Anda di halaman 1dari 2

Sejarah Bola Baling Olimpik Mengikut sejarah, permainan Bola Baling Olimpik berasal dan diubahsuaikan daripada beberapa

permainan bola seperti Roffball, Caniqsbergball, Tarball, handball dan Hazana. Permainan-permainan ini pernah menjadi sukan yang popular di negara-negara Eropah pada ketika dahulu. Permainan bola baling olimpik ini menggunakan beberapa kemahiran yang juga digunakan dalam permainan bola sepak, bola keranjang dan bola jaring. Pada tahun 1936, permainan ini dipertandingkan buat kali pertamanya di peringkat Sukan Olimpik Berlin.Di peringkat antarabangsa, permainan ini adalah di bawah kawalan Persekutuan Bola Baling Antarabangsa.Peraturan 7 pemain sebelah yang diamalkan pada masa ini diperkenalkan sejak tahun 1938. Sebelum itu, satu pasukan yang bermain terdiri daripada 11 orang pemain. Di Malaysia permainan ini diperkenalkan pada tahun 1977 oleh Lim Hock Han yang bertugas sebagai Pengarah Sukan di Universiti Malaya pada masa itu. Beliau telah mempopularkan sukan ini di kalangan penuntut-penuntutnya. Kementerian Pendidikan Malaysia, melalui Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia, telah mengendalikan beberapa kursus yang berbentuk pengenalan, pengadilan dan kejurulatihan bola baling bola baling olimpik untuk guru-guru sekolah mulai tahun 1978 dengan tujuan hendak memperkembangkan permainan ini diperingkat sekolah. Negeri Selangor merupakan negeri pertama di Malaysia yang menubuhkan Persatuan Bola Baling Olimpik pada tahun 1981. Persekutuan Bola Baling Olimpik Malaysia telah ditubuhkan pada tahun 1984 dan menjadi ahli gabungan Majlis Olimpik Malaysia. Langkah ini telah memesatkan lagi perkembangan sukan ini keseluruh negara. Pertandingan Bola Baling Olimpik peringkat kebangsaan yang pertama telah diadakan di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada tahun 1983. Permainan bola baling olimpik telah dipertandingkan diperingkat kebangsaan antara sekolah pada tahun 1979, buat kali pertamanya, hanya pada tahun 1987 sukan ini diterima sebagai salah satu permainan anjuran MSSM untuk peringkat kebangsaan.

Di peringkat maktab perguruan, permainan ini adalah salah satu kegiatan sukan dalam program kokurikulum pelajar. Pertandingan biasanya diadakan antara maktab dan di Pertandingan Pestarama Maktab.

Anda mungkin juga menyukai