Anda di halaman 1dari 3

PEPATAH

MAKSUD

1. Ditelan mati emak, diluah mati bapa

Susah memilih kerana kedua-dua pilihan


sama penting

2. Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati


ditengah-tengah

Orang besar-besar berselisih, rakyat yang


menderita

3. Guruh tak berbunyi, malang tak berbau

Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih


dahulu

4. Harapkan pagar, pagar makan padi

Percaya akan orang yang mengkhianati kita

5. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bekerjasama dan tolong-menolong

6. Sehari selembar benang, lama-lama jadi


kain

Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga

7. Biar putih tulang, jangan putih mata

Rela mengorbankan nyawa daripada


menanggung malu

8. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan

Orang yang bercita-cita akan berusaha


mencapainya

9. Genggam bara api, biar sampai jadi abu

Bersabar melakukan kerja yang susah


sehingga berjaya

10. Jika tidak pecahkan ruyungnya, manakan


dapat sagunya

Kejayaan tidak akan datang begitu sahaja


tanpa berusaha

11. Takut kerana salah, berani kerana benar

Berasa takut kerana melakukan kesalahan,


sebaliknya jika benar, berasa berani

12. Buang yang keruh, ambil yang jernih

Buang yang jahat, ambil yang baik

13. Orang haus diberi air, orang lapar diberi


nasi

Mendapat sesuatu yang diingini

14. Kalau hendak melentur buluh, biarlah dari


rebungnya

Kalau hendak mendidik anak, biarlah dari kecil

15. Air yang tenang jangan disangka tiada


buaya

Pendiam dan tidak melawan kata jangan


disangka pengecut

SIMPULAN BAHASA

MAKSUD

1. Mencari Jalan

Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

2. Memerah Otak

Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

3. Berbesar Hati

Gembira.

4. Anak Buah

a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan


kita.

5. Tuan Rumah

Tempat berlangsungnya sesuatu acara

6. Batu Penghalang

Halangan

7. Darah daging

Anak dan saudara-mara daripada keturunan


sendiri.

8. Meninggi diri

Sombong

9. Bermuka Dua

Tidak jujur.

10. Baik Hati

Bersikap baik dan penyayang (suka


menolong).

11. Tulang Belakang

Punca kekuatan/ orang harapan

12. Terang Hati

Lekas pandai.

13. Rendah Hati

Tidak sombong

14. Lintah Darat

Peniaga yang mengambil keuntungan yang


terlalu tinggi.

15. Anak Dagang

Orang luar yang datang menetap di sesuatu


tempat

PERIBAHASA

MAKSUD

1. Bagai aur dengan tebing

Tolong-menolong antara satu dengan yang


lain

2. Bagai bulan dipagari bintang

Kecantikan gadis yang tiada bandingannya

3. Bagai duri dalam daging

Sesuatu hal yang tidak menyenangkan

4. Bagai itik pulang petang

Berjalan lambat sekali

5. Bagai isi dengan kuku

Persahabatan yang sangat erat

6. Bagai kacang melupakan kulit

Orang yang tidak tahu mengenang budi

7. Bagai melepaskan batuk di tangga

Membuat sesuatu kerja sambil lewa saja

8. Bagai menatang minyak yang penuh

Mendidik anak dengan penuh belaian kasih


sayang

9. Bagai mencencang air

Membuat pekerjaan yang sia-sia

10. Bagai mural tercabut ekor

Seseorang yang becok mulutnya

11. Bagai si kudung mendapat cincin

Orang yang tidak dapat merasai nikmat atau


menggunakan kemudahan yang diperoleh

12. Bagai pinang dibelah dua

Pasangan yang sama padan dan sama cantik

13. Bagai tikus membaiki labu

Merosakkan lagi barang yang dibaikinya

14. Seperti telur di hujung tanduk

Kedudukan tidak tetap atau tidak terjamin

15. Seperti anjing dengan kucing

Adik-beradik yang suka bergaduh

Anda mungkin juga menyukai