Anda di halaman 1dari 2

Sirah Tahun 6

Riwayat Hidup Saidina Umar Bin Al Khattab Nama Penuh Gelaran Tarikh Lahir Tempat Lahir Keturunan Jawatan Tarikh Wafat Sebab Kewafatan Umar Bin Al Khattab Bin Nufail Bin Abd. Uzza Al Faruq ( orang yang mendapat membezakan antara yang hak dengan yang batil). 584 masihi 13 tahun selepas kelahiran rasullullah saw. Mekah Al Mukarramah Bani Adi Khalifah Islam kedua yang dilantik pada 22 Jamadilakhir tahun 13 hijrah dan memerintah selama 10 tahun 6 bulan. Bulan Zulhijjah tahun 23 hijrah ketika berusia 63 tahun. Di tikam oleh Abu Luluah ketika menunaikan solat subuh di Masjid Nabawi.

Peribadi dan Sumbangan Umar Al Khattab sebelum menjadi khalifah 1. Keislaman Memeluk Islam pada tahun ke enam selepas kerasulan Nabi Muhammad SAW. Berumur 33 tahun. Sebab tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca oleh adiknya Fatimah.

2. Peribadi sebelum memeluk Islam Musuh ketat kepada umat islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang takut untuk melakukan ibadah kerana bimbang orang quraisy yang selalu mengancam dan mengusir mereka.

3. Kehidupan selepas memeluk Islam Orang Islam tidak berasa khuatir semasa mengerjakan ibadah. Di gelar Al Faruq (diberi oleh Rasulullah)- semasa beliau membawa sekumpulan umat islam buat pertama kalinya untuk bersembahyang di hadapan kaabah secara terbuka. Mengawal sendiri kumpulan tersebut daripada gangguan orang-orang quraisy. Ketika orang islam berhijrah ke Madinah secara bersembunyi, beliau keluar secara terang-terangan dengan pedang ditangannya dan bersedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya untuk berhijrah.

FiezaSRABKT

Sirah Tahun 6

Sumbangan Saidina Umar Bin Al Khattab 1. Pentadbiran a) Mengemaskini majlis Syura dan mengasaskan jabatan kerajaan seperti Jabatan Cukai, Persuratan dan ketenteraan. b) Memperkenalkan taqwim Islam iaitu Kalendar Hijrah. 2. Dakwah a) Menyebarkan dakwah Islam ke Wilayah Baru seperti Mesir, Rom dan Parsi dengan menghantar ulamak dan cendikiawan islam ke sana. b) Membina sekolah dan pusat pengajian serta menyediakan bantuan pelajarankepada rakyat yang kurang berkemampuan. 3. Pembangunan Negara a) Mengemaskini institusi Baitulmal sebagai institusi kewangan Islam. b) Penerokaan kawasan baru dan membina terusan serta saliran air ke kawasankawasan pertanian. c) Memperkenalkan mata wang sendiri bagi Negara Islam.

FiezaSRABKT

Anda mungkin juga menyukai