Anda di halaman 1dari 12

NOTA RINGKAS ADAB

ADAB TAHUN 3

1. ADAB MENGHIDANG MAKANAN

ADAB-ADAB MENGHIDANG MAKANAN:


-tidak menggunakan pinggan mangkuk yang retak
-menggunakan pinggan mangkuk yang bersih

FAEDAH MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN CARA YANG BETUL


-tidak tercedera semasa makan
-menjaga kebersihan makanan

AKIBAT TIDAK MENJAGA ADAB KETIKA MAKAN


-keselamatan diri tidak terjaga semasa makan
-makanan yang terhidang tercemar dengan kotoran dan kuman

2. ADAB MELAYAN TETAMU

PENGERTIAN TETAMU
TETAMU IALAH orang yang datang berkunjung ke rumah kita samada dijemput
ataupun tidak.

ADAB MENYAMBUT TETAMU


-menjawab salam tetamu
-menjemput tetamu masuk kedalam rumah

ADAB MELAYAN TETAMU


-menyediakan makanan
-makan bersama-sama tetamu

ADAB MENGIRINGI KEPULANGAN TETAMU


-bersalaman dengan tetamu
-menghantar tetamu ke kenderaannya
BATAS PERGAULAN DENGAN TETAMU
-memakai pakaian yang bersih dan menutup aurat
-menjaga tutur kata dan tingkah laku

ADAB TETAMU
-berkunjung ke rumah orang mengikut masa yang sesuai
-memberi salam sebelum masuk ke rumah orang

FAEDAH/HIKMAH MELAYAN TETAMU


-dimurahkan rezeki oleh Allah
-mengeratkan silaturrahim sesama manusia

AKIBAT TIDAK MELAYAN TETAMU


-disempitkan rezeki oleh Allah
-memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia

3. ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

ADAB-ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT


-melawat orang sakit mengikut waktu yang sesuai
-membawa buah tangan

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT


-melawat terlalu lama
-membuat bising

FAEDAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT


-mengeratkan silaturrahim sesama manusia
-mengurangkan penderitaan pesakit

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG SAKIT


-memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia
-menambahkan penderitaan pesakit

4. ADAB MENZIARAHI RAKAN

CIRI-CIRI RAKAN YANG BAIK


-taat kepada perintah Allah
-baik hati
ADAB-ADAB MENZIARAHI RAKAN
-melawat rakan pada waktu yang sesuai
-masuk ke rumah rakan setelah mendapat izin

PERKARA YANG PERLU DIHINDARI KETIKA MENZIARAHI RAKAN


-melawat terlalu lama hingga lewat malam
-terus masuk rumah rakan tanpa meminta izin

FAEDAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI RAKAN


-memelihara hubungan persahabatan
-mengeratkan silaturrahim sesama manusia

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI RAKAN


-menjejaskan hubungan persahabatan
-memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia

5. ADAB MENZIARAHI ORANG TUA

PENGERTIAN ORANG TUA


ORANG TUA IALAH orang yang lebih tua daripada kita atau orang yang seusia
dengan ibubapa kita atau orang yang lebih tua daripada ibubapa kita

ADAB-ADAB MENZIARAHI ORANG TUA


-memberi salam apabila berjumpa dengan mereka
-tundukkan badan apabila lalu dihadapan mereka

CARA MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN ORANG TUA


-sentiasa menziarahi mereka
-sentiasa menghormati mereka

FAEDAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG TUA


-dihormati orang yang lebih tua atau yang lebih muda
-mengeratkan silaturrahim sesama manusia

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA MENZIARAHI ORANG TUA


-tidak dihormati orang yang lebih tua atau yang lebih muda
-memutuskan hubungan silaturrahim sesama manusia
ADAB TAHUN 4

1. ADAB BERJALAN

PENGERTIAN BERJALAN
BERJALAN IALAH pergerakan fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain samada
didarat, dilaut atau diudara

ADAB SEBELUM BERJALAN


-berdoa
-memakai alas kaki/kasut/selipar

ADAB SEMASA BERJALAN


-berjalan dengan tenang
-memberikan laluan kepada orang yang lebih tua

PERKARA YANG DILARANG KETIKA BERJALAN


-berjalan sambal makan dan minum
-berjalan ditengah laluan

FAEDAH BERJALAN
-sihat tubuh badan
-terhindar daripada penyakit

FAEDAH/HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERJALAN


-dihormati orang lain
-selamat dalam perjalanan

AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB BERJALAN


-tidak dihormati orang lain
-terdedah kepada bahaya

DOA KELUAR RUMAH/MEMULAKAN PERJALANAN


َ ُ‫ِبس ِْم هللاِ ت ََو َّك ْلت‬
ِ‫ ََل َح ْو َل َو ََل قُ َّوة َ ِإ ََّل ِبالل‬،ِ‫علَى هللا‬
Ertinya: dengan nama Allah aku berserah, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan
dengan Allah
2. ADAB KETIKA BERTANYA

ADAB-ADAB KETIKA BERTANYA


-meminta izin sebelum bertanya
-mengucapkan terima kasih selepas bertanya

FAEDAH/HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BERJALAN


-tidak sesat jalan
-menambah ilmu pengetahuan

AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB BERJALAN


-sesat jalan
-kurang ilmu pengetahuan

TUJUAN BERTANYA
-memberi kefahaman
-untuk menyelesaikan masalah

3. ADAB DALAM KELUARGA

PENGERTIAN KELUARGA
KELUARGA IALAH kaum kerabat atau saudara mara terdekat samada ibubapa, datuk,
nenek, ibu saudara, bapa saudara dan adik-beradik

ADAB-ADAB BERGAUL DENGAN KELUARGA


-memanggil dengan gelaran hormat yang sesuai
-bercakap dengan sopan

PERKARA YANG TIDAK BERADAB DENGAN KELUARGA


-memanggil dengan gelaran yang tidak sopan
-bercakap dengan kasar

CARA MENTAATI KELUARGA SEMASA MEREKA HIDUP


-selalu menziarahi mereka
-menjaga mereka ketika sakit

CARA MENTAATI KELUARGA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA


-mendoakan keampunan dan kesejahteraan mereka didunia dan diakhirat
-menghubungkan silaturrahim dengan sahabat atau keluarga mereka yang lain

FAEDAH/HIKMAH BERADAB DENGAN KELUARGA


-mudah mendapat pertolongan daripada keluarga
-memelihara hubungan kekeluargaan
AKIBAT TIDAK BERADAB DENGAN KELUARGA
-sukar mendapat pertolongan daripada keluarga
-menjejaskan hubungan kekeluargaan

4. ADAB BERGAUL DENGAN JIRAN

PENGERTIAN JIRAN
JIRAN IALAH orang yang tinggal berdekatan dengan kita atau disekeliling kita samada
dikiri, dikanan, didepan atau dibelakang rumah kita.

ADAB-ADAB DENGAN JIRAN


-saling bertegur sapa diantara satu sama lain
-saling membantu diantara satu sama lain

PERKARA YANG MENYAKITI HATI JIRAN


-membuat bising hingga mengganggu ketenteraman jiran
-merosakkan harta benda jiran

FAEDAH/KEBAIKAN BERADAB DENGAN JIRAN


-mengeratkan hubungan silaturahim
-mudah mendapatkan pertolongan dan bantuan

AKIBAT/ KEBURUKAN TIDAK BERADAB DENGAN JIRAN


-memutuskan hubungan silaturahim
-sukar mendapatkan pertolongan dan bantuan

5. ADAB MENZIARAHI KEMATIAN DAN KUBUR

PENGERTIAN JENAZAH
JENAZAH IALAH orang islam yang meninggal dunia samada lelaki, perempuan,
kanak-kanak dan dewasa.

ADAB-ADAB MENZIARAHI JENAZAH


-mendoakan jenazah
-menunaikan solat jenazah berjemaah

UCAPAN TAKZIAH UNTUK JENAZAH


ِ َّ ‫ِإ َّنا ِ ه‬
ِ ‫َلِل َو ِإ َّن ِإلَ ْي ِه َر‬
َ‫اجعُون‬
"(Iaitu) Sesungguhnya kepada Allah kami datang dan kepada Allah jugalah kami
kembali."
ADAB-ADAB MENZIARAHI KUBUR
-memberi salam kepada ahli kubur dengan lafaz ‫السالم عليكم يا أهل قبور‬
-memakai pakaian menutup aurat

KEPENTINGAN MENZIARAHI JENAZAH


-sebagai tanda penghormatan terakhir buat jenazah
-untuk menguruskan jenazah seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah dan
mensolatkan ke atas jenazah

FAEDAH/HIKMAH BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH DAN KUBUR


-meringankan beban kesedihan keluarga si mati
-menimbulkan rasa insaf

AKIBAT BERADAB KETIKA MENZIARAHI JENAZAH DAN KUBUR


-menambahkan beban kesedihan keluarga si mati
-sentiasa leka kepada Allah

6. ADAB DI MAJLIS KERAMAIAN

PENGERTIAN MAJLIS
MAJLIS IALAH satu perhimpunan yang diadakan untuk tujuan tertentu

ADAB-ADAB DALAM MAJLIS


-duduk dengan tertib dan sopan
-bersalaman dan berkenalan dengan hadirin yang hadir

LARANGAN SEMASA DI MAJLIS KERAMAIAN


-berbisik-bisik
-mencela orang lain

ADAB MAKAN DI MAJLIS KERAMAIAN


-tidak bercakap-cakap Ketika minum dan makan
-tidak membazir makanan

FAEDAH BERADAB KETIKA DI MAJLIS KERAMAIAN


-disenangi tetamu yang lain
-dihormati orang lain

AKIBAT TIDAK BERADAB DI MAJLIS KERAMAIAN


-tidak disenangi tetamu yang lain
-tidak dihormati orang lain
7. ADAB BERHUJJAH

PENGERTIAN BERHUJJAH
HUJJAH IALAH ucapan yang disampaikan oleh seseorang dikhalayak ramai

ADAB-ADAB KETIKA BERHUJJAH


-menyampaikan hujjah dengan menggunakan Bahasa yang sesuai dan sopan
-menyampaikan hujjah tidak terlalu lama dan membosankan

CIRI-CIRI BERHUJJAH YANG BAIK


-mampu menarik perhatian pendengar dengan hujjahnya
-mempunyai pengetahuan yang luas

CIRI-CIRI BERHUJJAH YANG TIDAK BAIK


-menyampaikan hujjah dengan cara emosi
-menggunakan Bahasa kasar dan kesat

FAEDAH BERADAB KETIKA BERHUJJAH


-dihormati rakan dan guru
-mengeratkan hubungan silaturahim

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERHUJJAH


-tidak dihormati rakan dan guru
-memutuskan hubungan silaturahim
ADAB TAHUN 5

1. ADAB BEKERJA

PENGERTIAN BEKERJA
BEKERJA IALAH satu perbuatan yang dilakukan mengikut cara yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW dan menjadi satu ibadah

ADAB-ADAB KETIKA BEKERJA


-menetapkan niat mencari rezeki kerana ALLAH
-memulakan pekerjaan dengan lafaz Bismillah

CONTOH PEKERJAAN YANG HARAM


-kerja dikilang arak
-meragut dan mencuri
-bekerja di pusat perjudian

CONTOH PEKERJAAN YANG HALAL


-guru
-peniaga
-askar
-polis

CARA MENINGKATKAN PRESTASI KERJA


-rajin dan tekun
-niat yang ikhlas

FAEDAH/HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BEKERJA


-prestasi dan kualiti kerja meningkat
-ekonomi negara terus berkembang

AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB BEKERJA


-prestasi kerja menurun
-ekonomi negara mundur/menurun
2. ADAB BERJUAL BELI

PENGERTIAN BERJUAL BELI


BERJUAL BELI IALAH satu proses menjual dan membeli atau pertukaran barang
mengikut nilai harga barangan dan mengikut syarat tertentu disertakan dengan akad

ADAB-ADAB BERJUAL BELI


-jujur dan Amanah
-mengutamakan pelanggan

CIRI-CIRI BARANGAN JUAL BELI YANG BAIK


-ada tanda halal
-barang yang berkualiti

KAEDAH BIJAK BERBELANJA


-berbelanja mengikut keperluan
-berjimat cermat

AKAD BERJUAL BELI


PENIAGA-saya jual kerana Allah
PEMBELI-saya beli kerana Allah

FAEDAH/HIKMAH BERADAB KETIKA BERJUAL BELI


-pelanggan semakin bertambah
-rezeki bertambah berkat

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERJUAL BELI


-pelanggan semakin berkurangan
-rezeki tidak berkat

DALIL DIHARUSKAN BERJUAL BELI


ِ ‫َّللا ْال َب ْي َع َو َح َّر َم‬
‫الر َبا‬ ُ َّ ‫َوأ َ َح َّل‬

Maksudnya: Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli dan mengharamkan riba

3. ADAB KETIKA BERMAIN

PENGERTIAN BERMAIN
BERMAIN IALAH aktiviti yang dilakukan untuk kesihatan badan samada secara
bersendirian atau berkumpulan
ADAB SEBELUM BERMAIN
-pilih Kawasan yang sesuai dan selamat
-menutup aurat

ADAB SEMASA BERMAIN


-mengikut peraturan permainan
-bekerjasama dengan ahli pasukan

ADAB SELEPAS BERMAIN


-terima keputusan pengadil
-bermaaf-maafan

FAEDAH BERMAIN
-menjadi cergas
-mengawal berat badan

LARANGAN KETIKA BERMAIN


-suka bergaduh
-langgar syarat peraturan

FAEDAH/HIKMAH BERADAB KETIKA BERMAIN


-mengeratkan hubungan silaturahim
-menambah semangat kesukanan

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERMAIN


-memutuskan hubungan silaturahim
-melemahkan semangat kesukanan

4. ADAB DENGAN PEMIMPIN

PENGERTIAN PEMIMPIN
PEMIMPIN IALAH ketua atau orang yang bertanggungjawab untuk memimpin
sebuah negara, negeri, daerah, kampung dan sebagainya

ADAB DENGAN PEMIMPIN


-menghormati pemimpin
-tidak meninggikan suara
CONTOH PEMIMPIN
-Perdana Menteri mengetuai Negara
-Menteri Besar mengetuai Negeri
-Penghulu menguasai Mukim
-Imam mengetuai Solat di Masjid
-Ketua Kelas mengetuai Kelas

FAEDAH MENTAATI PEMIMPIN


-mudah mendapat pertolongan dan bantuan
-memudahkan pengurusan

AKIBAT TIDAK MENTAATI PEMIMPIN


-pemimpin tidak dapat melakukan tugas dengan baik
-hubungan akan menjadi porak peranda

5. ADAB BERMESYUARAT

PENGERTIAN BERMESYUARAT
MESYUARAT IALAH satu perbincangan berkaitan dengan sesuatu isu atau perkara
untuk mencapai keputusan bersama

TUJUAN DAN KEPENTINGAN MESYUARAT DIADAKAN


-untuk menyebarkan maklumat
-untuk menyelesaikan masalah

ADAB KETIKA BERMESYUARAT


-menjadi pendengar yang baik
-menghormati keputusan yang dicapai

FAEDAH BERADAB KETIKA BERMESYUARAT


-dapat menyelesaikan masalah
-wujud suasana harmoni

AKIBAT TIDAK BERADAB KETIKA BERMESYUARAT


-masalah tidak dapat diselesaikan dengan baik
-mesyuarat menjadi kacau bilau

Anda mungkin juga menyukai