Anda di halaman 1dari 3

TEMA: BUDI BAHASA

1. BAGAI KACANG MELUPAKAN KULIT - Orang yang lupa akan asalnya atau orang yang menolongnya.

2. BAGAI MELEPASKAN ANJING TERSEPIT - Menolong orang yang tidak tahu mengenang budi.

3. BAIK MEMBAWA RESMI PADI DARIPADA MEMBAWA RESMI LALANG - Merendah diri

4. BERKATA PELIHARALAH LIDAH - Hati-hati dengan setiap pertuturan

5. HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGALKAN NAMA - Setiap manusia
dikenang kerana baktinya semasa hidup.

TEMA: KASIH SAYANG/ PERHUBUNGAN

1. AIR DICENCANG TIDAK AKAN PUTUS - Perbalahan antara adik-beradik tidak akan berpanjangan.

2. ANAK DI PANGKUAN DILEPASKAN, KERA DI RIBA DISUSUI - Melebihkan orang lain daripada keluarga sendiri.

3. BAGAI ISI DENGAN KUKU/ BAGAI DAKWAT DENGAN KERTAS/ BAGAI BELIUANG DENGAN ASAHAN -
Hubungan yang sangat rapat.

4. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH - Jika kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat,tetapi jika kita
berpecah belah, kita akan lemah.

5. BUKIT SAMA DIDAKI, LURAH SAMA DITURUN - Perhubungan yang sangat akrab dan tidak dapat
dipisahkan.

TEMA: PERBUATAN YANG SIA-SIA

1. ADA SAMPAN HENDAK BERENANG - Sengaja menyusahkan diri sendiri

2. HARAPKAN GURUH DI LANGIT, AIR DI TEMPAYAN DICURAHKAN - Melepaskan barang yang dimiliki demi
mengharapkan sesuatu yang belum pasti miliki.

3. KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG - Dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian.

4. KUTU EMBUN - Orang yang suka merayau-rayau hingga larut malam.

5. MENCURAHKAN GARAM KE LAUT - Melakukan pekerjaan yang sia-sia.

TEMA:SEMANGAT PATRIOTISME/ CINTA AKAN NEGARA

1. BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA / BAHASA JIWA BANGSA - Bahasa menjadi lambing dan identiti sesuatu
bangsa
2. DI MANA BUMI DIPIJAK, DI SITU LANGIT DIJUNJUNG -Mematuhi peraturan dan adat di tempat yang
diduduki
3. HILANG BANGSA, LENYAPLAH BANGSA - Jika sesuatu bahasa itu pupus, maka bangsa itu juga akan lenyap
4. HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI, BAIK JUGA DI NEGERI SENDIRI - Sebaik-
baik negara orang tidak sebaik negara sendiri.
5. SEPERTI BURUNG GAGAK PULANG KE BENUA - Seseorang yang tidak berubah keadaannya meskipun telah
lama merantau.

TEMA:PENYESALAN.
6. BUANG YANG KERUH , AMBIL YANG JERNIH-buang yang jahat dan ambil yang baik.
7. NASI SUDAH MENJADI BUBUR-perbuatan yang sudah terlanjur dan tidak boleh diubah lagi.
8. SUDAH TERHANTUK,BARU TENGADAH-setelah mendapat kesusahan barulah hendak berhati-hati.
9. TAKUT AKAN BAYANG-BAYANG SENDIRI-rasa takut kerana bersalah.
10. SESAT DI HUJUNG JALAN, BALIK KE PANGKAL JALAN.-sekiranya terlanjur dalam melakukan sesuatu
kesalahan,eloklah insaf dengan segera.

11. TEMA:DAYA USAHA / KESUNGGUHAN

12. ALAH BISA TEGAL BIASA-pekerjaan yang sukar akan menjadi mudah apabila sering dilakukan
13. ALANG-ALANG BERDAKWAT BIARLAH HITAM.-jika mengerjakan sesuatu, janganlah sekerat jalan.
14. BELUM SURUH SUDAH PERGI, BELUM PANGGIL SUDAH DATANG.-orang yang rajin
15. BELAKANG PARANG KALAU DIASAH LAGIKAN TAJAM.-jika berusaha dengan gigih, arang yang bodoh akan
berjaya juga
16. MALAS BERDAYUNG, PERAHU HANYUT-kejayaan tidak akan dicapai jika seseorang malas berusaha.

17. TEMA:KEBERANIAN

18. BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH-berani kerana berada di pihak yang benar
19. BERKATA BENARLAH WALAUPUN PAHIT-berterus teranglah demi kebenaran walaupun mungkun akan
menyakiti perasaan orang lain.
20. CACING YANG HENDAK MENJADI NAGA-orang yang kecil hendak menyamai menjadi naga.
21. MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH.-tidak menghiraukan halangan atau masalah.
22. PANTANG BERUNDUR SEBELUM BERJUANG.-tidak berputus asa sebelum Berjaya.

23. TEMA: PEMUAFAKATAN / BEKERJASAMA

24. BAGAI AUR DENGANTEBING - Saling membantu dan bekerjasama


25. BAGAI ENAU DALAM BELUKAR MELEPASKAN PUCUK MASING-MASING - Mementingkan diri sendiri.
26. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERABA MUAFAKAT-Mencapai kata sepakat dengan
mesyuarat.
27. HATI GAJAH SAMA DILAPAH, HATI NYAMUK SAMA DICECAH.-pengagihan yang sama banyak.
28. IBARAT TELUR SESANGKAK, PECAH SEBIJI PECAH SEMUA.-orang yang bermuafakat akan sehidup semati dan
tidak berubah kesetiaannya.
29. BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING – Menghadapi susah dan senang bersama-sama

30. TEMA:BERHATI-HATI/ TELITI/ BERJIMAT CERMAT

31. BERJALAN PELIHARA KAKI, BERCAKAP PELIHARA LIDAH.-melakukan sesuatu kerja dengan berhati-hati.
32. BIAR LAMBAT ASALKAN SELAMAT.-melakukan sesuatu kerja hendaklah dengan berhati-hati supaya mendapat
hasil yang baik dan sempurna.
33. MENARIK RAMBUT DI DALAM TEPUNG.-Teliti semasa menyelesaikan sesuatu masalah.
34. SEKALI JALAN TERKENA, DUA KALI JALAN TAHU.-sekali tertipu tentu akan berhati-hati pada masa akan
datang.
35. MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI.-sesuatu perkara yang buruk dapat dielakkan jika
melakukan langkah pencegahan dari awal.
36. MENGUKUR BAJU DI BADAN SENDIRI.-berbelanja mengikut kemampuan sendiri.

37. TEMA:KEPENTINGAN ILMU/ PENDIDIKAN

38. DIAM PENGGALI BERKARAT.-ilmu yang tidak diamalkan akan hilang.


39. HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM.-hanya orang yang mahir atau pakar pandai membuat penilaian
tentang perkara tertentu.
40. HENDAK BELAJAR BERENANG DAPATKAN ITIK, HENDAK BELAJAR MEMANJAT DAPATKAN TUPAI.-hendak
mempelajari sesuatu carilah orang yang pakar tentang bidang tersebut.
41. SEPERTI AYAM MEMATUK ANAK.-ibu bapa yang menghukum anak-anak bertujuan membetulkan kelakuan
mereka.
42. SEPERTI KATAK DI BAWAH TEMPURUNG.-orang yang cetek ilmu pengetahuan kerana tidak mengetahui
perkembangan semasa.

43. TEMA:KECANTIKAN

44. BAGAI BULAN DIPAGARI BINTANG/EMAS BARU DISEPUH.-cantik


45. BAGAI CINCIN DENGAN PERMATA.-sama-sama cantik.
46. BAGAI PINANG DIBELAH DUA/ BAGAI KUNYIT DENGAN KAPUR.-sepadan,secocok.
47. RUMAH BURUK DISAPU CAT.-perempuan tua yang suka bersolek
TEMA: NASIB MALANG.

48. ANTAN PATAH LESUNG HILANG/ SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA.-kemalangan yang dialami bertimpa-timpa.

49. BAGAI KERAKAP TUMBUH DI BATU, HIDUP SEGAN MATI TAK MAU.-keadaan hidup seseorang yang sangat
miskin dan melarat.

50. TANAM PADI TUMBUHNYA LALANG.-orang yang bernasib malang kerana segala usahanya tidak berhasil
sebagaimana diharapkan.

51. TIADA BEBAN BATU DIGALAS.-tiada masalah tetapi sengaja mencari masalah.

52. UNTUNG SEPANJANG JALAN, MALANG SEKELIP MATA.-kemalangan datang secara tiba-tiba.

53. TOLONG MENOLONG


54. Bagai aur dengan tebing
55. Tolong menolong antara satu sama lain

56.

Anda mungkin juga menyukai