakukan sesuatu
kerja, ikutlah kemampuan diri sendiri.

3.

Alah bisa tegal biasa

Sesuatu kerja yang rumit menjadi
mudah sekiranya selalu dilakukan.

4.


Malu bertanya sesat jalan,
malu berdayung perahu hanyut

Orang yang malas berusaha akhirnya
mendapat susah.

5.

Kerbau dipegang pada tali,
manusia dipegang pada janji.
Janji mesti ditepati.

6.



Ringan tulang berat perut.


Orang yang rajin mudah mendapat
banyak rezeki.


7.



Melentur buluh biarlah dari
rebungnya.

Jika ingin menerapkan nilai baik
kepada anak, lakukanlah sejak ia kecil
lagi.

8.




Bulat air kerana pembetung,
bulat kata kerana muafakat.
Kata sepakat dicapai melalui
rundingan.

9.


Orang berbudi kita berbahasa,
orang memberi kita merasa
Setiap bantuan orang hendaklah kita
hargai dan dibalas dengan pemberian
atau ucapan terima kasih.
10.




Berani kerana benar, takut
kerana salah


Kalau tidak melakukan sesuatu
perbuatan itu, janganlah berasa
bimbang.



PENJODOH BILANGAN

Penjodoh bilangan digunakan untuk menentulkan sesuatu benda
mengikut bentuk, rupa, saiz, dan sebagainya.


Bil

Penjodoh Bilangan

Penggunaan
1.
baris Untuk benda yang bersusun atau orang yang
beratur seperti kedai, pokok, orang dan
sebagainya
2.
batang Untuk benda yang panjang seperti kayu,
pokok, sungai, pen, dan sebagainya
3.
biji Untuk benda yang kecil-kecil seperti telur,
manik, buah-buahan, dan sebagainya
4.
cucuk Untuk benda-benda yang dicucuk seperti sate,
buah-buahan, dan sebagainya
5.

Das

Untuk bunyi tembakan senapang atau meriam
6.
ekor Untuk haiwan sepeti kucing, monyet, lembu,
dan sebagainya
7.
gugus Untuk pulau atau buah-buahan seperti anggur,
rambutan, dan sebagainya

8.
ikat Untuk benda-benda yang diikat seperti kayau,
buah-buahan, sayur-sayuran, dan sebagainya

9.
jambak Untuk benda yang dalam bentuk karangan
atau berangkai-rangkai seperi bunga, anak
kunci, buah-buahan, dan sebagainya

10.
keping Untuk benda yang nipis dan pipih seperti roti,
papan, gambar, dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai