Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2B Maklumat yang berikut merujuk kandungan laporan lawatan Jemaah Nazir Jaminan Kualiti terhadap guru-guru sebuah

sekolah rendah di kawasan pedalaman; Berpuas hati dengan kedudukan yang sedia ada Takut menemui kegagalan Memandang remeh usaha orang lain Pemikiran tidak dinamik Mempertahankan status-quo secara membuta tuli Tidak suka akan pembaharuan Tidak sabar dalam penciptaan baharu

Berdasarkan laporan yang di atas, jelaskan elemen-elemenTonggak Dua Belas yang boleh diaplikasikan oleh Guru Besar untuk memperbaiki amalan negative tersebut.

Merujuk kepada laporan yang dibekalkan oleh Jemaah Nazir Jaminan Kualiti terhadap guru-guru, Guru Besar sekolah tersebut haruslah mengambil tindakan yang sesuai sejajar dengan hasil laporan tersebut.Jadi, dalam kes ini, tindakan-tindakan yang diambil oleh Guru Besar perlulah selaras dengan elemen-elemen Tonggak Dua Belas supaya dapat memperbaiki amalan negatif guru-guru dengan lebih berkesan. Yang pertama sekali, Guru Besar perlulah mengambil tindakan yang selaras Tonggak kedua iaitu Ketekunan Membawa Kejayaan. Tonggak ini menjelaskan bahawa guru-guru perlulah bercita-cita tinggi, berpandangan jauh dan tidak mudah putus asa. Jika seseorang guru tidak bermotivasi dan senang berputus asa maka guru tersebut tidak dapat menghasilkan muridmurid yang seimbang dari segi JERI selaras dengan FPK. Jadi, Guru Besar haruslah memotivasikan guru-gurunya setiap masa supaya motivasi intrinsik guru-guru dapat diwujudkan. Sebagai contohnya, Guru Besar mengadakan kem motivasi yang dapat meningkatkan motivasi guru-guru untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan serta semangat untuk menerima cabaran globalisasi supaya mereka dapat meningkatkan profesionalisme kendiri dan berani menyahut kegagalan.

Di samping itu elemen-elemen dalam tonggak keempat iaitu Kemuliaan Kesederhanaan perlulah diaplikasi oleh Guru Besar. Tonggak ini menjelaskan bahawa guru perlulah jujur, ilkhlas dan merendah diri sepanjang masa serta boleh menerima teguran. Guru haruslah sentiasa merendahkan diri supaya dapat mengiktiraf usaha guru lain serta mengekalkan keharmonian dalam sekolah. Guru Besar memainkan peranan dalam fenomena ini supaya dapat menjadi teladan kepada guru-guru lain untuk merendahkan diri dan menghargai usaha orang lain. Sebagai contohnya, Guru Besar haruslah memuji dan menghargai usaha-usaha gurunya tanpa mengira sumbangan tersebut adalah kecil ataupun besar. Apabila mendapati seseorang guru memandang remeh terhadap usaha orang lain, Guru Besar layak menegur guru tersebut kerana beliau tidak pernah memandang remeh terhadap usaha orang lain. Elemen dalam tonggak kelima, Ketinggian Peribadi juga boleh diaplikasikan oleh Guru Besar sekolah tersebut. Tonggak ini menjelaskan bahawa guru perlulah berilmu dan berpengetahuan luas, bersikap sabar dan teguh menghadapi cabaran. Guru Besar haruslah senantiasa menjalankan pembaharuan dalam sistem pengurusan sekolah supaya dapat mengikut tren masa kini dan menggerakkan guru untuk mempelajari sesuatu yang baru serta meningkatkan ilmu pengetahuan sedia ada. Sebagai contohnya, Guru Besar melancarkan projek Smart Card di sekolah dan menerima rungutanrungutan daripada guru-guru kerana mereka enggan menerima pembaharuan dan ciptaan baru ini. Guru Besar haruslah menjelaskan objektif-objektif projek ini dengan jelas kepada guru-guru supaya mereka jelas dengan hala tuju Guru Besar. Guru Besar juga boleh mengaplikasikan elemen-elemen dalam Tonggak ke-sebelas iaitu Peningkatan Bakat. Tonggak ini menjelaskan bahawa guru haruslah berani mencuba idea-idea baru dan digalakkan untuk mengeluarkan pemikiran baru dan menjalankan percambahan idea. Di samping itu, tonggk ini juga mengatakan bahawa dorongan perlu diberikan kepada guru untuk berfikiran kreatif dan pengiktirafan juga perlu diberikan kepada idea-idea atau usaha-usaha original daripada guru-guru. Jadi, Guru Besar haruslah menyediakan pelbagai jenis galakan kepada guru-guru yang kreatif dan inovatif. Sebagai contohnya, Guru Besar menyediakan sijil

penghargaan atau sijil pengiktirafan kepada guru-gurunya yang menjalankan tugas dengan bersungguh-sungguh, kreatif dan inovatif. Selain itu, Guru Besar juga boleh mewujudkan satu sudut Award Gallery untuk mengiktiraf usaha-usaha gurunya. Akhir sekali, Guru Besar boleh mengaplikasikan elemen-elemen dalam Tonggak kedua belas iaitu Nikmat Mencipta. Tonggak ini menjelaskan bahawa guru haruslah sentiasa mencari idea dan kaedah baru dalam menyelesaikan masalah dan sentiasa bersedia untuk menerima cabaran intelektual. Guru Besar memainkan peranan yang penting untuk

menggerakkan guru-gurunya untuk membuat inovasi yang baru supaya dapat mengikut perubahan dalam era globalisasi ini. Sebagai contohnya, Guru Besar perlulah sentiasa peka terhadap seminar-seminar yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti International Seminar in Science and Mathematics Education, dan menghantar guru-gurunya untuk mengikuti seminar sebegini. Dalam seminar ini, guru akan mendapat ilmu pengetahuan baru melalui perkongsian hasil dapatan kajian-kajian para pendidik dari negara lain. Sebagai kesimpulannya, Guru Besa rmerupakan pemangkin untuk menggerakkan guru-guru di sekolah supaya dapat menjamin kualiti guru-guru dan seterusnya melahirkan modal insan yang mampu bersaing dengan negara lain di masa depan.

Anda mungkin juga menyukai