Anda di halaman 1dari 8

PERIBAHASA 1. bagai bulan jatuh ke riba = mendapat untung yang besar 2.

bagai pinang dibelah dua = pasangan yang sama cantik ,sama padan 3. bagai bulan dipagar bintang = seorang gadis cantik dikelilingi oleh gadis-gadis cantik yang lain. 4. bagai jatuh ditimpa tangga = mendapat kesusahan yang berturut-turut. 5. bagai mendukung biawak hidup = melakukan sesuatu yang menyusahkan diri sendiri. = mempunyai ahli keluarga yang sangat menyusahkan hati. SIMPULAN BAHASA 1. Lintah darat = peniaga yang mengambil untung yang terlalu tinggi. = orang yang memberi pinjam wang dan mengenakan kadar bunga yang tinggi kepada peminjam. 2. anak tut = anak orang lain yang dipelihara dengan penuh kasih sayang seperti anak sendiri = anak angkat 3. anak emas = anak kesayangan ibu atau bapa. = orang yang amat disayangi oleh sesuatu pihak. 4. anak tekak = anak lidah = bahagian kecil di belakang lidah. (di belakang kerongkong) 5. ayam tambatan = orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan kerana kekuatan,kepintaran atau kemahirannya.

PENJODOH BILANGAN 1. berkas = untuk benda yang telah diikat dalam satu ikatan. Contoh: buluh, kayu, kunci, lidi, pensel, ranting, rotan. 2. cekak = untuk benda yang dipegang secara mencekak. Contoh: benih padi, daun sireh, sayur-sayuran, serai. 3. potong = untuk benda yang sudah dipotong. Contoh : daging, kek, kuih, roti.

PERIBAHASA 1. bagai melepaskan anjing tersepit = menolong orang yang tidak tahu membalas jasa. 2. bagai si buta kehilangan tongkat = hilang sesuatu yang amat diperlukan menyebabkan berasa amat susah dengan kehilangan itu. 3. air yang dicincang tidak akan putus = perselisihan atau pergaduhan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan ,ikatan persaudaraan tidak boleh diputuskan. 4. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing = sikap bekerjasama dalam membuat sesuatu perkara. 5. genggam bara api, biar sampai jadi arang = melakukan sesuatu pekerjaan yang sukar hendaklah bersabar dan sempurnakan sehingga berjaya.

SIMPULAN BAHASA 1. cacing kepanasan = berada dalam keadaan yang sangat gelisah. 2. atas angin = negara di Barat seperti Eropah. 3. ambil angin = mengambil udara bersih = bersiar-siar untuk menyenangkan hati atau melapangkan fikiran = makan angin 4. beralih angin = pergi ke tempat lain untuk meluaskan pengalaman 5. anak tunggal = satu-satunya anak dalam keluarga, anak yang hanya seorang, tiada adik-beradik.

PENJODOH BILANGAN

1. serumpun = untuk tumbuh-tumbuhan yang tumbuh berkumpul. Contoh : buluh, ladang, padi, rumput, serai, tebu. 2. tangkai = untuk benda bertangkai Contoh :bunga orkid, bunga raya, daun, jambu, pulasan, rambutan. 3 .jambak = untuk benda yang berangkai-rangkai. Contoh : bunga, kunci 4. jambangan = untuk kumpulan bunga yang digubah Contoh : pelbagai jenis bunga. 5. bentuk = untuk benda kecil yang berbentuk lengkung Contoh : cincin, mata kail, subang.

PERBENDAHARAAN KATA 1. tersohor 2. terkedu 3. terkesima 4. tercenggang = termasyhur, terkenal (famous) = lentik ke belakang tubuhnya (kerana sakit pinggang ), terkedik = tercenggang, termangu-mangu, hilang akal = berasa hairan, terkejut bercampur pelik (sehingga mata terbuka luas dan mulut ternganga ) 5. tersentak = tertarik dengan kuat, terpiuh = tersedar (daripada tidur,lamunan ) dengan tiba-tiba, terperanjat ,tersantap. 6. mendendangkan 7. mendeklamasikan 8. lemau = menyanyikan = membacakan sajak untuk didengar. = tidak garing, lembik (seperti biskut yang masuk angin) -not crunchy /crispy 9. tengik = bau atau rasa yang tidak sedap (bau minyak kelapa yang sudah lama disimpan ); pering = sangat kejam /zalim 10. hapak = berbau tidak sedap kerana sudah lapuk atau usang atau sudah lama tersimpan (Contoh : pakaian, bantal, permaidani, papan dan sebagainya ) 11. gegak-gempita 12. gilang-gemilang =riuh-rendah, bising = bercahaya sangat terang = sangat baik,meriah = cantik (untuk rupa) 13. justeru = kebetulan,tepat = malahan, bahkan 13. lantaran 14. jalan denai 15. sebak 16. hambar = sebab, kerana = jalan mengikut jejak binatang di hutan. = hampir penuh dengan air, hampir menitis air mata = tawar, tiada rasa

KATA BANYAK MAKNA 1. adu a) laga (berlaga) Contoh ayat: Ayam sabung Pak Kaduk sedang diadu dengan ayam Pak Pandir b) beritahu, lapor Contoh ayat: Pengawas sekolah boleh adu setiap kesalahan murid-murid kepada guru disiplin. c) tidur (beradu) Contoh ayat: Raja Melaka sedang beradu di kamarnya. d) akan bertanding Contoh ayat: Lima orang ahli gusti akan beradu kekuatan mereka 2. alamat a) tanda Contoh ayat: Awan mendung alamat akan hujan b) tempat tinggal Contoh ayat: Posmen menghantar surat berdasarkan alamat pada sampul surat. 3. alah a) tewas Contoh ayat: Tiada siapa yang alah dalam perkara ini. b) sensitif terhadap sesuatu (makanan, ubat) Contoh ayat: Pesakit asma alah terhadap habuk dan cuaca berjerebu 4. bantai a) sembelih Contoh ayat: Lima ekor lembu dibantai pada hari raya korban. b) Pukul Contoh ayat: Peragut itu dibantai oleh orang ramai. c) Makan Contoh ayat: Sebaik sahaja makanan itu dihidangkan, tetamu mula membantai.

5. barang a) benda Contoh ayat: Emak membawa semua barang yang dimilikinya. b) lebih kurang, kira-kira Contoh ayat: Berikan saya buah anggur barang sekilogram. c) sesiapa sahaja Contoh ayat: Barang siapa yang didapati bersalah, maka dia akan dihukum. 6. bekas a) pernah terlibat (menjadi) Contoh ayat: Muthusamy bekas guru Sekolah Kebangsaan Sungei Wey, Petaling Jaya. b) kesan, tanda Contoh ayat: Tapak tangan adik merah bekas dirotan oleh ibu. c) tempat mengisi sesuatu Contoh ayat: Baldi itu bekas air mandian adik. d) hasil yang dikeluarkan Contoh ayat: Bakul yang cantik itu bekas tangan orang buta. 7. canggung a) kekok, tidak mahir Contoh ayat: Cindy Looi kelihatan canggung ketika makan nasi menggunakan tangan. b) kurang sempurna Contoh ayat: Struktur ayat dalam penulisan karangan Aminah didapati agak canggung. c) berasa segan silu, tidak biasa Contoh ayat: Najla yang pemalu berasa canggung apabila diminta berucap. 8. cerah a) baik, bahagia Contoh ayat: Masa depan Damia cerah jika dia berjaya dalam peperiksaan itu. b) Terang

Contoh ayat: Cuaca hari ini sungguh cerah. c) tidak gelap Contoh ayat: Baju yang dipakai oleh adik berwarna cerah. d) wajah berseri Contoh ayat: Air muka emak cerah apabila mendengar berita kejayaan adik. 9. cetek a) tidak dalam (air) Contoh ayat: Air perigi itu cetek pada musim kemarau. b) tidak luas (pengetahuan) Contoh ayat: Ilmunya cetek kerana dia tidak suka membaca. 10. cium a) menyedut sesuatu dengan hidung Contoh ayat: Dia tercium bau minyak wangi abang. b) merapatkan hidung pada pipi Contoh ayat: Ibu cium pipi adik sebelum adik pergi ke sekolah. c) mengetahui sesuatu berita Contoh ayat: Para wartawan cepat mencium berita tentang skandal seseorang yang ternama. 11. congkak a) sombong, bongkak Contoh ayat: Setelah berjaya mendapat ijazah di universiti Zaki mula congkak. b) sejenis permainan tradisional Contoh ayat: Pada waktu lapang, saya bermain congkak bersama-sama kawan. 12. daki a) kotoran Contoh ayat: Badan pengemis itu dipenuhi daki kerana sudah lama tidak mandi. b) Panjat Contoh ayat: Ahli pengakap sekolah akan daki gunung yang tinggi itu.

13. dasar a) 14. diam 15. faedah 16. gelap 17. genting 18. gosok 19. gugur 20. halaman

Anda mungkin juga menyukai