Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS SOALAN 1 : MERUMUSKAN KARANGAN KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (NOV 2001- NOV 2011) SPM NOV 2001

JUN 2002 NOV 2002 SKOP SOALAN Tanggungjawab penulis KATA YANG SESUAI UNTUK PENDAHULUAN peranan/ sumbangan/ tugas

JUN 2003 NOV 2003 JUN 2004 NOV 2004

JUN 2005 NOV 2005 JUN 2006 NOV 2006

JUN 2007

NOV 2007

Peranan Industri Kecil dan sumbangan/ kepentingan/ fungsi/ tugas Sederhana dalam pembangunan ekonomi negara Langkah-langkah untuk usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ meningkatkan penggunaan pendekatan/ teknik-teknik/ teknologi maklumat dalam strategi/tindakan kalangan kakitangan kerajaan Langkah-langkah untuk usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-kaedah/ meningkatkan kesedaran moral pendekatan/ strategi/tindakan masyarakat. Kepentingan pelabelan faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan makanan Masalah yang dihadapi oleh kekangan/ kesulitan/ kerumitan/ sektor perubatan awam di hambatan Malaysia. Faedah penubuhan badan khas manfaat/ kebaikan/ kelebihan/ bagi membantu pesakit kronik dan sebab-sebab kepentingan penubuhannya. Cara-cara mengurus tekanan langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ usahadan kepentingan pengurusan usaha/ pendekatan/ strategi tekanan kepada individu Faedah-faedah hidup berjiran manfaat/kepentingan/ dan cara-cara memupuk kelebihan/kebaikan semangat kejiranan Kelebihan kerja berpasukan faedah/ manfaat/kepentingan/ dan cara-cara pemimpin kebaikan/ keberkesanan membentuk kerja berpasukan. Cara-cara melahirkan masyarakat berbudi bahasa dan langkah-langkah/ kaedah-kaedah/ kesan terhakisnya amalan usaha-usaha/ pendekatan/ strategi berbudi bahasa dalam masyarakat Kepentingan terumbu karang di faedahMalaysia dan kaedah faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan pemuliharaannya usaha-usaha/ cara-cara/ kaedahTindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kaedah/langkah-langkah/ pendekatan/

JUN 2008

kesan masalah itu kepada negara. Faedah membaca dan caracara menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.

teknik-teknik/ strategi

manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan

NOV 2008

JUN 2009

NOV 2009

Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas dan cara-cara untuk menarik minat masyarakat terhadap bidang penerokaan angkasa lepas Punca-punca keracunan makanan dan kesan-kesan keracunan makanan.. Kepentingan tidur dari segi saintifik dan cara-cara mengatasi masalah sukar tidur Kesan pemanasan global dan sebab-sebab masyarakat kurang mengambil berat terhadap fenomena ini Kebaikan makan coklat dan cara-cara memajukan industri coklat

manfaat/ kepentingan/ kebaikan/ kelebihan faktor-faktor /sebab-sebab

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan

JUN 2010

implikasi/impak/akibat/keburukan/natijah

NOV 2010

manfaat/ kepentingan/ faedah/ kelebihan

JUN 2011 Kepentingan berpeluh kepada manusia dan cara-cara menggalakkan masyarakat melibatkan diri dalam aktiviti yang mengeluarkan peluh. NOV Kepentingan bahasa 2011 kebangsaan dan masalahmasalah yang dihadapi untuk memperkasakan bahasa kebangsaan

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan

faedah/ manfaat/ kelebihan/ kebaikan

Baca petikan di bawah. Buat satu rumusan tentang keburukan-keburukan merokok dan kekangan mengatasi masalah merokok dalam kalangan pelajar. panjang rumusan hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan. Bagi sesetengah pihak, merokok umpama makanan harian yang tidak dapat dipisahkan. Ada juga dalam kalangan mereka yang mengaitkan perbuatan menghisap rokok sebagai status yang menunjukkan seseorang individu tersebut telah matang atau sebagai melambangkan imej yang bersifat kemegahan. Biar apapun pandangan dan pendapat daripada individu tersebut, seluruh makhluk yang mampu berfikir dengan waras tetap berpandangan bahawa perbuatan menghisap rokok adalah sesuatu yang perlu dielakkan kerana perbuatan ini merupakan satu pembaziran wang secara jelas, apatah lagi dengan kenaikan harga rokok yang melambung tinggi. Rokok yang dibakar adalah umpama membakar wang kertas yang sepatutnya dapat digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah. Ramai sedia maklum bahawa menghisap rokok menjadi punca pada pelbagai penyakit yang digolongkan dalam kategori penyakit berbahaya. Antaranya, penghisap rokok terdedah pada penyakit kanser paru-paru dan penyakit jantung. Kedua-dua penyakit berbahaya ini telah diisytiharkan sebagai pembunuh nombor satu negara. Perokok bukan sahaja membahayakan diri mereka sendiri malah pada masa yang sama turut membahayakan kesihatan keluarga mereka dan orang lain di sekeliling mereka. Asap rokok yang dikeluarkan setelah dihisap adalah lebih berbahaya kepada orang lain dan kesannya adalah sama dengan siperokok. Bau busuk yang dikeluarkan oleh penghisap rokok juga boleh mengganggu keselesaan orang lain sehingga dapat menjejaskan pergaulan siperokok dengan orang lain. Hal ini sudah pasti akan menimbulkan suasana yang kurang selesa malah menjejaskan komunikasi seseorang. Bayangkanlah jika anda terpaksa berhadapan dengan siperokok dalam suasana tempat menjamu selera tertutup dan berhawa dingin! Oleh itu, kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang bagi melarang orang ramai menghisap rokok ditempat-tempat awam dan di premis-premis kerajaan. Bagi siperokok, masalah yang timbul ialah mereka akan menghadapi gejala ketagihan yang bukan mudah untuk diatasi. Hanya dengan usaha dan azam yang kuat sahaja perlakuan ini mampu dibanteras tetapi menurut kajian yang dijalankan oleh FOMCA hanya 12 peratus sahaja daripada jumlah yang ingin berhenti merokok mampu berbuat demikian. Sementara itu, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menganggarkan jumlah kebakaran yang disebabkan oleh api rokok di negara kita mencecah hampir 23 peratus daripada punca kebakaran yang berjaya diselesaikan. Hal ini berpunca daripada sikap perokok yang suka membuang puntung rokok di merata-rata tempat. Natijahnya, merokok bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan. Bukan juga simbol yang menunjukkan kedewasaan tetapi sikap negatif yang menggambarkan ketidakwarasan seseorang individu. Justeru, katakan tak nak untuk sebatang rokok!

Jawapan Petikan membincangkan kesan negatif akibat merokok. Merokok mendatangkan keburukan kerana perbuatan ini merupakan satu bentuk pembaziran. Selain itu, merokok juga boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Perbuatan ini turut membahayakan kesihatan orang lain di sekeliling mereka. Pada masa yang sama, merokok menyebabkan orang lain berasa tidak selesa serta mengganggu komunikasi. Perbuatan ini juga boleh menyebabkan ketagihan yang amat sukar untuk dihentikan. Malah, puntung rokok yang dibuang merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran. Walau bagaimanapun, terdapat kekangan untuk menghindarkan tabiat merokok dalam kalangan pelajar iaitu sikap pekedai yang masih menjual rokok kepada remaja bawah 18 tahun. Tindakan penguatkuasaan yang tidak tegas turut menghalang usaha membanteras tabiat ini. Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu agar masalah merokok dalam kalangan pelajar dapat diatasi bagi melahirkan generasi yang sihat.

Anda mungkin juga menyukai